Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 16 October 2013

Eid Adha 2013

MariamBebakar = teringin lah nak gi kampung mummy suatu hari nanti....
cikA & Nastyna = Pangkor tu program bersama students, alang-alang kena jugaklah angkut depa ni....
Jassnani = kak, takpa, nanti Fiya jalan boleh bawak dia main pasir pantai......




Kami tiada plan untuk pulang ke kampung raya haji ni, cuti pun aku tak apply, pagi Ahad macam biasa pergi ke pasar bersama 2 hero, balik siang ikan dan masak seperti selalu. Tengah hari Mr Hubby pulang daripada marathon, sambil menjamu selera, tiba-tiba dia mengajak pulang. Katanya seperti tiada makna raya di Penang.....hikhikhik....dusshhhh, sepantas kilat, aku mengemas dapur dan packing baju. Tepat jam 3pm, kami bertolak. Singgah di Puncak Titiwangsa menjadi acara wajib. Saja nak rasa angin sejuk. 

Ketupat palas = ketupat pulut.

Di Kelantan, ketupat ni manis. Maka tak perlu makan dengan rendang dah. Boleh dimakan begitu sahaja (eh tetiba terasa macam iklan kan?! Dush......). Kadang-kadang, digunakan beras pulut hitam. Adakalanya dimasukkan juga kekacang dan serunding. Yummmmm, sedap! Kata Amzar.

Dulu-dulu, nenek aku yang buat sendiri. Ingat lagi masa aku muda remaja, bila balik kampung menjelang raya, penuhlah dapur dengan periuk-periuk besar. Untuk mengukus ketupat palas ni, cara tradisional, menggunakan dapur kayu. Aaaghhh rindu woooo zaman itu. Sebab aku dan makcik-makcik yang hampir sebaya, begitu ringan tulanglah kononnya ingin membantu menganyam ketupat ni. Buat kelongsong kata orang. Tapi tak pernah jadi....hehheheheh.

Pemandangan di belakang rumah.

Walaupun aku dibesarkan di KL, tapi suasana sebegini juga yang dirindui. Suasana yang penuh kehijauan sekeliling. Sekeliling rumah penuh dengan tanaman ulam dan pucuk kayu, hendak makan main petik ajer. Bila anak-anak mengamuk, dukung sahaja dan tunjukkan kerbau, lembu, kambing, terus teruja mereka. Apakah suasana ini akan kekal dan dapat dirasai oleh mereka pada masa hadapan?

Amzar hungga di Hutan Pokok Rhu, Pantai Senok.

Tidak perlu ke tempat percutian yang mahal-mahal. Di kampung belah ayah, ada suasana sebegini. Pepohon rhu sudah dewasa, lalu membentuk landskap yang indah. Di hujung sana adanya Laut China Selatan, deruan ombak sudah mulai kuat menghempas pantai, tanda bakal bermulanya musim tengkujuh tidak lama lagi. 

Apabila budak 'bandar' jatuh di pasir.......

Benteng pemecah ombak. Turut kelihatan rumah api.
Landskap yang molek sekali untuk photoshoot.
 

Sesi dating ayah dan anak?
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. Salam Aidiladha dan Salam Ukhuwah dari Bunda...

    ReplyDelete
  2. Salam Eidul Adha .. meriah di Pantai Timur dengan makan2 ya.. kat sini lebih pada acara korban... pernah berhenti di Hentian Titiwangsa ..kami semua suka sebab sejuk...suka juga dengan panorama rhu tu... unik...

    ReplyDelete
  3. Dapat jugak merasa beraya kat kampung, memang jauh lebih meriah la kan raya haji di kelantan, rindu nyer I kat kampung mmg tak terucap ni. Ketupat palas ni menu wajib kami jugak, sellau tolong my mom bungkus. Kat sini nak buat pun mana nak dapat palas nyer.

    ReplyDelete
  4. Salam Dini,

    Mak Aji sampai sudah tak reti buat ketupat palas. Punyalah gentel, lipat, lipat, sampai yang nak ikat tu hancuss. Bila pulut dah tukar jadi hitam, buang saja. Terus give-up, tak nak dah bungkus ketupat!

    Salam aidiladha untuk Dini sekeluarga! Mak Aji balik gak, on the way balik KL jam sampai 12 jam perjalanan baru sampai!

    ReplyDelete
  5. Bes btul tak plan,tup2 terus balik. hihi. cam dekat je gayanya tu..

    ReplyDelete
  6. bestnyo tgk amzar hungga!!!!derah2, mari kito pakat hungga pata'

    ReplyDelete