Wah sejak semalam sudah terima ucapan "Happy Teachers Day" daripada anak-anak murid yg sedang menghabiskan sisa-sisa cuti semester......oowhhh...rupa-rupanya 16 Mei hari ini........HARI GURU !
Walaupun technically bukan guru, tapi tetap rasa terharu dengan ingatan itu....Thanks so much my dear students !!!!!
Apa kenangan yg sentiasa dikenang ya semasa bersekolah dahulu?
Mesti banyak kan, especially bab-bab kena marah dengan cikgu....heheehhe...
Aku masih ingat lagi situasi sewaktu sekolah rendah. Melibatkan cikgu. Tidak silap aku masa tu aku darjah 4.
Cikgu kelas aku masa itu cikgu lelaki, sudah berkahwin, namanya cikgu Z. Dia ajar subjek apa, ammpunnnn aku sudah lupa.....
Terus-terang aku cakap, masa itu, aku ada perasaan TIDAK BERAPA GEMAR dengan cikgu Z ni .
Sebab ?
Sebabnya dia jenis yg suka merokok sesuka hati di perkarangan sekolah (tapi bukan dalam kelas) ..... kan zaman-zaman itu belum dikuatkuasakan lagi larangan merokok di sekolah kan.....
Makanya sering dia masuk kelas selepas merokok.... dan .... dan.... memang masih ada bau rokok ......
Aku duduk depan, cukup sakit hati laaaa dengan bau itu !
Tapi sebab dia cikgu kelas kan, tak berani nak tegur.....lagipun baru darjah 4.....hheheheheh.... pasrah saja....
Tiba-tiba.... suatu hari.....sedang kami semua leka menyiapkan latihan, cikgu Z panggil aku ke mejanya......
Dia seakan berbisik, cakap dengan suara yg perlahan, sambil menghulurkan sekeping kertas yg berlipat kecil.
Cikgu Z meminta aku menyerahkan kertas itu kepada cikgu S (perempuan) di kelas XXY.
Sebagai anak murid yg baik, aku pun segera menuju ke kelas XXY dan menyerahkan 'amanah' itu kepada cikgu S (@ ustazah S? Aku tak pasti sebab dia cikgu baru di situ, aku assume ustazah berdasarkan pakaiannya....huhuhu...).
Cikgu S meminta aku menunggu seketika, dia menulis sesuatu di atas kertas dan juga meminta aku menyerahkan kertas itu kepada cikgu Z.
Ok berakhir kali pertama.
Kusangka hujan hingga ke petang, rupanya .....eh eh nak berperibahasa pulak...ok sambung cerita......
Nak dijadikan cerita, setiap kali cikgu Z masuk mengajar, secara tak rasminya juga aku menjadi 'posmen' antara dia dan cikgu S.
Mulalah aku mushkil kan..... something wrong somewhere kah? (wah ciri-ciri CSI sudah ada gituuuu.....hikhikhik)
So entah macam mana, suatu hari, aku singgah tandas dulu sebelum pergi ke kelas XXY.
Aku baca surat itu !!!!!!!
Degupan jantung masa tu punyer lah kuat kan, yer lah, orang bersalah, baca surat orang......
Tapi aku telah membuat penemuan yg mengejut !!!!!
Mesti korang dapat teka kan?
Yuppp, depa bercinta secara underground.
Memang apa yg ditulis dalam surat itu merupakan ayat-ayat cinta.
Sebenarnya aku yg terkejut lebih-lebih !
Yerlah, budak darjah 4, yg tahu cikgu kelasnya sudah berkahwin, kenapa cikgu nak buat mcm ini (ada affair) ?
Aku tak tahu bagaimana kesudahan kisah depa, sebab secara tiba-tiba juga 'perkhidmatan' aku sebagai posmen ditamatkan....hehehhehe....legaaaaa wehhhh....
Apa-apa pun, itu adalah secebis memori aku dan cikgu semasa bersekolah rendah dahulu.....
Dan pastinya banyak lagi memori yg manis-manis belaka......
Kepada semua guru/pensyarah/pendidik di luar sana,
mcm tu punya cikgu pun ade ke..yg cikgu pompuan tu pulak, berani dia mejalinkan hub dgn cikgu lelaki tu ye..ish2..x baik tau..
ReplyDeleteterlalu bnyk kenangan pahit manis sewaktu di sekolah..sampai x tercerita dibuatnye..hehe :D
Selamat hari guru dini..
ReplyDeletehaha, kesian dia..kekecik lagi dah jadi posmen ek..satu contoh yang tidak baikkan..*tetiba ayat skema..huhu*
ceh, berani dia jadikan anak murid sbg posmennya, kalau lum kawen tu kira ok la gak nak jadi posmen, kita pun suka kan
ReplyDeletemmg mcm2 kenangan masa sekolah terutama dgn cikgu kan. macam2 ragam dan perangai, tp bila ingat2 tu semua jd memori dan pengalaman buat kita. selamat hari guru buat dini, moga terus dikurniakan kesihatan yg baik untuk mendidik anak bangsa. :)
ReplyDeleteAs salam Dini,
ReplyDeleteSeronok Marya baca...tersengih2 sorang2 ni... Dulu xde telefon tu yg terpaksa cipta telefon sendri... Dan Dini terpilih jd 'telefon' utk cikgu... hahaha! Sabar jelah... :)))
Selamat Hari Guru buat Dini! Kalau cerita bab zaman sekolah dulu 7 hari 7 mlm pun abis kan :))