Bergaul dengan pelajar-pelajar yang remaja, banyak juga mengajar aku ilmu baru. Ilmu yang kadang-kadang tak pernah terfikir dek akal, ilmu yang tak bisa diperoleh dalam kelas.
Betapa kadang-kadang, usia mereka yang masih mentah, tetapi kaya dengan pengalaman hidup. Yang mana, kadang-kadang, aku sendiri tidak sangka bahawa ada di kalangan pelajar aku yang perjalanan hidupnya diduga sedari kecil ..... yang bila mana aku sendiri terpandang Ajwad dan Amzar, hatiku merintih pilu. Tak dapat dibayangkan jika 2 heroku itu diduga sebegitu.......
Sesungguhnya, Allah Pengatur Maha Hebat. Sebaik mana perancangan kita, baik lagi perancangan Allah. Dia yang terpilih untuk menjalani ujian itu, Allah sudah menjanjikan sesuatu yang manis baginya di kemudian hari, insyaAllah.
Benarlah kata orang, pengalaman itu guru terbaik. Dan tidak semestinya kita harus berpandukan pengalaman sendiri sahaja. Adakalanya pengalaman orang lain, juga boleh menjadi panduan berharga bagi kita. Tidak kiralah lebih muda atau lebih tua daripada kita, kerana pengalaman setiap insan itu pastinya unik.
Semalam, salah seorang pelajar aku bagitahu:
" Madam, saya rasa bersyukur sangat saya jadi repeator, saya baru sedar Madam, ada hikmahnya Allah bagi saya jadi repeator kalini. Sebabnya sem ni saya buat research, fokus betul-betul pada research. Banyak benda saya belajar. Saya boleh rasa otak saya dah terbuka sikit madam. Tak macam dulu. Saya rasa Allah prepare saya untuk hadapi research final year waktu Degree nanti madam."
Allahu Akbar. Pelajar aku, yang gila-gila perangainya, muda remaja, boleh berkata sebegitu petang semalam di hadapan aku. Dia, yang di awal-awal semester tempoh hari, hampir-hampir mengalami depression kerana terpaksa repeat.
Allahu Akbar!
Aku hampir-hampir menitiskan air mata selesai dia berkata begitu, namun haruslah ditahan kan. Nanti jadi drama pula di situ....hehehhehe....