Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 30 April 2013

Bekwoh wehhhh ....


Tarikh: 21 April 2013
Lokasi: Kg Jembal, Tawang, Kelantan
Acara: Kenduri Akikah (3 bayi) + House-warming
Haiwan yg terlibat: Seekor lembu


Kenduri besar di Kelantan disebut bekwoh. Aku pernah terbaca yang asal-usul perkataan bekwoh adalah daripada ayat "Big Wok" .....

Tak tahulah sejauh mana kebenarannya, tapi memang guna kawah (wok) yang besar pun kalau bekwoh ni.....

So jom tengok kemeriahan bekwoh kat kampung ni ....kepada teman blogger kak rostina76 yang berada di Brunei, maafkan adikmu ini lagi sekali kerana sengaja menayangkan gambar-gambar bekwoh, harap akak bersabar....hehehehehehheh.....



Bahagian kaum ibu : sambil berborak, tangan turut laju bekerja.....

Orang besar mengangkat portion daging yang besar!
Ooops, maaf poksu......

Sekumpulan gentleman sedang mengopek kelapa, nak ambil belembe nyor untuk dimasukkan dalam gulai kawoh
(belembe nyor dalam bahasa baku apa ek?)

Kumpulan kaum bapa sedang tekun menyiang daging lembu .....daun pisang dialas...mujurlah di kampung sumber daun pisang tu senang didapati, FOC pula .....

Ewahhhh, sejak bila korang dilantik jadi supervisor ni? Tolonglah siang sama daging tu....
Kelihatan poksu Radzi, adik aku 2 orang, bapaku dan sepupuku sedang berlatih menjadi pemerhati PBB....yang baju merah sedang bekerja tu adalah jiran nenek aku, ahli bomba....

Sesi membasuh kawoh @ big wok ....2 biji kawah digunakan untuk menggulai

Kawah is ready! 
Yang berseluar ungu tu ketua gulai .... a.k.a chef of the day...

Okey, adik kakok, maghi pilih ni, hok mano nok wat gula, hok mano nok singge .....
kawoh panah doh tu ...maghi-maghi pilih .....banga' sikit....

(translation: adik kakak, mai pilih daging, yang mana nak buat gulai, yang mana nak buat singgang, kawah sudah panas (minyaknya), mari pilih, cepat sikit)

Okey dialog rekaan semata-mata ya!

Sudut menggoreng ayam di luar rumah/dapur.....

Amboi Amzar, menjeling pada Marissa nampak?!!!!

The Cow's Brain

Yeaaahhh....sate !!!!!
Fresh meat .....sate segera, perap dengan garam kunyit je, kemudian bakar......manis amat daging segar...

Sesi menggulai .....

Kaca pokcik, jange tok kaca .....

(kaca read baku ya, kaca di sini bukan bermaksud glass)

Izu (ishamizu), gulai kawah ni tak sama dengan rendang.....dini nak explain pon tak reti macam mana...Izu kena datang Kelantan dan rasa sendiri ....eheeeeee

Aku tak sanggup lah nak letak gambar gulai yang sudah siap masak kat sini, nanti ada pula yang terliur .....kuikuikuikui....

Itulah serba-sedikit kisah bekwoh kami di kampung.....

Till then, c ya ... Assalamualaikum...


13 comments:

  1. sudah lama tak berada pada situasi di atas...sbb barisan chef yang berkaliber sudah tak ada..:(
    suka kan bekwoh ni...dulu2 mesti ada pokok nyior tumbang..amik umbuk wat acar..amik daun nyior wat main kereta tarik hehehhe

    ReplyDelete
  2. Salam Dini,

    Jelesnya, Mak Aji pun dah lama sangat x berada dalam situasi mcm ni, meriah sungguh ya! Miss the good ol days kat kampung! Lamanya Dini cuti kat kampung! Enjoy your hols!

    ReplyDelete
  3. aduss..sedapnya bekwoh ghama2 gitu...:)

    ReplyDelete
  4. assalamualaikum dini..
    wahhhh besar nye kenduri... tak lama lagi kenduri merata2 lah.. dah nak cuti skolah ujong bulan 5 ni..

    ReplyDelete
  5. pernah makan singgang daging waktu gi rumah BIL kat Machang...sedap..pastu ada budu+cili padi ...fuh fuh

    ReplyDelete
  6. Aduhai rindunyo suasano bekwoh lagu ni. Alik Langgar tok jjupo doh gotong royong lagu ni.. semo paka catering. Tgk ko daging bakar tuh titik tak tak air liur. terpakso teley gok air liur tawar ni.

    Duk di Jembal ko? Kenal dok Sharifah Muhammad loni duk di brunei. aloh la .. kota jembal kae luas, heheh sajo tanyo takut2 kenal.

    Dulu brehi benar gula otok lembu, loni maghi kembey pipi pulok nok makey.

    Nota: setengoh oghey translate bekwoh sbg Big work.. holah kijo besar nok wak kenduri besar ni... mace mace translation ikut daeroh ngan kawasey. Alik Langgar kalu qeqoh, dio prefer gulai kuzi...

    ReplyDelete
  7. bestnya kenduri ... dah lama tak tengok suasana mcm ni. last sekali masa kenduri kahwin adik ipar di kedah ... brapa tahun lepas ntah

    ReplyDelete
  8. huhu!!!!sajoooo jah dini ni. mujur dok letok gambar hok tgh panas2 tu atek, klu dok esok jugok kros g cari big wok sini.hahaha!!!!walau brunei ni dkt & lebih kurang adat budaya dgn msia tapi mmg rindu la moments gini. btw bestnyoo rumoh baru sapo dok citor dini?

    ReplyDelete
  9. meriahnya bek woh kg dini..
    kalau kat kg saya payah doh nak buat gitu, semua main catering doh... huhuhu
    Tapi kalu belah mertua, mmg meriah lagu tu la :)

    ReplyDelete
  10. Sudah lama lah makcik tak tengok org gotong royong camni.......rindu suasana tu

    ReplyDelete
  11. besh betui aa org ada kampong. kaktek lahir kt kg gak... kg datuk keramat, tgh bando kay ell..

    ReplyDelete
  12. seronok betul tengok aktiviti bekwoh mcm ni.. dah lama tak mkn kenduri kat klate.. paling tak lupa gulai daging letak putik nyior kat bachok.. dah tu tuan rumah siap tunggu kita makan hihihi.. sgt mesra :D

    ReplyDelete
  13. Hahahaha,
    Terasa sangat kejelesan nyer bila dini tunjuk sesi bekwoh ni,.
    Teringat kat kampung mummy pun gitu jugak...
    Huhuhuhu, rindu pada kenangan

    ReplyDelete