Bermula jam 5.30am pagi tadi, bumi Pulau Mutiara dibasahi hujan. Lebat. Dan seharian hari ini bermendung cuacanya. Hujan turun sekejap-sekejap juga. Sejak minggu lepas lagi musim hujan sudah bermula. Sejuk aje tidur malam-malam, sampaikan ada tikanya perlu berselimut tebal. Sejuk mencengkam tulang.
Musim hujan begini, jimat sikitlah bil air ya.
Tidak perlu siram ahli-ahli kebun. Memang cukup bekalan.
2 bulan lepas, ada percubaan menyemai sayuran daripada benih. Entah di mana silapnya, anak pokok tidak membesar. Sampai kini, masih belum rajin menyemai benih yang baru. Tersimpan kemas lah pelbagai benih sayur yang dibeli di CH dan blog tanamsendiri itu. Mungkin esok lusa harus memotivasikan diri sendiri untuk rajin, ya perlu rajin tanam sayur ---- demi ekonomi 20 sen!
Alhamdulillah, roselle sudah pun menunjukkan potensinya untuk berkembang. Salah satu pokok sudah mula berbunga. Ini pokok yang dialih terus ke dalam tanah kebun. Gigih meninggi. Tidak seperti adik-beradiknya yang di dalam pasu. Segan membesar.
Minggu lepas juga tetiba terasa mahu bereksperimen di dapur. Ideanya tergambar sahaja, tidak pasti jadi ke tidak. Namun, barang-barangnya perlu dibeli dahulu.
Ubi keledek, capsicum, jagung, tuna dan cheese, daun sup/cilantro, limau nipis.
Ubi keledek dikukus sehingga empuk. Rebus pun boleh, tapi aku lebih gemar kukus. Sebab aku tiada periuk besar. Dan kebetulan steamer jenis boleh bertingkat-tingkat kan, maka jimat ruang di situ.
Capsicum potong dadu, bawang besar hiris nipis, daun sup diracik-racik halus.
Campur dengan tuna. Perah jus limau. Ala-ala macam nak buat inti sandwich.
Ubi keledek dilenyek halus. Tapi lenguh kalau guna tangan, maka aku gunakan aje hand-blender.
Masukkan dalam acuan. Ubi dulu, diikuti dengan tuna + mix vege, dan lapisan paling atas tabur cheese. Bakar dalam oven.
Sweet Potato Tuna Pie
Sebiji mangga + pegaga + daun salad + bayam |
Amzar sedang menikmati raw juice hasil campuran mangga dan sayuran di atas. |
salad sedap eh?? Nak terai wat gak lah..
ReplyDeletesedap pulak tgk menu2 ni...rajin2 boleh try nih...
ReplyDeleteJus roselle satu....hehe. sedapnye amzar minum raw juice.
ReplyDeleteAs salam Dini,
ReplyDeleteIt's been awhile... lately susah sgt nk jln2 ke blog kwn2... ni pun curi2 je... Rindu dgn amzar, ajwad & ur mini garden! Miss u too..! :)
Roselle tukan, daunnye dulu mak marya buat sayur! Sedap! Masam2 rasanye... :)
Berbudi kepada tanah.. owh si kecil suka raw juice yer, bagus2 sangat berkhasiat. Maybe I should try this for JJ jugak.
ReplyDeletesedap nampak pie tu ala2 sherperd pie doh cuma ubi jah lain. btw bagussssssssnyoooo la amzar, kecik2 teguk raw juice. sedap ke amzar? klu sedap aunty ros nak paksarela 3A minum gok ni
ReplyDeleteSalam Dini,
ReplyDeleteWah, macam mudah je buatnya! Kalau dah boh cheese, mahunya tak sedap!!
Minumraw juice dari sayuran? Hebatnya dia...
ReplyDelete