Semalam, cuti umum sempena Deepavali.
Takder ke mana pun kami, sebab yg cuti hanya aku dan Ajwad jerk.
Si hubby, kerja.
Maka, aktiviti kami bertiga, hanya terkurung dalam sekitar rumah sahaja...pasrah sahaja....kihkihkih.
Haritu, tiba-tiba teringin nak try buat cookies sendiri, konon nak test skill....kot ada bakat terpendam, berangan boleh bukak kedai kek......walhal guna jer tepung segera, hmm, tinggi sungguh angan mat jenin!
Ahad lepas, pergi Tesco, beli ler tepung segera cookies brand Nona, perisa corn flakes. Sebenarnya tak jumpa perisa coklat.....maka untuk 1st trial, boleh laaa perisa apa pun.
Kisahnya, bangun pagi-pagi, selepas bersarapan ala kadar, maka misi penting ni pun bermula......cuma perlu tambah mentega dan sebiji telur sahaja.....aku suka, benda senang-senang ni.......hasilnya, jeng jeng jeng.......
*
*
*
*
*
Tadaaa....baru keluar |
Since hubby tak makan lunch di rumah, aku pun masak ler ala kadar sahaja, maklum makan sorang, apa sangat ler yang nak dibuat kan.....hasilnya kat bawah:
Tetiba tak ada idea pulak nak masak apa untuk dinner ya? Ah ha....dalam fridge ada left over ayam panggang yg beli kt Tesco....so apa lagi, misi nasi goreng ayam ala kerabu !
Langkah pertama, carik isi ayam.
Langkah kedua, petik daun limau purut, daun bawang dan serai di kebun tepi rumah. Hiris nipis/kecil kesemuanya.
Jenguk-jenguk di ruang tamu, apa aktiviti teruna berdua itu?
Awal-awal tak mau tido si abang ni, dah petang baru laaa tersengguk-sengguk.....tertidur jua akhirnya..... |
Wah...komplot 2 beradik....sama-sama tertidur depan TV |
"Perhatikan bulu mata ku...panjang kan? Nasib baik aku lelaki, kalau pompuan tentu dikejar oleh Maybelline minta jadik model mascara.....hahahhahaha" (perasan punyer anak....) |
Itu sahaja kisah hari cuti umum.....
Sekian, tamat siaran.....
No comments:
Post a Comment