Kniedaz Nastyna nadia rashid Wani = kalau ikutkan memang tak larat nak bermarathon bagai ni, sebab dari zaman sekolah bab lari-lari ni fail...hehhehe...cuma join ni sebab nak cukupkan korum Mr Hubby....lagipun join ni bukan utk menang pun, memang tak lah kan, cuma sebab Mr Hubby dan team nya berdakwah dengan cara join marathon camni....kiranya semasa lari tu, kat belakang baju kami dilekatkan kain yang mengandungi kata-kata hikmat gitu....hehhehehe
εïзmummyHazaεïз ummuaidan rostina76 = good morning !
2-3 hari ni tekak terasa perit. Mungkin bahana tak cukup tidur, tambah lagi cuaca di KL haritu panas. Balik ke Penang semula musim hujan melanda. Panas-hujan-tak cukup tidur, mula lah virus-virus or bacteria menyerang kan. Dah lah masa di KL tu diet ke laut sikit, asyik makan jer kerjanya, pastu minum pulak yang manis-manis, hah dalaman badan dah jadi acidic sedikit, sistem imun pun terbeban. Hmmm....tak boleh jadi, kena beristiqamah semula untuk raw juicing lepas ni.
Semalam, balik kerja, singgah di Carrefour/Aeon Big. Beli lemon. Virgin Coconut Oil dan madu sudah ada di rumah. Mahu buat ubat sakit tekak.
Setakat ni, alhamdulillah ramuan ni serasi dengan keluarga aku. Kalau batuk-batuk pun, biasanya kami minum yang ni. Anak-anak pun suka sebab rasanya manis-manis masam gitu, tak lah mengerikan macam ubat batuk doktor tu.
Hanya 3 bahan utama: VCO, Madu & Lemon juice / Lime juice.
Kalau tak ada lemon, boleh jer guna perahan limau kasturi.
Sukatan yang digunakan adalah 1 sudu VCO + 1 sudu madu + 1 sudu lemon juice.
Kacau sebati dan minum terus. Rasanya tak perlu minum air lah lepas tu, sebab kalau kita makan ubat batuk pun kita tak digalakkan minum air kan. Logiknya nak bagi ubat tu bertindak pada tekak yang sakit.
So, mommies, selamat mencuba! Sebab kan di rumah kitalah 'doktor'.....hehehehe
ha nampak madu ni..baru perase stock madu kat umah abis doh..nanti nok try lah..:D
ReplyDeleteNanti kena cari VCO dan simpan kat rumah, sejak cuaca tidak menentu suami dan anak2 kerap batuk.
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteBagus tu home-remedy ni terutama musim hujan panas tak menentu sekarang ni!
kalau anak2, mmg saya bagi madu+lemon jer... Alhamdulillah, setakat ni "sekung" cara ni :)
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteMummy tak pernah buat semua ni untuk anak-anak..
Mariam bebakar...
Bilalah agaknya awak ni nak belajar ilmu yang dah Dini turunkan ni...
Hehehehe,
akak salu buat madu n limau kasturi je. Takat ni Alhamdulillah..mmg berkesan. by d way, Dini beli brand apa VCO tu.. nati w.app akak gitau eh? :)
ReplyDelete