Pagi-pagi semalam, lepas solat Subuh, Mr Hubby habaq kat aku:
"Mak DD meninggal semalam, kebumi lepas Zohor hari ni."
Aku yg masih blur macam terkesima kejap.
"Owh innalillah ...."
Sementara tunggu hero berdua tu bangun, kami berdua bersarapan lah dulu.
Selesai makan, aku jenguk lah tanam-tanaman sikit. Tengok apa yg boleh dibuat musim-musim hujan ni.
1. Buang ulam raja yg dah mati, tinggi sangat dah naik dan asyik berbunga ja. Aku dah kumpul benih yg cukup untuk next season ...cewahhh....lagipun dah ada anak-anak ulam raja yg tak sengaja tumbuh kat bahagian rumput. Alhamdulillah, tak perlu aku tanam kan....boleh simpan benih untuk tahun depan....
2. Transfer rosemary ke pasu yg lebih besar, supaya lepas ni akan merimbun dengan hebatnya.
3. Transfer oregano ke pasu babas yg panjang supaya lebih luas kawasan jajahannya nanti.
4. Transfer basil dan lemon balm ke pasu lebih besar jugak.
Sedang aku sapu halaman depan, hubby tanya, sama ada aku mahu pergi tak.
Aku jawab lah mahu (anak-anak pun dah bangun).
Masuk rumah, mandikan Amzar dan bersiap. Aku pakai baju kurung.
Perjalanan menuju ke Kulim. Jumpa 3 lagi kawan hubby di Bukit Mertajam , kami konvoi.
Aku tiba-tiba terasa mahu tanya pada hubby.
Aku: kaknoor pergi tak?
Hubby: Kak noor takder, balik Perlis. Kenapa u tanya kak noor?
Aku: Yer lah, kak noor kan satu geng dengan DA (wife DD), kot ler dia pi ziarah.
Hubby: Ini kita nak pi ziarah geng Persalam, orang lama Persalam. Baru sembuh dari sakit (heart attack). Kak noor mana ada kena-mengena dengan Persalam.
Aku: Eh, I ingat kita nak pi ziarah kematian, sebab tu I pakai baju kurung di hari AHAD !!!
OK, Sekian.