Assalamualaikum teman-teman blogger ......
Bagaimana hujung minggu kalian? Harap-harap semuanya penuh manfaat ya....
Bagi aku, Sabtu --- seharian di rumah. Mengemas apa yang patut tapi masih jer nampak macam tak berapa kemas....aisshhh..time constraint sungguh la kan....
Since Mr Hubby kerja hari Sabtu dan tidak pulang untuk lunch and dinner (coz straight away attended the Quran and Fardhu Ain/Kifayah Class in Mandarin after Maghrib), so aku masak yg paling simple ajer la untuk selera tekak ini dan anak-anak.
Lunch --- reheat jer lauk lebih dinner Jumaat tu, steam ketam. Jumpa ketam sepit biru di Pasar Tani Lahar Yooi, sangatlah fresh sebab baru tangkap. Pasar Tani situ memang version night market. Kira ketam yg aku beli tu yg naik darat pada tengah hari nya.....beli juga udang sikit, cukup untuk 4 mulut. Walaupun Pasar tani, harga tak lah murah mana, lagi murah aku kira di Tesco. Tapi takper, 6 bulan sekali jer aku beli ketam ni....hehehehhe.
Stim ketam ---- cuma letak halia, bawang putih dan light soy sauce. 20 min steam. Siap. Sedap. Amzar dan Ajwad bertambah-tambah nasi (adakah ini bermaksud mummy perlu selalu beli ketam....errkkk, pengsan!).
Dinner pulak ---- aku masak jer nasi goreng dengan daun kucai petik kat kebun + telur 2 biji ---- makan ler 3 beranak......kenyang Alhamdulillah.
Semalam, Ahad. Adalah outdoor activities sikit + aktiviti kerja + night shopping sikit.
Pagi --- bawa anak-anak swimming di Seberang Jaya.
Tengahari ---- Tidurkan Amzar, aku bergegas bawa Ajwad ke kampus. Student buat makan-makan sikit. Aktiviti mengejut ni, mastermind nya Ketua SOPHYS. Bukanlah semua student terlibat, cuma light lunch with EXCO SOPHYS.
Malam --- bawa anak-anak main tanglung di rumah IL. Ada sambutan secara besar-besaran di kawasan perumahan situ. Sekejap jer kami di situ, lepas tu bergegas pula ke Queensbay, sebab aku nak beli Crocs.
Sebab? --- sandal yg sedang pakai sekarang, tapaknya sudah hampir berlubang......dah nak buat camne, aku ni jenis yg ada cuma satu sandal jer untuk satu-satu masa...makanya, memang guna semaksima mungkin lah kan......
Kenapa Crocs? --- ikut pengalaman, sandal Crocs aku dapat bertahan lebih kurang 2 tahun -----okeh jimat duit beli sandal untuk tempoh itu.....hehehheheh. Lagipun, aku minat yg design lama punyer, maka sekarang harganya dah jadi murah sikit (siiikiiiiitttt jer la.....): RM129..........
Ok panjang dah melalut ni.
Sebenarnya nak kongsi dengan ibu-ibu di luar sana....kalau tetiba takder idea nak buat Bento untuk anak kan.....
Aku suka guna kaedah yg paling senang --- steam ajer semua sekali. Kalau nak perisakan nasi tu, masukkan juga butter.....hmmm yummy!
Shrimp Rice with Seaweed
Aku guna Calrose rice, sebab tu sticky ---beras sushi. |
posted from Bloggeroid
owhhh.. kalau beras sushi ni masaknye camne ye? penah gak tanya sapa tah.. tak ingat.. blom dapat tau lagi nak masak beras sushi ni camne.. anak2 sibok nak makan sushi mama wat.. mama lak tak pandai masak berasa jepun.. kang mamanye balut ngan beras pulut plak.. hahahah
ReplyDeleteAs salam Dini,
ReplyDeleteTgk pun sedap! Patutlah amzar & ajwad sihat sb mummynye rajinnnnn banget :))
Marya pun jenis pakai kasut/sandle fav smp lunyai... padahal ade je kasut lain tp sb fav kan...hiks... tertunggu2 juga gambar ketam stim tu... terliur lah... sb kat sini xleh mamam ketam... ketam batu adelah... sedih :(
Suka bab main2 petik je tu...fresh lagi kan :))
salam,
ReplyDeleteJeles bila tengok dini masak macam2 untuk anak2..
Mummy pulak,
Nugget, roti,..nugget, roti.. Singgah kedai je, muffin,. singgah kedai lagi, budak nak beger..
Hmm, tak sihat langsung makanan depa :(