nadia rashid = oat pon sesuai letok dale puding roti nadia, tapi jange banyok sangat, sebab nati puding keras.....ni mesti naufal tok berehi oat kalu make gitu jah ko?
ummuaidan = tu lah nor, silap estimate smale...huhuhu
umiyumi, makcikkantin, nurbijen, CikA = happy Monday!
Hari ini aku cuti. Sebab aku takut kalau tak ambil cuti, nanti aku sorang-sorang ja di fakulti.
Owhhh tidak mahu lah begitu. Sudahlah kampus itu dikelilingi kelapa sawit.
Maka bercutilah aku. Ada lagi baki 12 hari cuti untuk dibawa ke tahun hadapan.
Kebetulan pula sekolah Ajwad pun cuti.....hmmmm, bersukaria lah kami bertiga di rumah.
Apabila Amzar tidur, abe Ajwad bolehlah melayan aktiviti colouring. Dia tak suka bila Amzar asyik kacau..... |
Pagi tadi, pergi pasar, ramai peniaga yang turut bercuti. Aku pergi nak beli buah, tapi hampa. Nampak pula petai, belilah seikat = RM3. Satu ikat tu ada 3 papan. Mahal ke murah tu ek? |
Aku guna satu papan jer buat petai goreng dengan banyak bawang dan cili kering. Jemput makan ya .... dengan nasi panas-panas....walla...best! |
Till then, c ya next year ...InsyaAllah...
Assalamualaikum