Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday 7 December 2012

Ajwad: Tersilap sudah ....



Kelmarin, Rabu, Mr Hubby pulang awal, 5pm.

Lalu aku pun mengajaknya ke Jusco setelah mengambil heroes di rumah pengasuh dan di nursery.

Membeli stock untuk raw juicing sahaja di Jusco. Pulang ke rumah di kala azan Maghrib berkumandang, kami singgah untuk 'tapau' dinner. 

Pukul 8pm Mr Hubby ada urusan di luar. Setelah tidurkan Amzar, aku pun menyuapkan nasi kepada Ajwad. 

Nasi dan ikan keli goreng panas-panas, banyak Ajwad makan. 

Dah habis nasi, ini dialog yang berlaku:

Ajwad: Mummy, nak 'chiqua'.
Mummy: Apa tu 'chiqua'?
Ajwad: 'Chiqua' lah....
Mummy: 'Chiqua' tu apa? Mummy tak tahulah.
Ajwad: 'Chiqua' lah, Ajwad nak.
Mummy: Mummy tak tahulah, tunggu daddy balik.

Aku malas nak layan, terus pi dapur basuh pinggan. Ajwad sambung tengok tv. 

Selesai urusan di dapur, aku pergi ke ruang tamu semula.

Ajwad: Mummyyyyy.......nak 'chiqua'.
Mummy: Apa tu 'chiqua'? Mummy tak tahu. Cuba cakap apa tu 'chiqua'.
Ajwad: Ayam lah !
Mummy: ooowwhhh, cakaplah ayam. Mana ada ayam, tadi Ajwad beli ikan kan dengan daddy. Bukan ayam. 

Terus aku pi dapur buatkan susu untuk dia. 

Pagi ni, sewaktu bersarapan, baru aku teringat nak tanya Mr Hubby, apa itu 'chiqua'. 

Punya lah peram soalan tu selama 2 hari kan....hikhikhik.

And guess what? 

'chiqua' yang disebut oleh Ajwad itu sebenarnya 'xiqua' = tembikai !!!

Ajwad nak makan tembikai malam tu, sebab dia nampak aku beli tembikai kat Jusco tuh. 

Boleh pulak tembikai jadi ayam! 

Tu yang aku confuse, sebab kalau ayam, biasa dia akan sebut 'chi', so aku dah boleh faham.

Ini 'chiqua'.....owh mummy tak sempat selak kamus lah anok......

Tak lain tak bukan, dia tak reti nak sebut tembikai....huhuhuhu.....


Pre-breakfast pagi ini: Raw juice of alfalfa+celery+ginger+red capsicum+blueberries.
Alfalfa is a milk booster ---- jumpa di Jusco.

Petang semalam balik kerja, tetiba angin penuh badan, asyik sendawa jer dan rasa macam pedih perut, padahal waktu makan memang tepat. So I decided to blend carrot+ginger+celery+blueberries, alhamdulillah lega selepas itu.....
posted from Bloggeroid

10 comments:

  1. rajin dini buat raw juice kan ..saya ni resepi dok peram jeeee . ntah bila nak terbuat . issshhhh geram dgn diri sendiri hahaha

    ReplyDelete
  2. Hi, I really enjoyed your this posting and your lively humour, and you have a very interesting family.
    Love the conversation between you and your boy.
    I love your blog title.....first time seeing this. Very original.
    You have a nice day, and keep a song in your heart.
    Best regards.
    Lee.

    ReplyDelete
  3. salam dini...so tok merasolah ajwad chiqua..sbb mummy dio tok pehe? heheh..ajwad byk jgk tahu bhs cino dok blajar nge daddy dio?

    ReplyDelete
  4. rajin sungguh awk buat raw juice tu kan. dah terbiasa mesti ok je minum

    ReplyDelete
  5. senyum sorg baca conversation anak beranak ni...advantage kan mixed marriage bole ajar byk2 bahasa pd anak...
    alfalfa tu ada kt jusco...erm advantage jugak pd dini boleh minum raw juice mcm2 tu..sy takle la juice kalau dr daun/buah sayur..buah ok

    ReplyDelete
  6. assalamualaikum dini...
    i'm back.. hopefully semua berjalan baik... doakan akak ye.. :)
    :: akak ingat tadi BASIKAL.. hehehehe.. rupanya tembikai.. mcm2 bahasa anak kecik kan..
    anak akak no.2 dulu kalau nampak bendera malaysia.. dia kata koew teow.. kalau nak menggaul nasi.. dia kata gubel.. hmmm kita je tercengang2 tau..

    ReplyDelete
  7. hehehe, comel la ajwad! boleh pula tertukar :)
    Teringin nak cuba buat raw juice mcm tu... harapnya weekend ni boleh cuba :)

    ReplyDelete
  8. wah...boleh belajar ngan ajwad ni..hehe

    ReplyDelete
  9. Salam Yong, I think U make the best meals for U and ur family. Ngape org tanya "U rajin buat raw juice"! Benda dah ada, beli bahan mentah, dan blender dah ada at most homes, so apa lagi?
    Noooo, we give our kids soda, coke, frizzy drinks, air kotak....sigh!

    ReplyDelete
  10. Salam,.
    Mummy dulupun tertipu dengan si anak yang baru nak belajar..
    Perkataan 'kwai tian=cepat' mereka tukar kepada 'hottien'.. sudahnya bila mummy used that word depan cikgu, cikgu mula konpius,apa yang mummy cuba sampaikan?

    ReplyDelete