lady lavender wanie ibrahim ummuaidan @na εïзmummyHazaεïз Ummu Madihah ~najwa~ Sue-Rya Qistina suka suka rostina76 JaSSNaNi SriKota Garden Kniedaz mama ila makcikkantin ishamizu ctsal ayu nurulizzahz nurbijen kasihredha mala
Semalam, Ahad, seharian hujan di bumi Penang.
Ada ketika lebat dan ada ketika gerimis.
Tuan tanah seronok lah, sebab sudah sekian lama kemarau di sini.
Dan lagi seronok sebab tak perlu siram tanaman......heheheheh
Hujan-hujan, perut sentiasa berbunyi kan. Kenapa yer?
Apa-apa pun, tugas masuk dapur perlu diteruskan.
3 hari lepas, ada belek-belek buku resepi India. Tertengok satu resepi yang agak mudah, dan kebetulan bahan-bahannya ada dalam fridge. Maka petang semalam dilaksanakan misi ini.
Tapi seperti biasalah, tuan tanah ni selalunya akan menderhaka pada resepi asal. Sukatan pun main agak-agak ja. Yang penting boleh masuk mulut.......
Spices Paneer Kebab
Yang ni sebelum masuk magic pan. Sedap makan cicah sos. |
Paneer = keju / cheese
Keju, seeloknya yang diparut atau dipotong kecil. Tuan tanah pakai cara short-cut, beli yang sudah siap parut. Kalau suka rasa keju lebih, boleh letak banyak. Semalam guna 250gram.
Bawang putih, dimayang halus. Bawang besar, kalau suka, boleh letak.
Daun kari, dipotong halus juga. Sedikit tepung atta (resepi asal guna cornstarch).
Serbuk rempah: Cayenne pepper, black pepper coarse, cinnamon powder, garam masala powder & sugar.
Dan sebagai agen perlekatan: Minyak Kelapa Dara / VCO ---- tak terlalu banyak, tak terlalu sedikit.
Gaulkan kesemua bahan.
Cadangan tuan tanah: tak perlu letak garam pasai keju dah masin kan. Tepung pun tak perlu letak banyak, ikut kerasionalan chef ya.
Penggunaan VCO membuatkan kebab ini wangi semerbak.
Dan mengapa tuan tanah menggunakan VCO? ---- sebab ianya merupakan satu-satunya minyak yang stabil pada suhu tinggi. Yakni amat sesuai untuk digunakan semasa memasak, selain daripada pelbagai manfaat kesihatan terhadap tubuh kita.
(Sekiranya hendak menggunakan olive oil, pastikan bukan Extra-Virgin Olive Oil === tidak sesuai untuk memasak).
Till then, c ya .... Assalamualaikum.
Hmmm...sedap tuh kalu cicoh sos...
ReplyDeletesedap jek nih...
ReplyDeletebaru tau yg extra virgin olive oil tu xsesuai utk masakan.. Thanks info :)
Saya dah go through link yg dini bagi pasal VCO tu (penat juga baca pasal pjg). Hehe.
ReplyDeleteSaya pn skrg ni in love dengan VCO :)
napa tak tunjuk yang dah masak? hehe
ReplyDeletewah kebab vesri malaya... ada cheese lagi.... mesti sedap :)
ReplyDelete