ummuaidan (Fiji Island) Kniedaz (tanam kat tanah kak) JaSSNaNi (pokok apa kak?) Ibu Qistina (dah selalu cantas tapi tetap lah kurus jugak...huuhuh) Imaan09 nadia rashid Ummu Madihah sentebale-hk (chia seed berbeza daripada biji selasih sis, rupanya jer seakan-akan sama) ahkakbatik (USA)
lady lavender (Finland) Marya Yusof (Peru) nurbijen (UK) Nor Azlina Yusof SriKota Garden
Terima kasih buat saranan dan idea teman-teman blogger tentang ilmu serai....wah, baru lah kutahu, rupa-rupanya serai pun ada spesies gemuk dan kurus ya. Ingatkan selama ni serai masakan 1 jenis ja (lainlah serai wangi yg guna untuk halau nyamuk tu kan).
Kalau menurut teman-teman bahawa serai gemuk itu kurang bau 'lemon' nya, maka aku rasa sukalah dengan serai yang kurus ini. Sebab aroma tu penting dalam masakan....hehehhe (bagi aku lah, jenis yg suka masak simple ni, haruslah bergantung pada aroma).
Pertengahan tahun lepas, aku ada beli sekumpulan herba English kan. Tapi yang masih hidup sampai sekarang cuma Rosemary. Memang best lah rosemary ni, tak perlu siram sokmo, dan tahan panas cuaca Malaysia.
Yang lain-lain: oregano, dill, thyme, lemon balm ==== mati. Terlebih air aku rasa.
Alkisah lemon balm, dah mati, batang, ranting semua kehitaman dah, aku tetap tak buang. Biar ja dalam pasu tu, berbulan-bulan. Yang lain-lain aku buang. Tak tahu kenapa. Malas kot.
Tup-tup, dalam mana Penang menghadapi musim kemarau yang hebat ni, aku perasan ada pucuk-pucuk hijau yang muncul. Wahhhh, ini sudah bagus, tanpa disiram, cuaca panas 'ting-ting', lemon balm ku hidup kembali ! MasyaAllah!
Dan dari hari ke hari, kian lebat daunnya. I like.
Barulah rajin tuan tanah nak siram kan....hehehehehe....
Moga-moga lemon balm ku terus subur dan berbunga seperti mana lemon balm Ibu Qistina. InsyaAllah....
Lepas ni boleh guna dalam memasak...yeay.... harum semerbak! |
Semalam, experiment di dapur lagi. Buat froyo = frozen yogurt.
Since Abe Ajwad suka yogurt, tapi tak berapa suka buah, maka marilah kita gabungkan kedua-duanya ya.
Strawberry + Mempelam + Natural Yogurt = Kisar.
Sejukkan dalam fridge, bahagian freezer tu.
Nak makan, aku tambah la sikit choc rice dan blended nuts. Kebetulan di rumah ada kekacang gajus dan hazel (roasted; dah beli berzaman tapi tak habis-habis),
maka aku kisar kering juga kekacang ni.
Tabur atas froyo tu jugak lah.
Inilah rupa froyo yang baru setengah jam dalam fridge. Kena letak lebih sejam baru teksturnya ok. |
Froyo abe Ajwad. Tak aci, dia mahu letak banyak choc rice. |
Hero cilik yang tidak tolak makanan sedap. |
Till then, c ya.... Assalamualaikum
frozen yogurt rupanya froyo...ingatkan menu apalah pelik bunyi nyer..gitu rupa lemon balm..br je order dgn KBB...jd nyer lemon balm suka panas eh..samo dgn rosemary..orite noted!
ReplyDeletebagusnya anak dini. semua yg ibu masak, mesti dia makan kan. salute la kt dini!
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteNampak sedapnya froyo ni! Dengar kata yoghurt ni bagus makan pagi2 semasa perut kosong, betul ke?? Kalau buat sendiri x payah perabih pitih kat tutti friti ya!
mcm sedap je.... nak wat gak lah.. tapi kena beli stok yogourt dulu.. hari tu beli dah, abis anak no.1 wat masker muka dia malam2.. hahahaha
ReplyDeletecedapnyeeee tgk hero cilik makan
ReplyDeleteSeronok tengok amzar makan...hehe.
ReplyDeletekat sini saya selalu petik rosemary kat sekolah... jadi la utk naikkan aroma bila bakar ayam :)
ReplyDeleteAmboi, bukan main lagi syok makan froyo... kalau saya suka blend mango+natural yoghurt+fresh milk, jadi la manggi lassi :)
saya tak suka yogurt ...si abang cuma makan Calciyum tu..hehe
ReplyDeleteOoh bestnye garden!! Seronok memadak gunaherb dari garden sendiri kan?
ReplyDelete