Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 30 April 2013

Bekwoh wehhhh ....


Tarikh: 21 April 2013
Lokasi: Kg Jembal, Tawang, Kelantan
Acara: Kenduri Akikah (3 bayi) + House-warming
Haiwan yg terlibat: Seekor lembu


Kenduri besar di Kelantan disebut bekwoh. Aku pernah terbaca yang asal-usul perkataan bekwoh adalah daripada ayat "Big Wok" .....

Tak tahulah sejauh mana kebenarannya, tapi memang guna kawah (wok) yang besar pun kalau bekwoh ni.....

So jom tengok kemeriahan bekwoh kat kampung ni ....kepada teman blogger kak rostina76 yang berada di Brunei, maafkan adikmu ini lagi sekali kerana sengaja menayangkan gambar-gambar bekwoh, harap akak bersabar....hehehehehehheh.....



Bahagian kaum ibu : sambil berborak, tangan turut laju bekerja.....

Orang besar mengangkat portion daging yang besar!
Ooops, maaf poksu......

Sekumpulan gentleman sedang mengopek kelapa, nak ambil belembe nyor untuk dimasukkan dalam gulai kawoh
(belembe nyor dalam bahasa baku apa ek?)

Kumpulan kaum bapa sedang tekun menyiang daging lembu .....daun pisang dialas...mujurlah di kampung sumber daun pisang tu senang didapati, FOC pula .....

Ewahhhh, sejak bila korang dilantik jadi supervisor ni? Tolonglah siang sama daging tu....
Kelihatan poksu Radzi, adik aku 2 orang, bapaku dan sepupuku sedang berlatih menjadi pemerhati PBB....yang baju merah sedang bekerja tu adalah jiran nenek aku, ahli bomba....

Sesi membasuh kawoh @ big wok ....2 biji kawah digunakan untuk menggulai

Kawah is ready! 
Yang berseluar ungu tu ketua gulai .... a.k.a chef of the day...

Okey, adik kakok, maghi pilih ni, hok mano nok wat gula, hok mano nok singge .....
kawoh panah doh tu ...maghi-maghi pilih .....banga' sikit....

(translation: adik kakak, mai pilih daging, yang mana nak buat gulai, yang mana nak buat singgang, kawah sudah panas (minyaknya), mari pilih, cepat sikit)

Okey dialog rekaan semata-mata ya!

Sudut menggoreng ayam di luar rumah/dapur.....

Amboi Amzar, menjeling pada Marissa nampak?!!!!

The Cow's Brain

Yeaaahhh....sate !!!!!
Fresh meat .....sate segera, perap dengan garam kunyit je, kemudian bakar......manis amat daging segar...

Sesi menggulai .....

Kaca pokcik, jange tok kaca .....

(kaca read baku ya, kaca di sini bukan bermaksud glass)

Izu (ishamizu), gulai kawah ni tak sama dengan rendang.....dini nak explain pon tak reti macam mana...Izu kena datang Kelantan dan rasa sendiri ....eheeeeee

Aku tak sanggup lah nak letak gambar gulai yang sudah siap masak kat sini, nanti ada pula yang terliur .....kuikuikuikui....

Itulah serba-sedikit kisah bekwoh kami di kampung.....

Till then, c ya ... Assalamualaikum...


Monday, 29 April 2013

We are back in Penang: AjwadAmzar's activities in kampung



Fuuh fuh fuh....okay selesai sudah menyapu segala sawang-sawang di blog ini.....amboi 2 minggu tidak ber'update' kan, sejarah telah tercipta! 

Cuti di kampung seminggu sahaja sebenarnya, iaitu minggu lepas. Minggu sebelum tu haruslah gigih menyiapkan segala kerja sebelum bercuti panjang, sebab itulah agak terabai 'rumah' yang satu ini. 

Menjawab persoalan teman blogger ishamizu (UK), yes sekarang pelajar diploma sedang bercuti semester, sebab itulah para pensyarahnya pun mengambil kesempatan bercuti. 

Kebetulan tahun ni dapat 2 anak buah baru + sepupu baru, maka perancangan untuk mengadakan akikah tu dibuat. 2 anak buah tu adalah anak-anak adik aku. Seorang lelaki dan seorang perempuan. Tapi kisah kenduri akikah akan diceritakan di lain entry lah yer.....belum sempat lagi 'godek-godek' gambar di dalam kamera. Maklumlah, semalam baru sampai di Penang. 

Untuk entry kali ini, jom tengok aktiviti dua beradik ni di kampung. Gambar-gambar ni aku copy balik ja daripada instagram. 


Amzar suka betul dapat bergerak bebas di kampung.
Tengoklah tu, ada gaya YB tak? kihkihkihkih...amboi, mentang-mentanglah musim undi ni, jalan pun kena ada gaya YB ke anok oiiii?

Natures-Blended Learning ---- mari kenali flora.
Abe Ajwad bersungguh nak petik daun.....katanya,"Ajwad nak eight leaves, nak painting leaves"
Si adik pun, tengok abang petik daun, dia pun sibuk sama nak petik jugak....

Yeahhhh = sesi Get Dirty to Boost Your Immune System!
Bermain pasir dan batu di halaman rumah......

Di petang hari, kita main pasir di Pantai Irama pula.....
5km sahaja daripada rumah kan...

Owh aku suka sangat gambar ini .....
agaknya apa yang sedang diperhatikannya? atau apa yg sedang difikirkannya apabila melihat deruan ombak menghempas pantai?

Ini bunga raya!

Aktiviti 2 beradik yang belum mandi pagi.
Pagi-pagi apabila matahari dah mula memancar gitu kan, aku kerah 2 beradik ni untuk berjalan-jalan sekitar kampung.
Ala-ala sun-bathing walking gitu.....


Seiring dan sejalan, bergandingan pula sepupu ini, sama-sama memegang bunga raya...
Amzar bersama sepupu yang sebaya

Selesai round kampung, berehat sebentar sambil belajar
mengenai anatomi seekor kucing...hahahahah
Masing-masing ni takut nak dekat dengan kucing sebenarnya....

Owwhhh your smile is so precious...


Till then, c ya ....Assalamualaikum


nadia rashid = Rimba Bali tok gi pong, tempat lagu mano tu? tempat keloh ko?
JaSSNaNi = amzar takut laut lah aunty...hehehehe
lady lavender Ummu Madihah mama ct nurbijen kasihredha amy (^_^) ~najwa~ rostina76 Ibu Qistina = cerita kawah akan menyusul.......tunggguuuuuu

Monday, 15 April 2013

Quick Update No ......

 

Ajwad: Mummy, jangan...jangan ambil gambar Ajwad okeh, Ajwad taknak....
Mummy: Okey, mummy ambil gambar dinding belakang Ajwad saje.....


Anak teruna seorang ni dah jadi pemalu tau.
Dulu kecil-kecil suka bergambar, sekarang bukan main payah.

Amzar: Hmmmm, what is this?
Lets check ......owh I know...its nombor 3.....

Amzar: Dada....nah, ambil nombor meja ni....
air kelapa dah sampai...yeay....


Dada === Daddy

Amzar: Owwhhh sungguh sedap! Sejukkkkkk......

Nikmat sangatlah tu gamaknya...

Lets jemaah alkaline our body...yeay!

Wednesday, 10 April 2013

Kisah Lemon Balm & Home-made Flavourful Froyo



ummuaidan (Fiji Island)  Kniedaz (tanam kat tanah kak) JaSSNaNi (pokok apa kak?) Ibu Qistina (dah selalu cantas tapi tetap lah kurus jugak...huuhuh) Imaan09 nadia rashid Ummu Madihah sentebale-hk (chia seed berbeza daripada biji selasih sis, rupanya jer seakan-akan sama) ahkakbatik (USA) 

Terima kasih buat saranan dan idea teman-teman blogger tentang ilmu serai....wah, baru lah kutahu, rupa-rupanya serai pun ada spesies gemuk dan kurus ya. Ingatkan selama ni serai masakan 1 jenis ja (lainlah serai wangi yg guna untuk halau nyamuk tu kan). 

Kalau menurut teman-teman bahawa serai gemuk itu kurang bau 'lemon' nya, maka aku rasa sukalah dengan serai yang kurus ini. Sebab aroma tu penting dalam masakan....hehehhe (bagi aku lah, jenis yg suka masak simple ni, haruslah bergantung pada aroma). 

Pertengahan tahun lepas, aku ada beli sekumpulan herba English kan. Tapi yang masih hidup sampai sekarang cuma Rosemary. Memang best lah rosemary ni, tak perlu siram sokmo, dan tahan panas cuaca Malaysia. 

Yang lain-lain: oregano, dill, thyme, lemon balm ==== mati. Terlebih air aku rasa. 

Alkisah lemon balm, dah mati, batang, ranting semua kehitaman dah, aku tetap tak buang. Biar ja dalam pasu tu, berbulan-bulan. Yang lain-lain aku buang. Tak tahu kenapa. Malas kot. 

Tup-tup, dalam mana Penang menghadapi musim kemarau yang hebat ni, aku perasan ada pucuk-pucuk hijau yang muncul. Wahhhh, ini sudah bagus, tanpa disiram, cuaca panas 'ting-ting', lemon balm ku hidup kembali ! MasyaAllah!

Dan dari hari ke hari, kian lebat daunnya. I like. 
Barulah rajin tuan tanah nak siram kan....hehehehehe....

Moga-moga lemon balm ku terus subur dan berbunga seperti mana lemon balm Ibu Qistina. InsyaAllah....


Lepas ni boleh guna dalam memasak...yeay....
harum semerbak!



Semalam, experiment di dapur lagi. Buat froyo = frozen yogurt. 

Since Abe Ajwad suka yogurt, tapi tak berapa suka buah, maka marilah kita gabungkan kedua-duanya ya. 

Strawberry + Mempelam + Natural Yogurt = Kisar. 

Sejukkan dalam fridge, bahagian freezer tu. 

Nak makan, aku tambah la sikit choc rice dan blended nuts. Kebetulan di rumah ada kekacang gajus dan hazel (roasted; dah beli berzaman tapi tak habis-habis), 
maka aku kisar kering juga kekacang ni. 
Tabur atas froyo tu jugak lah. 


Inilah rupa froyo yang baru setengah jam dalam fridge.
Kena letak lebih sejam baru teksturnya ok. 

Froyo abe Ajwad. Tak aci, dia mahu letak banyak choc rice. 

Hero cilik yang tidak tolak makanan sedap. 

Till then, c ya.... Assalamualaikum

Monday, 8 April 2013

Owh My Lemongrass

Ummu Madihah nadia rashid Hafizah Mohamad kasihredha mama ct (ct, lama menghilang, pi mana? apa khabar the kids?)


Petang semalam, sempat membersihkan kebun. Cabut segala rumput-rampai yang bermaharajalela. Trimmed pokok mulberi. 

Terima kasih Mok Aji Ummu Madihah atas tips supaya sentiasa dicantas pokok mulberi tu. Memang kian lebat buahnya jika rajin cantas.

Sempatlah juga menuai serai. Hampir 20 batang dapat. 

Tapi, hairanlah aku, orang lain tanam serai gemuk-gemuk. 
Serai ku ------ kurus melidi.....

Kenapa ya agaknya? Teman-teman yang arif lagi bijaksana dalam hal tanam-menanam ni ada petua tak? 

Thanks in advance.....



Saturday, 6 April 2013

Hidangan Dua Hari


Assalamualaikum teman-teman blogger!

Harini di Penang, hari bermula dengan limpahan hujan rahmat seawal jam 6am. Agak lebat. 
Alhamdulillah, setelah beberapa minggu 'summer'.....

Seharian rupanya hujan hari ini, mendung awan yang berarak. Ajwad dan Amzar macam seronok pulak tengok hujan kali ini, lagaknya macam tak pernah jumpa hujan....heheheheh...Lepas tu dok asyik ulang, "mummy, sejukkan, hujan lebat....."

Harini juga aku membuat operasi install education apps. Yang tak relevan lagi aku uninstall. Install yang baru. 
Banyak yang aku install daripada siri Baby Bus......ada phonics reading, number, shapes, math, sight-reading etc. Bekalan untuk di kampung nanti selama seminggu. 

Pabila cuaca hujan, perut pun asyiklah berdondang-sayang kan?. 

So what did I cook for lunch today? 

Biasa-biasa ajer, taklah gempak pun. Sediakan ikan kukus tanpa garam, cuma letak black pepper, halia, garlic, lemon. 

Asalkan tekak hero cilik berdua tu boleh terima, maksudnya oklah tu tanpa garam...hehhehe.

Untuk mummynya, ada tambahan sedikit. 

Bersempena dengan misi going-raw ini, maka hari ini aku sediakan kerabu. 
See, I told you, nothing fancy pun

Aku namakan kerabu ini sebagai "A Colourful Version of Raw Kerabu".

Bahan-bahan ikut apa yang ada dalam fridge ajo: Carrot, Kacang buncis, bawang besar, timun, lada rangup, cili api, bunga kantan, serai, jus lemon, gula, garam. 


Disebabkan Mr Hubby tidak balik lunch, maka
bolehlah kerabu ini kuhasilkan pedas.....


Morning snack --- jus dragon fruit putih + limau sunkist

Untuk tea-break petang, aku sediakan fries ubi keledek......buat pun secara simple sesangat. Gaul ubi keledek dalam bancuhan tepung atta dan terus goreng. Rupa-rupanya favourite hero berdua tu......tu lah, selama ni mummy tak buat ya.....


Amzar & sweet potato fries. 


Biarpun rupamu tidak gah, namun dikau tetap
 menambat selera anak bujangku!


Dinner kami sekeluarga semalam.
Home-made minestrone with gluten-free pasta + left-over grilled chicken. 

Till then , c ya .... Happy Weekend ....

Wednesday, 3 April 2013

Salam: Bukan adat mereka ...

ahkakbatik (tu lah tak dapat pi negara org puteh selera org puteh pon jadi ler kak tek...huhuhu)
 Ummu Madihah (caya lah mok aji)  JaSSNaNi (diet utk sihat, bukan utk kurus tau kak..heheh) Kniedaz 
rostina76 (try lah kak ros....sedap) nadia rashid (try wat ko naufal...hehehe) nurbijen εïзmummyHazaεïз 
Salma Tayo ummuaidan (main gelat namonyo tuh...) babYpose (salam kenal) Marya Yusof


Hari Rabu dah hari ni.....selesai menanda final exam budak-budak....hmmm, seperti telah dijangka, macam-macam teori baru yang tidak pernah diajar yang keluar.....

Harini nak sambung sedikit lagi tentang perbezaan budaya antara masyarakat Cina dan Melayu. Sementara tengah ingat ni kenalah jot down di sini kan. 

Kebiasaannya orang Melayu bersalam apabila bertemu kan. Tak kiralah salam semut @ salam biasa. Eh tahukan salam semut?

Alaa salam yang diikuti dengan melaga-lagakan pipi kiri dan kanan tu. 

Bila kita berjumpa orang atau apabila kita nak berundur diri, selalunya memang kita akan bersalam lah kan. Kalau tak salam, macam kurang sopan pulak kan. Even anak-anak kecil pun kita ajar untuk bersalam ni. 

Tetapi kaedah bersalam tidak wujud dalam masyarakat Cina (shaking hands itu lain ya....). Shaking hands depa buat juga, untuk perkara-perkara tertentu seperti ucapan tahniah. 

Apa cara depa kalau bukan bersalam?

Panggil nama @ gelaran!

Contoh: Kalau aku menziarahi PIL, mula-mula sampai tu, aku harus panggil depa, "mummy" atau "daddy" apabila nampak mereka. 

Ajwad harus sebut "ah ma" (nenek) atau "ah kong" (atuk). 

Kalau balik Alor Setar, rumah nenek Mr Hubby, kami kena sebut lah nama/gelaran semua penghuni yang ada dalam rumah tu semasa kami sampai. 

Semua, tidak boleh tertinggal satu pun. 

Contoh: 

Nenek Mr Hubby = ah ma
Pakcik ketiga = San suq
Isteri pakcik ketiga = San sen
Pakcik keempat = Sen Suq
Isteri pakcik keempat = Sen sen
Pak Su = Siow suq
Isteri Pak Su = Siow sen
Mak Long = Ta ku
Suami Mak Long = Ta ku Chang
Mak Ngah = Er ku
Suami Mak Ngah = Er ku Chang
Mak Su = Siow ku
Suami Mak Su = Siow ku Chang

Dan ini adalah gelaran bagi belah FIL. Kalau pakcik/makcik belah MIL, lain pula gelarannya. 

Gelaran bagi mereka biasanya amat spesifik, mengikut aturan dalam keluarga, ahli keluarga sendiri atau ipar-duai dan bergantung sama ada belah isteri atau suami. 

Fuuhhh, pening juga mula-mula dulu. 

Sampai sekarang pun, kadang-kadang aku masih tersilap sebut. 
Bukan tersilap apa, tertukar......

Dan kalau jumpa yang jarang ditemui, yang aku memang tak tahu nak sebut apa, aku akan biar Mr Hubby sebut dulu, baru aku ikut.....hehehehhe...Tapi tu lah, kadang-kadang susah jugak nak capture sebutan Mr Hubby, sebab dia cakap laju........so terkulat-kulat lah aku tanya balik Mr Hubby, nak panggil apa ek? kihkihkih.....

Kesimpulannya bagi aku: bersalam lagi senang daaaa........

Sekian. 


Mereka sangat kagum apabila budak sekecil Amzar tahu bersalam,
 siap cium tangan lagi.....hehehehe




Tuesday, 2 April 2013

Going Raw: a kitchen experiment of Green Soup


Tetiba semalam, terasa tidak mahu makan nasi. Tetapi untuk ahli-bait yang lain ada je hidangan nasi. Cuma untuk diri sendiri jer tiada. Sengaja. 
Nak uji diri sendiri tahan tak dinner dengan sup ajer. 

Tapi bukanlah sebarang sup ya. Haruslah belek buku resepi mencari resepi untuk tenaga. 
Di dalam buku "Going Raw by Judita Wignall", ada resepi sup hijau ini. 
Yang tak perlu dimasak langsung.
(which I like....hihihihi).

Bahan-bahan: Bayam, setengah biji avocado, carrot, 3 ulas bawang putih, daun ketumbar/sup/parsley. Blend semua sekali beserta air. Sukatan air ikut kesesuaian. Untuk ini, penggunaan hand-blender amat praktikal. 

Selesai blend, tuang di dalam mangkuk. Masukkan pula jus limau nipis/kasturi/lemon, serbuk cayenne pepper dan garam. Kacau sebati. 

Kalau rajin menghias, bolehlah potong kecil tomato atau timun, letakkan di atas sup. Semalam, aku makan sup ni bersama chia seed. 

Rasanya? ===== masam-masam pedas gitu. Pedas daripada cayenne pepper. Sedap dan mengenyangkan. 

Mungkin sebab dah terbiasa dengan raw juicing, so bagi aku, raw soup ni tak adalah fear-factor sangat. 
Amzar pun laju jer hirup sup ni. 

Dan bagi teman-teman yang suka makan ulam, sup sebegini tentu boleh diterima perut...hehehehe. Bayangkan jer makan ulam, tapi dalam bentuk cecair. 

Aku rasa kalau nak tambah ayam ke dalam sup ni pun boleh, tapi ayam tu kena rebus dulu lah atau panggang dulu ker kan......wokeh itu next experiment lah pulak......

Note: Amzar makan relaks jer. Mr Hubby makan siap standby air di tepi akibat kepedasan katanya....kuikuikui......




Detox Bath


***Auto-publish entry***


Kepada teman-teman blogger yang memang mengikuti blog aku ni, pasti dah arif mengenai epsom salt kan. Atau pada teman-teman yang baru, boleh ajer google tentang apakah itu epsom salt. 

Dulu aku pun tak tahu akan kewujudan epsom salt ni. Dulu aku pun tak tahu bahawa epsom salt ni ada dijual di farmasi. Dulu aku pun tak tahu yang epsom salt ni taklah mahal, kiranya memang dalam range harga yang mampu dimiliki lah (below RM10)....

Antara kegunaan penting epsom salt adalah untuk menyingkirkan toksin @ racun daripada dalam badan. 

Caranya....?

Berendam sambil pejam mata, diiringi alunan irama yang mendamaikan.......tup-tup terus terlena.....

Dusshhh! Okeh itu satu mimpi.....

Rumah kita di Malaysia ni, memang JARANG lah kan yg ada bath tub, jadinya proses nak berendam bagi kita yang dewasa ni agak payah lah, melainkan kita pi bercuti di hotel. 

No worries, proses detoks masih boleh dilakukan, dengan cara RENDAM KAKI .....

Selamat mencuba !

***Untuk anak-anak kecil, bolehlah bagi depa berendam dalam besen besar atau besen baby.