Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 10 October 2013

I am learning.....


Bergaul dengan pelajar-pelajar yang remaja, banyak juga mengajar aku ilmu baru. Ilmu yang kadang-kadang tak pernah terfikir dek akal, ilmu yang tak bisa diperoleh dalam kelas. 

Betapa kadang-kadang, usia mereka yang masih mentah, tetapi kaya dengan pengalaman hidup. Yang mana, kadang-kadang, aku sendiri tidak sangka bahawa ada di kalangan pelajar aku yang perjalanan hidupnya diduga sedari kecil ..... yang bila mana aku sendiri terpandang Ajwad dan Amzar, hatiku merintih pilu. Tak dapat dibayangkan jika 2 heroku itu diduga sebegitu.......

Sesungguhnya, Allah Pengatur Maha Hebat. Sebaik mana perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Dia yang terpilih untuk menjalani ujian itu, Allah sudah menjanjikan sesuatu yang manis baginya di kemudian hari, insyaAllah. 

Benarlah kata orang, pengalaman itu guru terbaik. Dan tidak semestinya kita harus berpandukan pengalaman sendiri sahaja. Adakalanya pengalaman orang lain, juga boleh menjadi panduan berharga bagi kita. Tidak kiralah lebih muda atau lebih tua daripada kita, kerana pengalaman setiap insan itu pastinya unik. 

Semalam, salah seorang pelajar aku bagitahu:

" Madam, saya rasa bersyukur sangat saya jadi repeator, saya baru sedar Madam, ada hikmahnya Allah bagi saya jadi repeator kalini. Sebabnya sem ni saya buat research, fokus betul-betul pada research. Banyak benda saya belajar. Saya boleh rasa otak saya dah terbuka sikit madam. Tak macam dulu. Saya rasa Allah prepare saya untuk hadapi research final year waktu Degree nanti madam."

Allahu Akbar. Pelajar aku, yang gila-gila perangainya, muda remaja, boleh berkata sebegitu petang semalam di hadapan aku. Dia, yang di awal-awal semester tempoh hari, hampir-hampir mengalami depression kerana terpaksa repeat. 

Allahu Akbar!

Aku hampir-hampir menitiskan air mata selesai dia berkata begitu, namun haruslah ditahan kan. Nanti jadi drama pula di situ....hehehhehe....



4 comments:

  1. ilmu bukan setakat di buku... ^_^

    ReplyDelete
  2. sangat setuju..tu sebab sy suka kalau org bercerita perihal pengalaman diri...jika pengalaman yang buruk..membuatkan sy rasa bersyukur tidak diduga oleh Allah seperti itu..dan jika pengalaman yang cemerlang..membuat kan diri ni berkobar-kobar mahu lebih berusaha utk capai kejayaan...:D

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,

    Kawan anak Mak Aji pun terpaksa repeat dan dia pada mulanya cukup depressed tapi sekarang alhamdulillah dah ok. Pun dia dah sedar banyak hikmah di sebaliknya.

    ReplyDelete
  4. Pengalaman kehidupan dini,
    Subhanallah, banyak cabaran dan semua ada hikmah..
    Masa kecik2 dulu mummy tak pernah susah, tapi dalam usia mcm ni byk diuji dan percayalah, semua ada hikmah di sebaliknya

    ReplyDelete