Pagi Ahad, disebabkan tidur balik selepas Subuh, maka bangun agak lewat lah sikit, padahal sudah set di minda mahu ke pasar (sebab Sabtu tak pergi).
Sampai di pasar sudah hampir jam 9am. Ramainya manusia, sesak sedikit. Selalu tu aku pergi sebelum jam 8am, tenang jer suasana.
Mr Hubby membawa little heroes membeli sarapan, aku bersegera ke bahagian barang basah. Tak jadi beli ikan, sebab ramai sangat yang sedang menunggu. Beli ayam seekor.
Balik rumah, usai bersarapan, tugas pun bermula. Basuh ayam, pilih-pilih yang bahagian tulang untuk membuat home-made chicken broth atau nama glamournya chicken stock.
Apa ada dalam home-made chicken broth ni?
Rempah sup bunjut, kulit kayu manis, bunga lawang, halia, bawang putih, daun bay, celery, carrot, cardamon, definitely ayam!
Halia dan bawang putih tu aku guna banyakkkkkkkkkkkk.........
Owwwh tidak lupa sedikit cuka/apple cider vinegar @ apa-apa cuka yang disukai.....
Cuka tu melarutkan calcium/mineral daripada tulang ayam, supaya chicken broth tu penuh dengan segala khasiat.....
Garam? ---- terpulang. Tapi aku tak masukkan garam lah.
Masaklah di atas dapur, api kecil, lebih-kurang 2 jam, sampai tulang-temulang ayam hancur berkecai.....kalau sesiapa ada slow cooker, lagi afdhal gitu.
Selesai, sejukkan seketika sebelum masukkan dalam bekas penyimpan. Aku guna mould agar-agar, maka bermacam bentuklah chicken broth aku yang kini berada di dalam fridge......
So nanti nak masak apa-apa yang perlu gunakan chicken broth/stock, keluarkan ajer daripada fridge, tak perlu dah gunakan yang beli di kedai tu kan....
Chicken broth in the making.... |
Sementara tunggu stok ayam tu, aku perap ayam siap-siap untuk yang nak masak hari Isnin (malam ni ler). Nanti balik kerja kejap lagi tinggal masukkan ajer dalam happy pan.....
(dasar suka kerja senang...kuikuikui)
Bahan perap: Garlic parsley, serai, cayenne pepper, cinnamon powder, garam masala, black pepper, olive oil, perahan limau. No salt required, cukup sedap dah. |
Selesai tugas di dapur, bawa Amzar petik ulam di luar .... pucuk tere (gajus), daun samok (serai kayu) dan ulam raja....cicoh budu lunch semalam.... |
posted from Bloggeroid
ayam perap tu apa nama resepinya... tgk bahan2 dia mcm sedap je rasa dia nnt. teringin nak buat ayam2 mcm ni. nnt boleh pinjam resepi ye. tq ;)
ReplyDeletehaa yang chicken stock tu saya selalu buat especially utk resepi anak. tapi tak pernah letak cuka.. hmm budak bawah 2 tahun xpe ke makan ada cuka ni?
daun serai kayu tu xpenah makan pun..sedap ke? ooo..kalau buh cuka tulang2 semua hancur ya? xpernah buat stok sendiri asyik beli je..huhu
ReplyDeleteoooo gitu wat stock ayam yg bermutu...sy buat buh rempah 4 bradik tu je...lenkali bulih try la caro gini..klu tak duk guna yg kiub tu
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteamboi sedapnya ulam2 tu.. pucuk tere tu mmg sedap sgt tambah2 kalau letak dalam laksa..mmg umpphhh :)
salam dini,
ReplyDeleteyou seem to be very health concious...baguslah anak2 dah mula dari kecik....
Betullah Dini, working housewife mmg kena 'bijak' & pantas! Sap sap soiii... gitu! hehehe... Balik kerja tak payah dah nak buat yg remeh-temeh kan... stress free... hehehe... bestnye tgk fresh salads tu... krup krap krup krap bila makan! :))
ReplyDeletetak pernah pun terfikir nak buat stok sendiri... good idea, boleh tiru nih :)
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteGitu rupanya buat stok ayam, baru tahu ni! Cuba sebut sapa yg tak happy guna happycall, gerenti happy2 semuanya sbb serba ringkas!! Wah sedapnya ulam terutama pucuk tere, lama x makan.