Gentle warning: Coretan hari ini mungkin mengundang ketidakselesaan emosi pada sesetengah orang.
Malam tadi, terbuka satu channel siaran Australia di Astro.
Rancangan yang berbentuk temubual, diberi nama "My Life is a Lifetime Movie".
Begini kisahnya:
"Anne (bukan nama sebenar) bertemu suaminya di kolej. Mereka berkahwin setelah tamat pengajian dan merupakan pasangan yang romantik. Sebelum berkahwin, Anne ada bertanyakan suaminya (Nicholas) mengenai family planning, dan suaminya setuju untuk mempunyai anak."
"Mereka dikurniakan sepasang cahaya mata yang berusia 4 tahun dan 2 tahun. Sulung perempuan dan kedua lelaki. Kedua-dua anak ini amat rapat dengan Nicholas. Setiap pagi Nicholas yang akan menyediakan sarapan untuk kedua-dua anaknya sebelum keluar bekerja. Sambil bersarapan, mereka akan berbual dan ketawa bersama."
"Di hari cuti, kualiti masa bersama keluarga amat ditekankan. Di dalam komuniti, keluarga ini amat komited dengan aktiviti gereja. Daripada video keluarga yang ditayangkan, memang jelas kelihatan ciri-ciri bapa penyayang pada diri Nicholas. Pada waktu yg sama, Anne sedang mengandungkan anak yang ketiga."
" Pada suatu pagi, selepas menyediakan sarapan bersama anak-anaknya, Nicholas keluar bekerja seperti biasa. Di tempat kerja, Nicholas menelefon Anne dan memberitahunya bahawa dia akan pulang ke rumah pada jam 6 petang setelah membeli gula."
"Jam menunjukkan angka 7pm. Beranjak ke 8pm. Anne mulai gelisah kerana Nicholas masih belum pulang. Dia menelefon Nicholas tetapi hanya disambut oleh voicemail."
"Apabila jam menunjukkan angka 9pm, Anne cemas. Nalurinya kuat mengatakan ada sesuatu yang buruk menimpa Nicholas. Anne segera menghubungi ibunya dan beberapa kenalan rapat. Jiran-jiran mulai datang, dan tanpa melengahkan masa mereka memulakan gerakan mencari Nicholas pada malam itu juga."
"Masuk hari kedua, Nicholas masih belum ditemui. Anak-anak, Zea dan Rob mulai merindui bapa mereka. Laporan polis dibuat. Anne sangat sedih. Apalah sangat yang mampu dilakukannya dalam keadaan sarat begitu."
"Hari kelima, kereta Nicholas ditemui. Kosong. Pada masa itu, pelbagai andaian timbul di benak Anne. Kemungkinan suaminya dibunuh sentiasa berlegar di fikiran. Tetapi dia cuba menafikannya kerana Nicholas adalah seorang yang lurus dan baik hati, tidak mungkin ada musuh yang mahu membunuhnya."
"Lebih memburukkan keadaan, pihak polis turut menahan Anne dan soal-siasat selama 2 jam setengah, kerana mereka beranggapan Anne yang membunuh Nicholas."
"Pencarian giat dilakukan. Namun, setelah hampir setahun, Nicholas masih belum dapat dijejaki. Mayatnya juga tidak ditemui. Anne melahirkan anak yang ketiga sendirian
di hospital, tanpa kehadiran suami.
In fact, Anne yang memandu sendiri ke hospital bersama dua anaknya."
"Anne membesarkan ketiga-tiga anaknya sendirian pada ketika itu.
Seringkali juga Zea dan Rob merindui Nicholas."
"Setahun setengah kemudian, Anne menerima cek daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat. Anne cuba menyiasat dari mana datangnya wang itu. Rupa-rupanya cek itu di atas nama Nicholas. Anne tersentak, Nicholas masih hidup! Tetapi kenapa dia tidak langsung cuba menghubungi keluarga?"
"Anne menghubungi polis dan wartawan yang membantunya selama ini. Penyiasatan dibuat. Dan didapati Nicholas selama ini berada di California (Anne di Seattle), dengan identiti baru, Alex. Wartawan berjaya menjejaki Alex/Nicholas di California dan satu temubual eksklusif diadakan. Anne cuma menonton melalui siaran tv daripada rumahnya di Seattle."
"Nicholas/Alex telah mengubah rupanya. Dia membotakkan kepala dan hidup dalam keadaan yang ringkas. Apabila wartawan cuba bertanya kenapa dia menghilangkan diri, dia cuma menyatakan bahawa dia perlu bersendirian dan mahu menjauhkan diri daripada keluarganya. Tanpa sebab yang spesifik. Cuma dia rasa perlu bersendirian dan hidup jauh daripada mereka."
"Wartawan bertanya lagi, apakah dia tidak rindu pada Zea dan Rob? Anak-anak sering merinduinya. Dengan yakin, dengan tiada perasaan, Nicholas/Alex menjawab dia tidak rindu pada Zea/Rob. Dan dia tidak mahu pulang kepada mereka pun. Wartawan cuba menunjukkan gambar Zea yang terbaru kepadanya, tetapi tiada sebarang ekspresi dizahirkan."
"Anne menangis melihat temubual tersebut. Sungguh dia tidak sangka Nicholas boleh berubah sebegitu rupa."
Sehingga pagi ini, aku masih terkesan dengan kisah ini.
Amat menyentuh hati.
Kerana melalui video keluarga yang ditayangkan, memang sifat penyayang Nicholas sebagai bapa amat ketara. Aku kasihan dengan anak-anaknya yang rapat dengan beliau.
assalam.. hmmm..hati yang telah dibolak balik oleh Allah... semoga kita semua terus-menerus berada di jalan yang lurus dan jalan yg di redhaiNya..
ReplyDeleteWah!!!!!trajis kisah ni. Bakpo eh jadi gini. Btw dlm citer ni Nicholas/Alex tu Ada family baru@ dia solo? Pepepun, kita org Islam yg Ada pegagan agama yg kuat xleh bt gini kot. X suka kena declare la dok? Pepepun, dlm hubungan kena berterus terang & xleh simpan rahsia smp menyusahkan semua pihak
ReplyDeletex dapat bayangkan perasaan Anne... orang macam ni mungkin ada masalah psikologi... mcm ada suis pula tiba2 berubah jadi orang lain..
ReplyDeletemacam pelik juga kenapa nicholas boleh berubah tiba2... kesian kat Anne.... dah la kena tinggal macam tu jer...
ReplyDeletemungkin selama nie nicholas tuh berselindung dibalik sifat bapa yg penyayang namun dale ati dio meronta2 tok redho..sbb tuh jadi hati batu...
ReplyDeletespeechless.. Ntah xtau ape ade dlm hati bapaknye tu... mmm
ReplyDeleteAssalam, tertengok jgk ceta ni semlm, terasa sungguh 'disturbed' lepas tgok tu, siap teringat2 sampai hari ni n ceta to my staf... Yg rasa paling disturbed tu masa tgok video yg diaorg bt lepas jumpa balik nicholas tu... Nmpk sungguh dia berubah dan mcm bukan mcm nicholas yg sama, yg sayangkan anak2, nampak takdak perasaan habis... hairan sungguh... kalau kat msia sure dah kata kena buatan orang!
ReplyDeletedalam diam dia berubah...mungkin itu perlunya sentiasa berbincang hati ke hati dengan pasangan.. agar tiada yang terbuku di hati...
ReplyDeletesedih nya stori ni.... tekanan hidup agaknya. sebab mungkin tak de bincang dari hati ke hati between husband n wife.
ReplyDeletedia dok pendam sorang2 je, mayb tu one of the reasons why dia bertindak sedemikian.
Tersentak dan terkejut...
ReplyDelete