Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday 26 December 2012

Gelagat parking


Malam tadi, pulang dari kenduri akikah cucu maktok, kami berkunjung ke Tesco Seberang Jaya. Aku seorang sahaja yang 'bershopping' keperluan dapur, Mr Hubby membawa anak-anak ke 'fun-fair' berdekatan. 

Usai urusan 'bershopping', aku menunggu Mr Hubby di parking lot. Di tepi aku adalah carpark untuk golongan istimewa. Kosong petak carpark itu.

Di belakang petak carpark itu ada kereta Proton Saga, plat  P** ****. Warna ungu. Sedang elok kereta itu 'park' di situ. Kedudukan kereta itu menghalang mana-mana pemandu istimewa yang perlu 'parking' di situ. Tiada pemilik kereta proton pada masa itu.

Lima minit kemudian, ada satu kereta putih mahu keluar, tetapi tidak boleh disebabkan kedudukan kereta Proton Saga tadi turut menghalangnya daripada 'reverse'. Hon dibunyikan, tetapi tuan punya proton masih tidak kelihatan. 

Tidak lama, muncullah sepasang suami isteri pemilik proton itu. Tetapi tingkah mereka seperti tidak melakukan apa-apa kesalahan. Penuh gemalai jalannya. 

Si isteri masuk ke tempatnya. Si suami membuka pintu, 'on engine' dan dia keluar kembali, melihat-lihat kereta, dengan pintu hadapan tadi dibiarkan terbuka. Pintu yang terbuka itu menghala betul-betul di lorong laluan kereta. 

Sementara itu, kereta putih akhirnya berjaya reverse, setelah MPV di sebelahnya keluar, lalu dengan bersusah-payah dia adjust keretanya supaya bisa pulang. 

Tatkala kereta putih mahu bergerak ke hadapan, terhalang pula oleh pintu si proton saga ungu tadi. Boleh pula Si suami tadi berborak dengan isterinya tanpa mempedulikan mengenai pintu keretanya dan keretanya yang menghalang laluan orang lain. 

Pemandu kereta putih pun hon, dan dia mendekati pemilik proton saga ungu itu. Menegur mungkin. Kerana selepas itu muka si suami itu macam marah dan tidak puas hati. 

Alahai, sendiri buat salah, tak sedar, pentingkan diri sendiri semata-mata mahu parking dekat, tidak puas hati pulak bila orang tegur? 

Sehingga aku pulang, si proton saga ungu masih di situ. Suka agaknya menyusahkan orang....hmmmm....


credit: HERE

5 comments:

  1. eiii...xsukanya dengan perangai orang macam ni...kadang-kadang bila berdepan situasi macam ni, mula lah rasa bengang...xde rasa bersalah langsung..& tiada kesedaran sivik langsung...

    ReplyDelete
  2. Tiap kali lalu nak gi SP, irfan mesti nak singgah funfair kecik tu.....

    **tp ibu dia x layan.hehe

    ReplyDelete
  3. ramai jumpa jenis mcm ni...penah tak..kalau kita bg signal nak msk parking...punya la lama tunggu diorg nak keluar dr parking...sempat betulkan seat, minum-minum air mineral...nak jatuhkan handbreak punya lama..mcm sengaja bg kita tunggu lama...berderek orang belakang tunggu

    ReplyDelete
  4. Salam Yong,
    sib baik org yg tegur bukan jenis baran, jenis baran kalu, mau depa berparang-parang!

    ReplyDelete
  5. Salam,.
    Mummy pun marah orang tak paham bahasa macam tu..
    Maaf dini mummy lil bit kasar,.
    Tapi mummy cukup bengang bila dia buat dekkkk sedangkan orang dah bagi hints pada kesalahan dia tu...
    Hmmm, bangsa yang menyedihkan.

    ReplyDelete