Chibi Maruko = dia tak tahu sampai ke sudah....hahahahha
ishamizu = ooww murah gilerk argh carboot sales sana kan, kalau dini mesti nak selalu pi
nurbijen = best kan dummies series....mudah nak paham...
Kniedaz = buku memasak sgtlah banyak di sana kak.....esp Jamie Oliver dan Nigella
nadia rashid = ulat buku takpo nadia, tok naik daun....hahahhaha
Ahad, 24 Mac 2013, jam 9.45pm = seperti biasa Ajwad masuk dalam bilik, dah sampai masa tidur.
Ajwad: Mummy, boleh tak Ajwad tidur bilik sana?
Mummy: Eh, Ajwad nak tidur sorang-sorang ke?
Dia mengangguk.
Mummy: Ajwad tak takut?
Ajwad: Tak, Ajwad tak takut punnnn......
Mummy: Hmmm....nanti kalau Ajwad nangis malam-malam, macam mana? (sebab kadang-kadang dia mengigau)
Ajwad: Taklah, Ajwad tak nangis......bolehlah mummy, please please please........
Mummy: okey......tapi kalau Ajwad takut, Ajwad datang bilik mummy ya......
Ajwad: okey......
Aku macam speechless selepas itu, melayan emosi seketika .....owh anok sudah besar! (eheeeehehe)
Selepas 4 tahun tidur sebilik dengan mummy, daddy dan adik, akhirnya dia tidur sendiri......tanpa perlu mummy dan daddy bersusah-payah train atau memujuk atau temankan tidur.....
Dan Alhamdulillah, selama beberapa malam tidur sendiri di bilik sendiri, Ajwad tidak mengigau atau bangun di tengah malam mencari kami.......
(macam bahagia jer dia dapat tidur sendiri.....kuikuikui)
By the way, tengah hari semalam, aku dan kawan mencari stok buah selepas makan.
Dan kami jumpa ini .....
Kami macam teruja .... susah tu nak jumpa buah ni, kecualilah di kampung kan. Ingat lagi zaman kecil-kecil di kampung (Jembal, Klate), suka betul makan buah ni. Rasanya sejak aku duduk di Penang 2007, inilah kali pertama jumpa buah ni kat sini.
Tapi aku rasa agak mahal la buah ni. Tak sampai setengah kilo pun dah RM15. Walhal kat kampung kategori buah hutan jer kot. Tapi yer lah, Penang kan tak ada hutan, mungkinlah buah ni diimport gitu kan...hehehehhe.....takperlah, sesekali, buah eksotik dah ni.....
Orang kampung aku panggil buah 'mmi'or. Orang utara, kawan aku, panggil buah setaq. Orang KL panggil buah kundang........rasanya manis amat......sungguhlah mengimbas memori zaman kanak-kanak bila makan......kihkihkih. Dulu-dulu, aku dan moksu aku suka makan 'mmi'or ni sampai biji pun kami gigit, pasai kami suka tengok bijinya warna ungu gelap di bahagian dalam.
Kat tempat lain apa pula gelaran buah ni ek?
Hehe good boy Ajwad..sng la mummy..tak payah susah2 mcm aunty nak suruh kak Zahin yg nk masuk 7 thn ni tidur bilik seniri..bercinta tau..hehe..
ReplyDeletePs. mcm tak pernah tengok buah kundang..:D
bagus la kalau ajwad sendiri yg nak tidur sorang2. lgpun dia dah besarkan. nak tak nak, mmg kena tido asing. hehehe
ReplyDeleteek eh..buah kundang tu feveret saya. isnin lepas saya beli gak kt pasar malam. sedap! manis+masam. nomnomnom
salam dini....bagusnya ajwad pandai tido soghre sediri2 doh..tp mesti sedih dok bila tok tido sekali wpun keno jgk...
ReplyDeletewoh gemiyur tuh oghre panggil..ms kecik2 mulo brehi benar make...ee sedap...
good abe ajwad..mungkin dah betul2 nak jadi big brother..:D
ReplyDeletebuah gemior..sini di kemame ni start doh ore jual..besar2 manis masam
wah, anak mummy dah besar... lagi best dia yg request sendiri... selesai satu part :)
ReplyDeleteMy favorite fruit juga tu... dah lama rasanya tak makan :)
assalamualaikum dini,
ReplyDeletesedap apa buah staq tu.. kat KL pun dah banyak skrg.. tapi tesco / giant lah.. memang mahal buah ni sbb bukan senang nak dapat makan.. so skali dia ada wajib rasa.. :D
pandai ajwad dah tido bilik asing.. haikal still 1 bilik tau.. sbb ade je alasan dia nak tido sebilik.. nak dok ngan baby lah.. nak jaga baby lah.. nanti mama tak sedar la.. sabor je ler..
Salam Dini,
ReplyDeletesedap tu buah setar.. rasanya dia ada musim jugak. senang jumpa kat pasar malam. sedap tu makan kalau yg manis2 fuhhh... meleleh air liur hehehe
Owh buah kundang yg sedap...dimanakah dikau ku nak cari..huhuhu
ReplyDeleteorang amaika panggei buah kundang sebab org amarika itu mai dr kay el.
ReplyDeletesALAM dINI,
ReplyDeleteWah, abe Ajwad dah besarlah ya!! Kecur air liur tengok buah ghemio tu!