cikA, nurbijen, Marya Yusof, nadia rashid, Izza-Jiejah, makcikkantin, Ibu Ann, lade lavender, umiyumi, Kniedaz, Ayumieka, Ibu Qis, ummuaidan, Ummu Madihah, Fadilah Aziz, Lynn
Saja ja nak tulis memori lucu + panik aku ni, kebetulan pagi tadi isi minyak masa datang kerja. Dah satu hal pulak petugas di stesen minyak boleh tersalah bagi kad mesra aku pada orang lain....huhuhuhu.....
Ini kisah yang berlaku tahun 2010, kenangan aku bersama Si Kelisa Biru. Masa tu aku masih tinggal di pulau, berulang-alik ke tempat kerja di Permatang Pauh ni.
Suatu petang, nak balik kerja, terdetik di hati, 'eh macam dah lama tak isi minyak...'.
Aku tengok meter minyak, jarum pada kedudukan half tank
(logiknya masih banyak minyak la kan...).
Tengok pada kilometer, sudah 600 ++ km.
Terdetik rasa pelik di hati. Sebab selalu tu bila full tank, dalam julat 500++ km dah kena isi semula.
Tapi aku sedapkan hati sendiri. Mungkin aku lupa nak zero kan kilometer tu semasa isi minyak sebelum ni.
Dengan yakinnya rasa, minyak memang banyak lagi.
Sedang drive, tetiba kereta macam bergegar sedikit....eh eh dah cuak lah aku....awat ni kan? Terus ke tepi jalan, masih lagi drive slowly sehingga satu tahap tu, enjin terus mati ......
Uh uh sudah......confirmed minyak habis !
Lokasi aku berhenti tika itu? Betul-betul tepi highway, di tengah-tengah cuaca panas petang !
Alhamdulillah belum masuk jambatan !
Kelam-kabut called Mr Hubby (dia di pulau), panik tak usah cakap la kan.....(tipikal perempuan apabila berhadapan hal-hal kereta...hihihihi).
Dengan tenangnya Mr Hubby mencadangkan aku untuk call student, minta depa tolong...sebab kalau nak tunggu Mr Hubby datang daripada pulau, mahunya aku 'rentung' di situ kan....hehehhe
Aku pun called lah 2-3 orang students, tanya siapa yang ada motor/kereta. Alhamdulillah ada seorang ni yang ada motor. Minta tolong dia belikan 2 botol air mineral besar, kosongkan air botol dan isi dengan minyak....
Bila dia muncul, aku pun isilah minyak yang sedikit itu. Kemudian, student aku tu tunjukkan jalan untuk ke stesen minyak di kawasan perindustrian Perai. Legaaaa.....
Sejak insiden itu, memang setiap kali kilometer mencecah 400++ km jer, aku terus isi minyak full tank.
Apa pula pengalaman panik kalian dengan kereta/motor?
Till then, c ya ... Assalamualaikum
|
hahahahahah...so cute! |