Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 18 October 2011

VBL .... VBL.....

Harini, aku dan teman sekerja, Lean 'terpilih' untuk menghadiri sesi pembentangan VBL bersama tuan rektor kampus....

'terpilih' sebabnya kami sedang dalam permohonan utk pengesahan jawatan......thn depan Feb genaplah kami berdua 3 tahun bertugas di sini....kami memang lapor diri dulu pada hari dan waktu yang sama....hehehhe...

Tak sangka, sekejap jer dah nak masuk 3 tahun....dulu aku lapor diri lepas melahirkan Ajwad.....sekarang, dah nak sah jawatan ni, adiknya Amzar pon dah menjenguk ke dunia.....alhamdulillah.....

Okey lah berbalik pada VBL ni...apa tu VBL? Ianya adalah "Video-based Learning".

Tuan rektor amat menggalakkan kami menggunakan VBL dlm pengajaran.....Beliau mempunyai koleksi video banyak sangat dan ada satu laman intranet yang memuatkan video2 koleksi tersebut...maka, kami di sini berpeluang ler utk download video2 tu........

Sebenarnya dulu-dulu, aku dah start guna pendekatan kuliah 'bervideo' (cewahhhh.....)..... selalunya aku amik kt YouTube .....sebabnya video kt situ pendek2, sesuai ler nk guna dalam lecture kan....kang klu tayang video yang berjam-jam, ditambah pula suasana lampu dewan kuliah yg ala-ala 'romantik', aku takut ada pulak yang jadi 'sleeping beauty'.....maklum laa, bukannya tayang action movie or thriller movie kan, yg aku tayang ni tentang human biology......(suspek utama untuk penyakit berjangkit = tidur)......

So sebelum-sebelum ni, memang aku letak video yg berkaitan subjek yg diajar jer....tapi tadi aku dapat idea baru drp tuan rektor (Thanks Prof!)...

Tuan rektor cakap.....sebelum start kelas tu, tayang ler video yg boleh memberi inspirasi kepada students....apa2 video pon, sama ada jenis iklan ker, lawak jenaka ker, lagu2 ker, yg penting ada mesej yang boleh disampaikan......video tu tak perlu lama pun, dalam 3-4 minit dah cukup.....sementara nak tunggu students bersedia kan......

So selepas ini, untuk semester baru, aku ada misi baru yg nak dilaksanakan! Yeah.....(tapi YouTube kena block time office hour, camne tuh? )......

Till then, jumpa lagi......

No comments:

Post a Comment