Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 5 June 2013

Their Wedding Ceremony


Musim cuti sekolah ==== musim kenduri kahwin.

Normal bagi masyarakat Melayu.

Bagi Chinese, jarang yang buat kenduri kahwin masa cuti sekolah. 
Jarang. Bukan tiada.

Biasanya Chinese suka kenduri masa hujung tahun. Terutamanya bulan Disember.

Setakat ni, aku sudah pernah menghadiri beberapa majlis perkahwinan Chinese, di sebelah pengantin lelaki. Nak buat lagu mana, keluarga belah Mr Hubby ni populasi lelaki melebihi populasi perempuan. 

Kebiasaannya, di pihak pengantin lelaki, akan ada 3 majlis besar.

Pertama, jamuan kenduri di rumah ibubapa pengantin lelaki. Biasanya khidmat catering digunakan lah. Para jemputan terdiri daripada kaum-kerabat jauh dan dekat, & jiran tetangga. Jamuan ni dibuat pada belah malam. 

Kedua, keesokkan harinya, siang hari, diadakan upacara minum teh di rumah pengantin lelaki. 

Pengantin lelaki perlu menjemput pengantin perempuan di rumahnya. Semasa upacara menjemput ni, biasanya pengantin lelaki dan rombongan (biasanya rombongan adalah kawan-kawan) akan dikenakan denda sebelum dapat menjemput pengantin perempuan. 
Yang bab denda ni lebih kurang macam sesetengah masyarakat Melayu kan. 

Apabila hampir sampai di rumah pengantin lelaki, hon yang panjang akan dibunyikan, biasanya  satu taman/kawasan perumahan tu dapat dengar hon ni. 
Itu menandakan pengantin perempuan sudah sampai. 

Di ruang tamu, sepasang kerusi makan disediakan. 

Upacara minum teh bermula dengan ahli keluarga yang paling tua dahulu. Mereka yang berpangkat lebih tua daripada pengantin akan duduk di kerusi dan pengantin harus menghidangkan teh kepada mereka. Selepas itu, pasangan pengantin itu akan dapat angpau yang berisi duit atau barang kemas.

Bagi mereka yang berpangkat muda daripada pasangan pengantin (macam anak buah ke, adik ke, anak saudara ke), mereka perlu melutut di hadapan pengantin (pengantin duduk di kerusi). Jamuan teh dilakukan. Masa ni, pasangan pengantin yang perlu memberi angpau kepada golongan pangkat muda ini.

Aku pernah lah merasa jadi yang berpangkat tua dan juga muda tu. Bila jadi yang muda tu, syoklah, pasai kita yang dapat angpau.......kuikuikuikui....

Ketiga, sebelah malamnya, malam kemuncak!

Wedding Dinner in the hotel. 
Yang ni biasanya para jemputan selain daripada ahli keluarga, juga kawan-kawan pengantin dan orang-orang besar (jika berkaitan). 

So, itulah serba-sedikit majlis perkahwinan mereka. 
Maaf tiada gambar  khusus untuk entry ini.....
Layan jer lah gambar Ajwad main air laut ni ya. 


Pantai Irama, Bachok. 

5 comments:

  1. Hok part wat balik bini umoh hok jate nge bunyi hon tuh lebih kughre samo nge budayo indian sini...

    ReplyDelete
  2. kami pernah buat persembahan di chinese wedding, tapi chinese muslim. simple je kan

    ReplyDelete
  3. Salam Dini.. oo camni ya perkahwinan orang cina.. kalau Dini tak cerita, kita pun tak tahu. walaupun kita ni negara berbilang kaum, masih tak tahu adat dan budaya kaum lain. kdg2 rasa rugi juga patutnya kita pun sama2 belajar bahasa cina dan tamil.

    Apapun best baca info nih, good sharing <3

    ReplyDelete
  4. Salam kenal dari Che Mid.. ceria dan cantik blog ni.. Insyaallah lain kali singgah lagi..

    ReplyDelete
  5. tak pernah pergi wedding chinese, indian pernh lah... good to know the chinese tradition.

    ReplyDelete