Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 14 June 2012

The Gold Liquid



Topik pagi HotFm hari ini: Darah & Anda. 

Sempena Hari Derma Darah hari ini. 

Ada sesiapa yang belum berkesempatan derma darah seusianya?

Kisah 1

Aku, pernah....6X masa study dulu. 

Sehinggalah kali yang ke-6 tu (tahun 2005), aku dipanggil semula oleh pihak UMMC sebab ada masalah: darah aku tidak compatible dengan penerima. So depa panggil aku utk follow-up medical check-up kot-kot ada masalah kesihatan....Alhamdulillah tiada. Tapi doc nasihatkan aku tak perlulah derma darah lagi, sebab nanti kesian jer kat penerima kan...huhuhuhuh...

Tapi sekarang, nak derma pun, tak layak ---- UNDERWEIGHT !!!! Penangan melayan 3 hero di rumah.....

Kisah 2

Aku mengajar subjek Biology. Salah satu chapter yg ada dalam Biology --- BLOOD.

Ekperimen lab pun ada berkaitan darah juga. 

Biasanya students perlu 'mengorbankan' sebatang jari seketika untuk proses pengambilan darah. 

Ala finger prick jer pun. Setakat nak ambil 2-3 titis darah. 

Tapi selalunya sebelum eksperimen tu, aku / lecturer yang lain, akan buat pengumuman macam ni:

"Siapa yg fobia darah?" ---- Masa ni ramai laa kan yang angkat tangan.

Pastu aku sambung lagi,

"Fobia yg saya maksudkan adalah jenis yang nampak darah setitik jer, terus nak pengsan. Kalau setakat rasa-rasa ngeri tu, itu bukan fobia yer."

Dan selalunya lepas aku cakap macam ni jer, tangan-tangan yang diangkat tadi mulai turun....hehehhee...

Sewaktu lab berlangsung, memang riuh lah. 

Ada yang takut nak prick, ada yang tak mahu tengok jari sendiri dicucuk, ada yang pucat ....kihkihkih.....(tetiba terasa akulah lecturer yg nakal sebab gelakkan student sendiri.....)....

Walhal nak prick tu, bukannya guna jarum semata-mata, cuma tekan jer alat tu.....

Pada yang takut, aku offer diri untuk tolong depa prick, sambil wipe jari depa dengan alcohol, aku memberi nasihat bak ibu mithali :

"Awak jangan nervous lah, sikit jer ni. Nanti kalau awak takut, lagi darah tak mau keluar. Nanti lagi kena cucuk 2-3 kali.....nak ker?"

Muahahhahahahah......

Pesanan penaja: Kepada sesiapa yang layak, moh ler derma darah. Kesian dengar kisah pesakit Thalassemia di radio tadi, yg mana hayat dia bergantung pada darah yang didermakan (setiap bulan kena cuci darah).

Tak sakit pun derma darah. Cuma selepas derma (esp sejam pertama), kena banyak berehat. Itu jer. 

Banyak faedah boleh dapat dengan derma darah, esp di hospital kerajaan. Hasil aku derma darah dulu, aku dapat suntikan vaccine Hep. B (3 dos) secara percuma di UMMC. 


Till then, c ya. Assalamualaikum..... 


Image Detail


3 comments:

  1. dulu underweight tapi sekarang boleh dah koott derma darah nih...kuikkui

    ReplyDelete
  2. saya x bole derma darah sbb darah jenis cair dan saya sel darah merah kurang.. :(

    ReplyDelete
  3. Salam Yong,
    akak pun tak penah derma darah sbb underweight tp sekarang tak tau ler. Kulit jari pulak sensitif, kena prick mesti menjerit 'Auuuwwwww!', bukan sakit, tapi terkejut!

    ReplyDelete