cikA, nurbijen, Marya Yusof, nadia rashid, Izza-Jiejah, makcikkantin, Ibu Ann, lade lavender, umiyumi, Kniedaz, Ayumieka, Ibu Qis, ummuaidan, Ummu Madihah, Fadilah Aziz, Lynn
Saja ja nak tulis memori lucu + panik aku ni, kebetulan pagi tadi isi minyak masa datang kerja. Dah satu hal pulak petugas di stesen minyak boleh tersalah bagi kad mesra aku pada orang lain....huhuhuhu.....
Ini kisah yang berlaku tahun 2010, kenangan aku bersama Si Kelisa Biru. Masa tu aku masih tinggal di pulau, berulang-alik ke tempat kerja di Permatang Pauh ni.
Suatu petang, nak balik kerja, terdetik di hati, 'eh macam dah lama tak isi minyak...'.
Aku tengok meter minyak, jarum pada kedudukan half tank
(logiknya masih banyak minyak la kan...).
Tengok pada kilometer, sudah 600 ++ km.
Terdetik rasa pelik di hati. Sebab selalu tu bila full tank, dalam julat 500++ km dah kena isi semula.
Tapi aku sedapkan hati sendiri. Mungkin aku lupa nak zero kan kilometer tu semasa isi minyak sebelum ni.
Dengan yakinnya rasa, minyak memang banyak lagi.
Sedang drive, tetiba kereta macam bergegar sedikit....eh eh dah cuak lah aku....awat ni kan? Terus ke tepi jalan, masih lagi drive slowly sehingga satu tahap tu, enjin terus mati ......
Uh uh sudah......confirmed minyak habis !
Lokasi aku berhenti tika itu? Betul-betul tepi highway, di tengah-tengah cuaca panas petang !
Alhamdulillah belum masuk jambatan !
Kelam-kabut called Mr Hubby (dia di pulau), panik tak usah cakap la kan.....(tipikal perempuan apabila berhadapan hal-hal kereta...hihihihi).
Dengan tenangnya Mr Hubby mencadangkan aku untuk call student, minta depa tolong...sebab kalau nak tunggu Mr Hubby datang daripada pulau, mahunya aku 'rentung' di situ kan....hehehhe
Aku pun called lah 2-3 orang students, tanya siapa yang ada motor/kereta. Alhamdulillah ada seorang ni yang ada motor. Minta tolong dia belikan 2 botol air mineral besar, kosongkan air botol dan isi dengan minyak....
Bila dia muncul, aku pun isilah minyak yang sedikit itu. Kemudian, student aku tu tunjukkan jalan untuk ke stesen minyak di kawasan perindustrian Perai. Legaaaa.....
Sejak insiden itu, memang setiap kali kilometer mencecah 400++ km jer, aku terus isi minyak full tank.
Apa pula pengalaman panik kalian dengan kereta/motor?
Till then, c ya ... Assalamualaikum
hahahahahah...so cute! |
Hehehe..panik kan kalau keta rosak kat highway..kawe ghajin jgk habih minyok tul2 lepas traffic lights..jd jam jale sbb keta kawe keno tolok situ..hhhu maluuuu
ReplyDeleteada cerita rupanya....patutla cik kak ni rajin isi minyak...full tank lg tu...huhuhu
ReplyDeletehohoho..mmg panik la time2 emergency camtu kan. mujur masa emergency dulu saya ditemani oleh hubby dan anak2, tayar kereta dan bateri prob. kalau tak, mmg panik giler!
ReplyDeletehahahha cute yg bawah tu...hehehhe masa baco cito ni ke..sayo masih terbayang jalan2 dan keadaan sekeliling dari permatang pauh ke pulau..
ReplyDeletemujur ada student boleh datang tolong :D
ReplyDeleteAkak baru tadi tengahari ada insiden panik dengan kereta...tak boleh start..mula la panik tapi sempat call adik ipar dan mr hubby...rupanya akak tolak gear P tu tak sampai habis..itu yg tak boleh start..cuak dah tadi huhu
ReplyDeleterasanya kalau jadi mcm tu jugak i might end up cari students jugak la.
ReplyDeleteada insiden lawak blur...takleh start kereta.rupanya sbb lock guna alarm dr dlm
Salam Dini,
ReplyDeleteMak Aji pernah kena mcm tu sbb meter minyak kereta wak segan (volkswagen) rosak. Pak Aji time tu kerja kat Alor Setaq, jd call pomen yg biasa servis wak segan tu, dia tolong belikan minyak d startkan dan tunjukkan stesen minyak terdekat. Perut tengah boyot pulak tu, merah padam muka, malu weh, kalau enjin buat hal takpe, ini minyak kering!!
Alamak! Cuaknyeee.... ok Marya takde experience habis minyak tgh jln lagi tapi teringat first time pegi amik kereta dgn hubby *kereta baru beli* hubby sajelah konon nak test guna GPS (masa tu GPS kira canggih sgt dah)...tup tup sesat barat! hahaha... minyak pulak dh nak abis nyawa2 ikan...sepjg jln muka dh pucat lesi masing2... merancang2 nak buat apa kalau minyak habis tgh jln... nasib baik tak lama lpas tu jumpa jgk stesen minyak! hehehe... cerita ni kalau flash back balik mmg gelaklah laki bini :))
ReplyDeletesaya tak pernah lagi ada pengalaman minyak kereta habis, tapi pengalaman tak leh lupa bila kancil kesayangan saya jatuh longkang.... baru beli kereta katakan, tak perasan kat mana parking ada penutup longkang dan yang tak de penutup longkang.. dengan confident saya terus ke depan sehingga terbengar bunyi yang membuat saya cukup cuak. Bunyi tayar kereta depan masuk longkang... aduhai, dah la ramai dah kawan balik masa tu.. yang nasib baiknya, saya parking kat depan asrama pelajar. Budak2 tu la yg membantu.. ada yg datang tolong angkat, dan ada yg tolong bawa kereta. Kepala lutut masa tu mmg dah menggigil... hehehe
ReplyDelete