Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 14 February 2013

Perbezaan Budaya ...

ummuaidan = di penghujung gua tu ado tempat main air untuk budok2 nor..bulehlah nok keloh situ....
lady lavender = owh....saya pulak tak puas masuk sekali .....
umiyumi = betul umi, cantik kawasannya
makcikkantin = makcik, gua kelam ok ja, tak perlu adventurous pong, sebab ada bridge dalam gua all the way from start till the end....heheheheh...
Ummu Madihah = hahahahha, orang lelaki memang cam gitu kot mok aji...sikit2 cakap takdok gapo....nanti mok aji maghilah sini, kito pakat gi nok?
CikA =  oowwh i tak perasan lah pulak ada tempat kuda....huihuhuh
Fadilah Aziz = bukan anak-anak yg seronok Fadilah, tapi mak paknya yang terlebih excited....hahahah
Mariambebakar = alhamdulillah, mommy ada strong support system.....

Kepada yang berminat untuk pergi ke Gua Kelam, bayaran masuk cuma RM1 sahaja untuk dewasa.....walaupun fizikalnya gua, tetapi tak perlu pakai tracksuit @ pakaian sukan + kasut sukan untuk masuk gua ni.....boleh aje pakai biasa-biasa pun, baju kurung pun ok.

Cuma JANGAN pakai kasut tumit tinggi.....sebab nanti langkah boleh terganggu akibat tapak kasut yang runcing tu terlekat di celah-celah kepingan kayu jambatan....

Ada jambatan daripada pintu gua sehingga ke penghujungnya.....dan juga lampu-lampu malap sekadar untuk tidak bergelap-gulita dalam tu.....tetapi lampu ni akan ditutup menjelang jam 6pm.....maka, kena keluar daripada gua tu sebelum lampu terpadam lah yer....

Di penghujung gua ni, ada kawasan perkelahan.....agak besar kawasannya.....dengan kolam air terjun buatan untuk anak-anak mandi-manda.....so itulah serba sedikit info tentang Gua Kelam.....semoga bermanfaat ya...

Ok harini aku nak berkisah serba-sedikit tentang budaya masyarakat Cina vs Melayu, hasil daripada pengalaman sendiri yang berkahwin dengan Mr Hubby dan hasil pergaulan dengan keluarga mertua dan kawan-kawan Mr Hubby.....
(mungkin orang lain berbeza pengalamannya, ini berdasarkan pengalaman aku ya)

Adat Melayu, bila tetamu datang, kita mula fikir dan siapkan hidangan apa yang hendak dijamu kan......kalau esok tetamu nak mai, harini kita dah mula plan nak masak apa, betul tak? eheee....

Begitu juga aku, mula-mula kahwin dulu aku macam tension sebab kadang-kadang mereka mai secara mengejut...mulalah aku membebel pada Mr Hubby sebab tak ada benda nak hidang......

Mr Hubby bagitahu lah aku, tak perlu itu semua, sebab Cina tak sama macam Melayu. Bagi air kosong pun okay dah.....woooo aku cakap melampau lah tu nak bagi tetamu air kosong....so biasanya aku hidang jugaklah air bujang pun. 

Biasa kita orang Melayu, kalau hidang air bujang, biasanya teh ke, teh o ke, milo ke atau seangkatan kan....so macam tu lah juga aku hidang pada mereka....

But then, Mr Hubby told me that normally the Chinese only drink tea/milo/coffee/nescafe when having breakfast ---- tidak pada masa-masa yang lain....

Kiranya pada mereka, minum tea/coffee/milo pada waktu BUKAN SARAPAN adalah abnormal.....hehehheeh

Maknanya, di rumah, haruslah stand-by cordial drinks gitu, yang tinggal bancuh dengan air ja.....hmmm...dahlah aku jenis anti-cordial drinks ni....

Ataupun stand-by air kotak ... 

Kalau berkunjung ke rumah kawan-kawan Mr Hubby (normally during CNY), mereka akan serve air kotak....bukan sebab aku ni Melayu (yang mana mungkin mereka terfikir aku tak minum ke apa ke kan air yg depa buat), tetapi untuk semua tetamu, mereka lebih senang serve air kotak atau air tin.....

Semasa perayaan pun, mereka tidak menyediakan juadah yang berat-berat untuk tetamu...juadah berat hanya disediakan untuk ahli keluarga sahaja. 

Biasanya tetamu yang datang menziarah semasa CNY akan dihidangkan dengan makanan ringan dan 'biskut raya' dan limau ......
(ini konteks yang datang beraya & bukan semasa open house ya)

Pada pemerhatian aku yang tidak saintifik ini, mereka lebih mementingkan komunikasi semasa ziarah itu ..... banyak cerita yang hendak dikongsikan....

Itulah serba-sedikit perbezaan budaya dan cara hidup yang dapat aku kongsikan......pada sesiapa yang bakal berkahwin dengan orang Cina, harap info ni dapat dijadikan panduan...heheheh....

Nanti lain kali kalau ada lagi points yang boleh dikongsi, aku share di sini ya...

Malaysia berbilang kaum, so bagi aku, tak salah berkongsi maklumat sebegini...sekurang-kurangnya kita sebagai orang Melayu peka pada budaya masyarakat di luar sana...

Till then, c ya....Assalamualaikum...



12 comments:

  1. Salam dini...
    very interesting...oklah tuh kalu wat tubik air kotak jah takpo..takyoh susoh wat air tea...sy lok dok sini kalo oghre maghri kena masok white tea...keno ado kuih ko sekut ko..gapo2 mesti ada..tokleh air kosong...letih jgk tuh kade2..:)

    ReplyDelete
  2. menarik ni. mmg budaya kita tak sama dgn budaya kaum dan bangsa lain kan. tapi at least kt situ dini dpt belajar apa yg patut dari husb dini. bagus jugak tu. mcm kita ni mmg dh terbiasa nak hidang itu ini. hehehe

    ReplyDelete
  3. betul dini . saya dulu shock culture jugak sekejap hahaha. kalut nak masak itu ini bila daddy kata family nak dtg . tp skrg senang jek . simpan air kotak byk².
    tp time our raya kene la masak² jugak kan bg depa rasa budaya kita gak yg suka makan hahaha

    ReplyDelete
  4. ooh..macam tu rupanya...patutlah kalau datang rumah kawan hubby mesti bagi air kotak je ngan limau...

    ReplyDelete
  5. Salam Singgah...
    Very interesting....! Wah....u seem to get along with the difference ya...
    Saya yg berkahwin dgn seagama pun kadang2 *pening* juga the diferent of background..pantang larang n ....especially the dialect. Saya org perak n my hubby org minang.

    ReplyDelete
  6. salam dini....hehe, bila citer pasal perbezaan budaya ni kan. kros @brunei ni pun belajar byk benda gak. walau sama2 org melayu & islam & muka lebih kurang sama tapi bab adab & budaya mmg berbeza. kat sini kenduri & makan2 pun lebih senang hidang air kotak/tin/mineral je. pastu makan xde byk2 mcm kita mkn kenduri @msia...that's why walau sederet jemputan kenduri kat sini, masih ramai yg cari restoren lepas tu sbb lapor (hehe, style dorg makan sikit & cepat2 masa kenduri). masa makan kena tg semua tetamu smp baru start majlis & mula makan sama2. pas makan xde sembang2, trus blah.

    ReplyDelete
  7. Salam Dini,

    Memang menarik sekali info ttg Gua Kelam tu! Insya-Allah kalau ke utara Mak Aji habaq ya, buleh kito ke sana ya!

    Info pasal beza budaya cukup menarik, byk perkara yg kita ni biassa take for granted, ingatkan org lain mcm kita ja. Eye opener ni!

    ReplyDelete
  8. ermm betul..selalu kita akan pesan nak datang gitau awal2 ye..senang kita nak prepare hehehe kalau tetiba je muncul depan pintu memang mati kutu la nak hidang apa

    ReplyDelete
  9. sementara masih kuat lagi budaya dua bangsa ni, kena preserve. sangat unik.

    tak macam saya ni, dah hilang budaya cina tu. tinggal melayu saja sekarang. cuma, dari fizikal, mata sepet dan kulit sedikit cerah je yang ada dalam adik beradik saya tapi anak saya ada sorang dua sahaja yang cerah. tentang perayaan, memang 100% melayu.

    ReplyDelete
  10. Part nak hidang itu ini tu mmg buat kita kalut betul la bila dgr ada tetamu nak bertandang hehee...kalau camtu mmg kena selalu ada stok air kotak la kat umah. Senangnya hehee..

    ReplyDelete
  11. makcik pun perasan abt packet drinks...senang kan.
    makcik ada kawan...mixed mcm dini...tapi now kawan dah meninggal.....anak2(i think) is 'lost', habis tungang terbalik...
    ada juga satu lagi...malay male and chinese lady....alhamdulillah, that lady adalah lebih dari some of us...dua scenario yang berbeza....

    ReplyDelete
  12. Yer lah..
    Dah budaya depa gamaknya bagi air kotak..
    MIL pun sama.

    ReplyDelete