Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday, 25 May 2012

Friday ...its a wonderful day....

Assalamualaikum kawan-kawan blogger 


Salam perkenalan buat Papa Mifz .


Harini aku terpanggil untuk berkongsi pandangan tentang satu isu/perkara yg melanda generasi hari ini....mungkin bagi sesetengah orang, ianya satu isu kecil/remeh, tetapi bagi aku, ia amat SIGNIFIKAN. 

Dunia hari ini yg semakin sengit persaingannya (waaahhhh tiba-tiba keluar ayat skema...huhuhu) memerlukan lelaki dan wanita saling berhubung dalam memenuhi tugas dan tanggungjawab masing-masing.

Betul kan? 

Ya, tidak dinafikan, sebab perkara ini susah lagi nak elak. Berpegang pada konsep, selagi tidak mendatangkan mudharat, maka sesuatu perkara itu harus (harus sahaja bila mana ada keperluan, BUKAN WAJIB). 

Sebelum tu, aku di sini bukanlah nak berceramah agama, cuma nak sampaikan pendapat yg terhasil menerusi 'observation'.....

Atas dasar keperluan, biasanya wanita dan lelaki (yang tiada ikatan) akan berhubung. Tak kisahlah wanita/lelaki itu sudah berkahwin atau masih bujang.

Contoh: hal-hal kerja, hal-hal persatuan, hal-hal organisasi....

Selagi mana lelaki dan wanita ini sedar dan tahu tanggungjawab masing-masing, biasanya perhubungan yg terjalin itu adalah 'terpelihara' dan straight to the point. 

Tapi sayangnya, apa yg berlaku kini tidak sebegitu. 

Bermula dengan 'perhubungan professional', lama-lama melarat ke 'personal matter' .....

Lebih parah apabila mereka yg terlibat dalam perkara ini merupakan golongan bijaksana lagi arif. Bersungguh-sungguh menegakkan benang yg basah. 

Aduhai, bukankah syaitan itu juga bijak? Pelbagai idea kreatif dapat syaitan bisikkan kepada kita untuk 'menghalalkan' sesuatu perbuatan. 

Apatah lagi dengan teknologi yg terkini, everything is virtual, tidak lagi secara terang-terangan.....lupa agaknya, syaitan juga wujud di dunia virtual itu......

'Personal matter' ---- bujang vs bujang, ok lagi lah kan....(tp tidak digalakkan ya, seeloknya nak bercerita perihal peribadi carilah kawan yg sama jantina).

'Personal matter' ---- bujang vs married ---- ok kah? 


Aku pernah berpesan pada pelajar-pelajar aku (actually more to warn them):

"Kalau korang nak bercerita masalah peribadi, carilah kawan yg sama spesis dengan korang. Maksudnya perempuan berceritalah pada perempuan. Lelaki pada lelaki. Janganlah pindah silang. Kalau tak ada sangat kawan, marilah bercerita dengan saya atau mana-mana lecturer."

"Sebab apa? Sebab syaitan tu sangat setia dengan kita. Syaitan suka berdamping dengan kita, apatah lagi dalam keadaan kita berdua-duaan atau bertiga-tigaan dengan berlainan jantina."

"Dan ingat ya, jangan ingat apabila korang berjumpa di 'alam maya' macam FB ker, chatroom ker, SMS ker, itu tak salah. It is wrong! Syaitan tetap ada untuk menggoda korang."

"Nak tahu macam mana syaitan goda korang yg tak berjumpa face-to-face ni? Dia akan bagi korang rasa, yg perbualan korang yg lagha dlm FB tu tidak berdosa, yer lah kan tidak berjumpa."

"Syaitan akan bisik bahawa segala 'tazkirah' yg korang bagi pada kawan itu tidak salah. Kononnya apa, kejutkan utk solat tahajud tgh malam? SMS hadith of the day?"

"Jangan ya, jangan gunakan agama utk halalkan perbuatan korang....."


Sama-sama utk direnungkan..semoga menjadi panduan buat diri aku juga dan kawan-kawan.

Till then, c ya.....



8 comments:

  1. Salam Yong,
    ha ha ha...memang betoi banyak dah berlaku. Memula kawan, pastu tempat share masalah peribadi, pastu jumpa, pastu three!

    Memang syetan ni ada di mana2, kawan setia sungguh! Thanx sharing entry yg cun ni!

    ReplyDelete
  2. As salam Dini,

    Doa agar kita dipertemukan serta bertemu dgn org2 yg baik-baik sahaja setiap hari... Yg berstatus suami & isteri wajib sentiasa sedar diri...Ingatan buat diri sendiri juga... Insya'ALLAH :)

    Salam jumaat yang barakah :)

    ReplyDelete
  3. Thanks for sharing dear! nice info utk kita semua jadikan pengajaran.. :)

    ReplyDelete
  4. ini memang benar2 byk terjadi.


    "the worse" yang saya pernah jumpa (kenalan terdekat)
    a wife to a husband.....with a husband to a wife. berkasih secara virtual (FB dan personal blog).
    Sesuatu yang terlarang itu, bila terjadi, ianya seakan 'manis' bagi mereka.
    makin disimpan, makin dirahsiakan hingga pasangan sendiri tak tahu.....makin seronok jadinya (maklumlah pandai simpan rahsia.

    utk apa berkongsi rasa sepi dengan suami org. this was real drama Dini, in front of my eyes. sedih sangat.
    bila terkantoi, maka rosaklah dua rumahtangga.........

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Setuju sangat dengan pendapat tu..
    In reality- One of my hubby nyer staff (Prp, da kawin,selalu bercerita masalah yang husband dia pantang tengok perempuan,blablabla, blablabla pada my husband.. Well, sebagai seorang managr, hubby pun kena tahu kenapa staff dia selalu 'kelihatan bermasalah'.. Tapi bila isu rumahtangga dikongsi dengan my hubby, i felt uncomfortable.. Saya selalu tegur hubby, 'apa la budak tu cerita hal2 suami dia kat sayang':(

    ReplyDelete
  6. Tapi, sebagai hamba Allah, kita tak boleh alpa kan.. Setuju juga dengan komen Marya. Kita kena sentisa beringat tentang status diri masing-masing.. Semoga Allah melindungi!

    ReplyDelete
  7. as-salam dini...
    selalu terbaca kisah2 gini, tp in realiti alhamdulillah perkara begini saya tak jumpa lagi di sekeliling saya...alhamdulillah setakat ni tempat bekerja saya bersih dr perkara2 sedemikian...harap2 terus bersih la....

    ReplyDelete
  8. Lynn pun pernah ada entry tentang nie..memang tak sokong perkara ni 100%..Elakkan..kenapa nak buka peluang untuk syaitan berbisik pada hati kecil kita....jagalah diri..elakkan diri..sentiasalah berfikir..dan berdoa untuk dijauhkan dari semua perkara tu..

    ReplyDelete