Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday 18 May 2012

Dinner, Dinner, Breakfast

Favourite dish of the year aku adalah makanan Arab: tak kisah lah kebab ker, nasi ker, tabouleh ker, roti arab ker, semuanya aku suka .......

Nasi Arab rupanya ada macam-macam version kan: Mandy lah, Khabsa lah dan yg sewaktu dengannya...

Nasi Khabsa aku pernah buat dah....no, no, no, bukan guna ready-made paste ya.... freshly prepared home-made paste tau.....tahap kerajinan agak tinggi waktu itu......

Mana dapat resepi? Ask Mr Google ajer !

Tapi satu yang aku perasan lah kan dalam penyediaan masakan Arab ni, bahan utama yg wajib ada adalah tomato, lemon dan ubi kentang. Tiga bahan ni depa suka guna dalam kuantiti yang banyak. 

Even kalau pi Tesco tu, perhatikan lah barang basah yang pak-pak Arab ni beli, ada jer tomato dan lemon.... (wah ada masa yer observe apa orang beli? ?????)

Lemon di Malaysia agak mahal ! (Mulalah ada hasrat mahu menyemai pokok lemon selepas ini ?????)

Rabu lepas, tiba-tiba teringin nak makan nasi yg dalam daun (pernah makan dulu babysitter Arab Ajwad buat, perghhhh sedap sungguh....).

Maka ku tanyakan pada sahabat sejatiku, abang Google. Muncullah nama resepi itu:


Stuffed Vine Leaves!

Buka pula YouTube.... wah senang jer bahan-bahan dan cara memasak nya. 

Cuma tiada vine leaves sahaja.... ada jual kah di Malaysia? Pokok anggur ada lah jual di nursery, tapi takkanlah mahu beli pokok demi nak makan daunnya? Hikhikhikhik.....

Alternatifnya, marilah kita guna daun kobis..... Malaysian style.....



Stuffed cabbage 


Malam tadi pula, kami sekeluarga berkunjung ker negeri jiran, ya....Indonesia sahaja ya pak! 


Kami makan bakso, Simple Bakso with Organic Noodles.


Aku sangat puas hati...sebab Ajwad makan dengan berselera dan banyak...Alhamdulillah....nanti mummy buat lagi okay!

Simple Bakso with Organic Noodles: Favourite Ajwad

Pagi ini, aku berangan-angan jadi minah bermata biru sekejap ya.....maka satu keluarga kena makan Sandwich Cinta Telur ...... (sesedap hati jer kan letak nama resepi....muahahahhaha).


Sandwich Cinta Telur:  hubby ku sangat suka!

Begitulah serba-sedikit cerita kami sekeluarga. Dalam masa 3 hari, kami telah selamat sampai ke Timur Tengah, Indonesia dan England.......(keyword: aku dan anak-anak TIADA passport ya...hikhikhik).

Till then, c ya.... Assalamualaikum.....Have a nice weekend everyone!

9 comments:

  1. Salam Yong,
    salam kenei. Datang dr blog Yong Ummi Ross.
    Makanan balut daun anggur ni di Turki dipangge dolma, atau yaprak dolma. Ada 2 versi, guna daun anggur atau daun kobis. Berjayalah tu! Tapi di Turki deme guna beras deme yg agak lekit, tumis dgn bawang dan boh sikit serbuk lada dan salca (tomato puree)!

    ReplyDelete
  2. Hoho....terbang naik tikar ajaib eh :)

    Sesekali kita variasikan makanan,ank2 pun happy :))

    ReplyDelete
  3. kak dini! slow la sikit. banyak sgt nih, sy nak catch up pn xleh.hehe. klu gi penang ni mmg akan ku singgah umah kak dini n bgtau siap2 supya kak dini masak!hehe..

    ps: bro khaw punya perot membulat tak? musyikil I.hehe

    ReplyDelete
  4. bilalah tahap kerajinan saya nak sampai ke arab nih...terliurnya...

    ReplyDelete
  5. Salam =0)
    Saya pun suka sgt makan makanan arab especially nasi khabsa n kebab kambing. Sedap! =0)
    A'ah, depa suka makan tomato kan...sb tu kot kulit org arab ni licin =0)

    ReplyDelete
  6. kreatifnyaaa... sandwich pun bentuk ailebiu...i likee... dah lama tak makan nasi arab yg yum2...

    ReplyDelete
  7. Sedapnya nmpk semua mknn tu hihi cook with love ;)
    Nway happy teacher's day dinie!!

    ReplyDelete
  8. Salam Dini,
    amboi jauhnya jalan2 sampai ke Arab, Indon dan England lagi.. isk2.. k umi ni tahu makan nasi mandy aje lain2 nasi arab tak tahu pulak. untung dpt info kat sini. nak buah lemon free dtg la petik kat belakang rumah :)

    ReplyDelete