Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 9 September 2013

Tuah ayam di kaki, bidalan kita .....

Good Morning to makcikkantin nadia rashid ishamizu Nastyna ummuaidan rostina76 Kniedaz Ummu Madihah & teman-teman blogger....


Berada di kampus, bidang akademik, tidak dapat lari daripada berhadapan dengan pelajar-pelajar yang mengulang. 

Dan biasanya apabila berhadapan dengan mereka, cara kita melayan mereka amat kritikal. 

Sebab apa? Daripada pemerhatian aku yang tidak saintifik ini, biasanya mereka ni agak sensitif. Rendah diri. Ya, mungkin sebab kawan-kawan dah lepas, tapi mereka masih belum lepas. Maka, sebagai pendidik @ yang sering berhadapan dengan mereka, setiap tutur kata kita harus dijaga. Bak kata orang, fikir dahulu sebelum bersuara. 

Bukannya mereka nak minta untuk jadi repeators, but sometimes it happens. 

Dan bila jadi repeators, bukanlah bermaksud masa depan terus kelam. Tidak. 
Itu yang harus ditekankan berkali-kali apabila berhadapan dengan mereka ini. 

Harus difahami bahawa, keupayaan setiap pelajar untuk terima subjek adalah berbeza. Setiap mereka adalah individu berbeza yang unik. Jadi, kadang-kadang tu, bila aku rasa macam nak bandingkan kenapa student Z boleh buat, kenapa student W tak boleh? Then, it strikes me back. Who are we to judge them? We are here to guide them as best as we can. To show them the easiest way to understand the topic. If they fail to understand it, perhaps we are the one who fail to teach them effectively? Always reflect ourselves. 

Aku teringat sewaktu aku bersekolah dahulu. Di sekolah, seperti biasalah kan, ada kumpulan pelajar cemerlang dan ada yang tidak. Dan pabila aku jejaki kisah hidup kawan-kawan yang tergolong dalam kumpulan kurang cemerlang itu kononnya, aku kagum. Mereka berjaya juga kini. Malah ada yang lebih hebat kini, sudah berjaya menunaikan haji di usia muda kerana berkesempatan bertugas di Arab Saudi. 

Siapakah kita untuk judge mereka?



Ajwad & Amzar, semoga kalian membesar penuh dengan empati.



5 comments:

  1. Singgah sini daripada blog ummuaidan.

    Beruntung la students awk kalo dapat lecturer yang memahami mcm awk. Selalu yg saya dengar lecturer look down pada repeators ni. Syabas inpector sahab.

    ReplyDelete
  2. setuju sangat-sangat! assalamualaikum dini....:D

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,

    Memang pun, bukan kehendak mereka jadi repeators, dah bukan rezeki mereka untuk naik kelas. Apapun, mereka juga bertuah kerana mengulang kerana berpeluang untuk benar2 faham subjek yang mereka terpaksa belajar lagi tu. Dalam setiap yang kelihatannya negatif itu pasti ada kelebihannya, wallahualam.

    ReplyDelete
  4. Salute the way u think. Jarang dapat jumpa orang yang empati, as for my opinion, repeat la berapa kali pun asalkan ada niat dan usaha untuk study.

    ReplyDelete
  5. betul la apa yg dini fikir tu. kadang2 sebagai pendidik kita suka beza2 kan student & secara tak langsung action kita pun jadi berat sebelah. sedangkan nasib manusia ni kita tak tahu mana & bila untungnya. ingat kawan2 dulu pun ada yg mcm tu, masa sekolah xperform pun tapi skrg dah ada phD….huhu!!insaf jap

    ReplyDelete