Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 9 May 2013

Demam & Natural Remedies



Bermula Jumaat lepas ---- sakit tekak.
Ahad --- selsema, jenis tanpa kahak/no running nose.
Selasa --- demam bermula, tapi tidak dipedulikan oleh empunya badan, pergi kerja juga.
Petang Selasa --- suhu badan meningkat naik. Barulah empunya badan nak mengaku diri sudah demam!
Rabu --- Cuti. Tidur seharian. Suhu badan kembali normal. Selsema dan batuk masih ada.
Khamis, hari ini --- Selsema dan batuk tanpa kahak. 


Kalini nak share berkenaan natural remedies yang boleh diaplikasikan pada diri sendiri atau anak-anak apabila demam. 

Sebab aku dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan moden. Konsep natural remedies berbeza dengan konsep ubatan moden.

"Let food be your medicine, and your medicine be your food"

Natural remedies lebih kepada merawat punca dan memberi peluang kepada badan kita sendiri untuk healing process. 

Sebab itu kadangkala penyakit yang dirawat dengan natural remedies mengambil masa untuk pulih, tetapi ianya berkesan dan tiada kesan sampingan berbahaya. 

Bermula dengan sakit tekak, aku  meningkatkan dos pengambilan madu + habbatussauda 3-4 kali sehari. Juga berkumur dengan air garam. Garam bersifat antiseptik di mana dapat membunuh kuman-kuman di tekak. Juga sebelum tidur, minum campuran home-made ubat: sesudu madu + sesudu VCO + jus lemon (utk sakit tekak).

Semasa suhu badan tinggi, aku pakai acv socks sepanjang tidur malam. Kaedah acv socks:

*Rendam stokin nipis dalam larutan cuka + air suam (2-3 sudu besar cuka)
*Pakai stokin nipis itu dalam keadaan lembap.
*Pakai sepasang lagi stokin yg agak tebal untuk cover stokin lembap tadi.

Apabila stokin kering, ulang kembali kaedah di atas. Memang stokin akan kering 2-3 kali sepanjang malam tu, disebabkan suhu badan kita yang tinggi waktu demam.

Cara acv socks bertindak: sifat asid cuka akan menarik haba daripada dalam badan untuk keluar. 

Alhamdulillah, menjelang dinihari, suhu badan mulai turun. 

Lepas ni, kalau anak-anak demam, boleh try lah cara ini pulak. 

Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang natural remedies, bolehlah dapatkan buku di bawah ni di mana-mana kedai buku:


Tuan blog pun belum habis menelaah lagi.....

Till then, c ya ...Assalamualaikum

11 comments:

  1. ha..kite pun ada beli tu ari masa Pesta Buku. mmg bagus nih, tp sama arr... tak abis telaah lagik. tgk2 sambil lalu je :)

    ReplyDelete
  2. nak cr lah buku tu...cara stokin tu pertama kali dgr...:D

    ReplyDelete
  3. Bagus natural remedi nie dini..btw stoking tuh pakai sebeloh jah ko, pah tuh pakai sekali lag atas hok lembap tuh..? confuse sket..

    ReplyDelete
  4. ooo macam tu juga.. pakai stokin lembab dan kering juga akan membantu untuk menyembuhkan demam.. baru tau.. terima kasih share..

    ReplyDelete
  5. salam...
    kaedah stoking bulih try ni...tq2 4de info

    ReplyDelete
  6. good info dini...btw..ct kalau sakit or what so ever..memag madu lah yang di cari..anak2 memang itu lah mkanan nya..

    boost imune badan sgt penting..anak2 kena kasi lasak2 sikit...mandi air sejuk pagi2...swimminng...kasi panas2...main pasir...itu seua boleh kuatkan badan budak2 secara semula jadi...ct nampak bila haris kerap bersukan...lebih kuat dan susah sakit...itu yg galak sgt mak dia teman berbasikal lah, ber roller blade lah, hanto berenang lah..campak masuk laut snorkiling lah...memanah lah...hahaha...dini ada 2 boys kan...boleh train mereka bersukan dini..nak mula dgn swimming pun bagus...

    eh..panjang juga comment...hahaha

    ReplyDelete
  7. perkongsian menarik.. tq Dini :)
    Moga cepat baik :)
    kalau kat sini bila batuk, mmg doktor tak bekalkan ubat batuk, doktor suruh makan madu jer.. saya pun baru belajar sikit cara natural remedies ni... mmg ambil masa tapi hasilnya puas hati :)

    ReplyDelete
  8. Assalam..info baru tau ni....

    ReplyDelete
  9. Salam Dini,

    Bagus tu natural remedy ni! Harap sudah pulih sepenuhnya!

    ReplyDelete
  10. Salam Dini,
    Tak pernah tahu cara ni..
    Thanks for sweet infos,
    bagus ni :)

    ReplyDelete