Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Sunday 23 September 2012

Oh My English .....Herbs! & Mini Cactus Project


Ahad datang lagi ! Walaupun saat ini, saat yang aku sedang mengarang entry ini, cuaca di luar sudah pun mendung kerana sudah pukul 1720 petang......

Siang tadi, lebih kurang jam 1100, sewaktu Amzar tidur siang sesi pagi, aku bergegas buat renovation sikit  pada mini garden kat depan rumah. Garden lah sangat kan, walhal guna pasu !! Kihkihkih....

Untuk yang kat depan rumah ni, atau lebih tepat lagi depan pintu, aku letakkan pokok-pokok yang agak 'manja' gitu kan......

Kenapa 'manja'?

1 --- English herbs = ada yang tak suka hujan & ada yang tak suka matahari sangat. 
2 --- Cactus = sah-sah kena elakkan daripada kena hujan selalu.

Jom !!!

Sebelum renovation

Kumpulan English herbs

Thyme ---- sedap ni kalau masak spagethi atau ikan panggang. Daun thyme ni  jenis tak gemar air sangat....

Dill --- sesuai dengan masakan daging atau ikan sebab baunya yg agak kuat, boleh hilangkan hanyir.

Lemon Balm ---- wangi !

Lavender ---- tak sabar aku tunggu ia berbunga....moga-moga tidak cepat mati ....

Rosemary -- lagi satu english herb yg popular

Bokeh front effect --- Rosemary

Oregano

Thai Basil 

Bunga Thai Basil baru berputik .... (sila abaikan bayangan kaki tuan kebun itu ya)....


Aku tidak berapa gemar tanam bunga ---- sebab? Bunga biasanya tak tahan lama......heheeh...

Tapi disebabkan mahu menaikkan seri rumah ni, kenalah ada bunga-bunga sikit kan.....maka aku pilih kaktus berbunga! Lagipun memang aku suka kaktus pong. 


Sebenarnya aku nak wujudkan gurun mini dalam pasu leper tu, tapi silap beli saiz pulak ---- tak muat untuk letak semua kaktus yg ada....maka pengubahsuaian harus difikirkan segera. Maklumlah bukan senang nak dapat peluang keemasan untuk renovate taman ni. Mujurlah ada pasu Babas yg kosong......

Soft Flower mode daripada Lumix GF5

Soft Flower mode juga....

Kalau perhatikan betul-betul, kaktus tu macam gelagat manusia sedang "Hooray!" atau "Yeay" kan?  Nothing impossible , its Allah's creation ....

Batu-batu ni aku beli di nursery ----RM4.50/sepeket....cantiklah pulak bila letak kan...sesuai lah sebab kaktus dalam pasu ni semuanya tema hijau......

Ada bunga tuuuu....

Untuk pasu ini, aku letakkan batu single-color......wah tak sangka berseni juga aku nih (wokeh sila jangan muntah, tuan tanah perasan kejap)....



Ada bunga !


Keadaan selepas........


Okeh dah pukul 1751, kena chow dulu nih....nak prepare dinner.....

Till then, c ya ....Assalamualaikum.....

7 comments:

  1. Amboi, lengkap english herb kat rumah... best best!
    Nampak simple tapi sgt cantik :)

    ReplyDelete
  2. Bestnya ada english herbs kt rumah..mmg untung byk klu rajin tanam sendiri..ktrg kt sini baru tanam pokok tomato dgn bunga tulips..tak sbr nk tgk hasilnya nti :)

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,
    Wah3, mummy sangat terpegun ngan semua tu.
    Kat tampin ni mummy sangt sesuai untuk laksanakan aktiviti tanam menanam niih sebab banyak tanah lapang di sebelah kiri kanan depan rumah,.
    Tapi minat tak ada beserta dengan penyakit M yang besar..
    Insyaallah inspirasi dari blog dini akan membuatkan mummy berubah..
    Psssst:..Mana dapat english herbs tu? Macam nak gi dapatkan jugak jer..hehe

    ReplyDelete
  4. As salam Dini,

    Lepas ni main petik2 jelah nak masak kan Dini... Marya pun ada buat mini garden tp dah tak berjaga... tgk Dini buat ni terus rasa bersemangat semula! :) tp mmg nak kemas2 kan garden yg semak tu... ni dah nak masuk summer ingat nak tanam cili api yg bwk dr Msia aritu... puas cari kat pasar tak jumpa...huhuu... Cayalah Dini kagum dgn kerajinan you sb bukan senang nak buat garden even yg mini mcm ni... Moga hidup subur semua herbs tu! I like :))

    ReplyDelete
  5. minat berkebun ye? saya ni suka tengok je. nak menanam, nak menjaga tak rajin :p

    ReplyDelete
  6. Wahh..ada english herbs..clap clap clap. Saya di sini semua herbs tersebut di jual fresh di dalam pasu kecil (bertanah macam anak benih pokok)berharga Euro1.20 setiap satu. Kalau di guna setiap hari dalam seminggu habis lah semua daun, kalau jarang-jarang guna..berbulan-bulan lah ia membiak di dalam pasu tersebut.

    ReplyDelete
  7. Sangat amaze,sebab selama ni saya ingat english herbs nhanya boleh ditanam di negara iklim sejuk sahaja. Tak sangka hidup subur di sini.

    ReplyDelete