Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 24 October 2012

Hunger for real food: Back to basic


Assalamualaikum teman-teman blogger:

JaSSNaNi, MaryaYusof, nadia rashid (bestnyer dapat makan ikan segar), makcikkantin (TQ sudi singgah sini), umiyumi, ishamizu, ummuaidan, Sue-Rya Qistina, Izza-Jiejah, lynnhelite, nurbijen, Nadiah Sidek, UmmuMadihah, Kak Sham (Kuwait), mama ct (Faris), Yong MOH Kembara dan juga teman-teman lain ......semoga sihat sokmo !


Selama ini, aku tak arif bahawa semua bijirin dan kekacang (grains & nuts) HARUS direndam dahulu semalaman @ 8 jam sebelum dimasak. Selama ni dok ingat kekacang sahaja yg kena rendam. Rupa-rupanya peraturan rendam ni patut diaplikasikan juga pada bijirin termasuklah BERAS

Terutamanya beras perang ---- aku lah tu, guna brown rice kat rumah tapi selama ni tak rendam.....huhuhu

Tapi sejak joined group HSFFYB (Homemade Solid Food For Your Baby), mata aku dah terbuka banyak. Kepada para ibu yang ada anak kecil, aku galakkan join group ni. Banyak sangat info dalam tu yang boleh kita gali. 

Untuk sarapan pagi, Mr Hubby suka makan oat. Selalunya kami beli oat yg tak perlu masak tu (masuk air panas jer, ala yg plastik merah kalau jenama Quaker Oat tu).

So biasanya untuk sarapan, masukkan oat tu dalam mangkuk, letak air panas, pastu campur raisins dan fruits (kalau ada stok di rumah) dan siap, boleh makan dah. Express la sangat kan.

Tapi rupa-rupanya kaum-kerabat oat ni (dan juga bijirin lain + nuts) ada asid phytic

Sekiranya tidak direndam dengan, asid phytic ni tak hilang. Kenapa kena hilangkan asid phytic?

Fungsi asid phytic = MENGHALANG PENYERAPAN NUTRIENT OLEH BADAN (cth: iron).

Untuk senang faham, semua benda yg kita makan, badan kita tak mampu serap nutrient disebabkan adanya asid phytic tadi. So apa yg kita makan dan apa tujuan kita makan kalau tak dapat nutrients kan?

So buat aku terfikir lagi, cara orang dulu-dulu memasak memang bagus sebenarnya, walaupun nampak macam leceh, tapi ada kepentingannya. 

Sebab tu zaman moden ni banyak penyakit pelik-pelik muncul kan, sebab cara kita menyediakan makanan pun semakin ekspress (belum lagi kira kita dok asyik makan fast-food).....huhuhuhu

Apa yg aku praktiskan sekarang, pagi-pagi sebelum pergi kerja, rendam beras perang dahulu. Nanti balik petang cuci beras tu bersih-bersih dan air rendaman tadi boleh guna untuk siram pokok !! Banyak khasiat tu untuk pokok....ehehehhe

Malam, sebelum tidur, rendam oat dulu.

Kalau nak tahu lebih lanjut tentang real food dan rendaman ni, boleh rujuk NourishedKitchen.


2-Way Oat Pudding: Baked and Steamed

Oat ini telah direndam semalaman dengan lemon juice. Bekas hijau: bento Amzar yang dikukus (oat + pisang + susu). Bekas biru: sarapan Mr Hubby, oven-baked (oat + pisang + raisin + susu). Perhatikan 2-tone-colour yg berbeza bagi cara masakan berbeza kan..

Suka lah bekas silicone bakeware nih...senang kerja-kerja mencuci....heheheh
posted from Bloggeroid

6 comments:

  1. oh, gitu ke? tak pernah tahu pun >_<

    ReplyDelete
  2. salam dini... yg kacng tuh tahulah kena rendam dulu..at least semalam ..baru senang nak masak, jimat masa...beras ada gak direndam, ada gak tak....
    anyway thanks for the info psl asid phytic nie...baru tau,,,hmm

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum..
    ooooo kena rendam ek.. tak tau gak.. huhuhu..
    dulu2 mak pesan kalau rendam beras kang dia kembang.. so berbau.. then sejak tu tak penah pun cuba nak rendam2... basuh2 terus masak je.. tapi beras pulut sure kena rendam dulu before cook.. kan.. :)

    ReplyDelete
  4. sebelum ni rendam saja..tujuan nak bg senang masak saja...tak tau pun ada tujuan yg lebih penting...
    betul disarankan ibu-ibu yg suka masak join HSFFYB utk babies anda..:D

    ReplyDelete
  5. Salam Sis.

    Thank you for sharing. I tak pernah tahu pun kena rendam all types of grains and nuts. Yang I selalu rendam is beras basmathi & beras pulut.

    ReplyDelete
  6. Salam Dini, satiap pagi mummy tuang aja oat tu dengan air panas..... rolled oat pon sama mummy hanya rendan sebentar je dengan air panas....Thanks for the info :-)D

    ReplyDelete