Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 8 October 2012

Parenting Course: ASUH FITRAH

My PCM of the day: amanah dari-Nya

Semalam, 7 Oktober 2012, aku buat pertama kalinya menghadiri program parenting (dah anak dua baru berpeluang join...huhuhu...) : 




Mendengar pengalaman seorang ibu + wanita bekerjaya dengan dunia kanak-kanak + seorang jurulatih = amatlah berharga. Betapa dunia kita hari ini dan sikap kita sendiri tidak "KIDS FRIENDLY". 

Di sini aku kongsikan beberapa 'point' yang sempat dicatat:

1) Di Malaysia, pendidikan awal adalah untuk golongan yg berusia 8 tahun ke bawah.

2) Definisi kanak-kanak = golongan yg berusia 18 tahun ke bawah.

What am I thinking?: Kanak-kanak adalah 18 tahun ke bawah. Kebanyakan pelajar diploma bermula pada usia ini. Jadi tidak hairanlah mereka masih lagi bersikap keanak-anakan. Sebab itu, dari dulu aku rasa tak salah untuk kita selami perasaan mereka dan cuba menjadi 'kawan' mereka. Sebab bagi aku, sebagai pensyarah, tugas itu tidak terhad kepada sampaikan pelajaran sahaja dan salahkan mereka apabila tidak mendengar kata. Sometimes we have to reflect ourselves too. Tidak salah sesekali kita pula menjadi kanak-kanak itu dan cuba 'rasa kehidupan' mereka.....insyaAllah it works!

3) Hak seorang kanak-kanak = 3.5 meter persegi keluasan.

Fakta ni penting untuk diketahui oleh semua ibu bapa, terutamanya bagi yg menghantar anak ke tadika/taska/pusat jagaan.

4) "Kanak-kanak belajar melalui bermain. Kanak-kanak yang tidak bermain, jiwanya mati..." (Imam Al-Ghazali)

Pesanan speaker: Fitrah seorang anak adalah bermain. Sekiranya anak-anak berupaya duduk diam tanpa melakukan apa-apa selama 15 min, jiwa kanak-kanak dalam dirinya sudah mati dan ini adalah SANGAT BAHAYA !

5) Puji atau marah tingkahlaku, bukannya anak.

Seringkali kita sebagai ibu bapa marah kalau anak buat silap. Tetapi yg silapnya, kita marah anak itu. Sepatutnya kita harus fokus marah itu pada tingkahlakunya yg salah.

Cth: Jangan buat macam ini sebab .........(kena ada alasan nya juga supaya anak tahu kenapa dia kena marah).

Begitu juga kalau memuji anak. Jangan sekadar cakap anak itu pandai/rajin sahaja. Anak-anak tidak tahu apa itu pandai @ dia tak pasti 'eh mak puji aku pandai, pandai apa ek?' @ nanti boleh menimbulkan perasaan sombong dalam diri anak.

The best way (ni contoh ekk): Rajinlah Ajwad ni tolong mummy siram pokok. Good boy! @ Pandailah Ajwad ni simpan mainan ya.

6) Hiasan di dinding haruslah ditentukan sendiri oleh anak --- let them explore their creativity and value their own work. 

Kalau anak buat aktiviti melukis atau kraf, biarlah dia sendiri yg tentukan di mana dia nak tampal (pada sudut aktiviti). 

7) Pembelajaran bermakna = Explore + Experience + Experiment

Dedahkan anak-anak dengan nature: the best way of learning. 

8) Seawal usia 4 tahun, anak-anak sudah dapat mengesan dan memahami perubahan emosi ibu bapa.

Jadi, tak perlu nak rasa kecewa kalau anak tak berjaya buat something. Sebab  sekali kita tunjukkan kekecewaan itu, sudah terpahat pada minda anak bahawa dirinya useless.....

9) Tidak perlu konsep pertandingan dalam dunia kanak-kanak.

Kanak-kanak sebenarnya bersaing dengan diri sendiri. Mereka dalam proses belajar. Konsep pertandingan menyebabkan wujud konflik dalam diri anak-anak untuk bersaing dengan orang lain, yg mana itu tidak penting langsung dalam dunia mereka. Apabila anak-anak terpaksa/dipaksa bertanding dengan orang lain, automatic mereka tidak menjadi diri sendiri.

Senario kini, dalam sesebuah pertandingan, orang dewasa (parents) yg sebenarnya cuba capai impiannya dahulu melalui anak-anak! 

Cuba perhatikan, dalam mana-mana pertandingan, ibu bapa yg sibuk-sibuk arahkan anak buat itu ini.......

Even bagi pengusaha tadika, tidak digalakkan bagi anugerah dengan meletakkan label pada pelajar. Contoh pelajar cemerlang, pelajar kedua terbaik, pelajat tempat ketiga etc.......Nak bagi anugerah bagi pada semua.

Rasional: Tidak perlu mewujudkan low-self esteem dalam diri anak-anak (bukankah kalau dalam pertandingan, ada kalah menang, nanti anak yg tak berjaya akan kecewa? --- negative effect).


Itulah serba-sedikit yg dapat dikongsikan di sini. Semoga kita semua dapat jadi pendidik yg terbaik bagi anak-anak sendiri dan anak-anak orang lain juga (bagi yg bergelar cikgu/lecturer).

Till then ...c ya...Assalamualaikum...




Bermain lah anoks....mummy tak kisah kalau bakul kain ni pecah, nanti mummy boleh beli baru....hikhikhik....yg penting pengalaman kalian sangatlah mahal, yg mana mummy tak mampu nak beli.......
posted from Bloggeroid

5 comments:

  1. yang no.5 tuh menarik..selalu cakap 'good boy' tp tidak pernah explain apa yg good nyer..thanks for sharing..

    ReplyDelete
  2. Salam Sis,

    Nice sharing!
    :)

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,
    Terasa insaf betul,
    Banyak yang mummy buat tapi masih tak betul di dalam mendidik anak-anak.
    Eg: Masa meimei kata 'Cheche not clever right mummy?, She always cry'..Mummy akan mengiyakan dengan harapan cheche berhenti menangis bila mummy pun setuju dengan meimei, sedangkan kita tak boleh buat macam tu...
    Oh!

    ReplyDelete
  4. Oh thank you so much for sharing this info, dinie! Byk boleh diambil sbg pengajaran sbb byk lg yg izu kene pelajari utk mdidik ank2 ni. It's good you joined this event, izu suka parenting event mcm ni hopefully blk msia nti ada rezeki nk join lah..kt sini pon igt nk cr2 jg klu ada rezeki..;)

    ReplyDelete
  5. bagus, kan ada program macam ni. banyak kena belajar sebagai ibubapa

    ReplyDelete