Sedikit renungan buat diri sendiri dan moga bermanfaat buat teman-teman blogger:
*** Kadang-kadang, kita rasa berat hati untuk mengeluarkan derma:
------ Derma wang ringgit = kita takut duit kita susut @ kita rasa duit tak cukup nanti @ ada benda lain yang kita nak beli dengan duit tu, nanti kalau dah derma tak dapat beli pulak @ orang lain dah derma, kira oklah tu .......
------ Derma barang/pakaian/physical things = kita punyai baju/kasut/seluar/tudung/etc yg banyak hinggakan kadang-kadang tidak terpakai pun, tapi apabila orang minta derma, tetiba kita rasa eh kita nak pakai baju tu ...hmmm....
*** Kadang-kadang, kita rasa suka menurut nafsu:
------ Gila shopping = biasanya ini dikaitkan dengan wanita. Aku tidak terkecuali --- gila beli buku & novel (astagfirullah.....). Kadang-kadang apabila nampak beg/kasut/baju/seluar yg berkenan, kita terus beli walaupun harganya mahal, walaupun almari kasut/baju/beg/seluar/tudung kita dah penuh bersusun, walaupun ada di antara barang-barang yg telah bersusun di rumah tu masih belum sempat kita pakai lagi .....apa frasa yg biasa kita guna? yeaaa...tambah koleksi.....
*** Kadang-kadang, kita mudah berasa diri sendiri betul:
------ Sukar terima teguran/pandangan orang lain = ini agak bahaya. Aku pernah terbaca satu frasa, "Bersyukurlah tatkala pandangan/cadangan anda ditolak. Berwaspadalah ketika cadangan anda diterima."
Kerana ketika cadangan kita diterima, ia datang dengan satu tanggungjawab yang besar untuk melaksanakannya --- tapi yg banyak terjadi sekarang, tidak sedikit antara kita yang BERBANGGA GILERK apabila cadangan/idea kita diterima, sedangkan kerja perlaksanaannya tinggal suam-suam kuku sahaja.
Dan sepatutnya kita tidak bersedih apabila mereka menolak idea kita, boleh jadi itu satu rahmat. Mana tahu jika idea kita diterima bakal membawa musibah (minta dijauhkan....).
*** Kadang-kadang, kita mudah berasa selamat:
----- Kiasu ? = dulu aku tidak tahu apa itu kiasu. Oh rupanya lebih kurang 'selfish' maksudnya ya. Dunia moden hari ini begitu mencabar. Dan sering kita rasakan, asalkan kita dan famili dapat 'survive' (jasmani dan rohani), kita sudah selamat. Tidak perlu kisah dengan 'orang lain' yg masih terkapai-kapai.........kan ke ada badan yg bertanggungjawab untuk itu? Jadi kita rasa kita tak perlu lah susah-payah kan diri......
*** Kadang-kadang, kita rasa tertipu untuk matlamat menghalalkan cara:
----- Sikap asal tutup aurat sudah = saban hari usia muda semakin meninggalkan kita. Sama-samalah kita check balik etika pakaian kita selama ini. Kalau sebelum ni kita gemar bertudung dengan baju lengan pendek, mungkin sudah sampai masanya kita pakai baju lengan panjang. Kalau sebelum ni tudung kita tidak menutupi dada, mungkin sudah sampai waktunya untuk kita berhijrah. Kalau sebelum ni kita pakai yg agak-agak sempit, mungkin sudah tiba ketikanya kita shopping baju yg sesuai.
----- 'Islamic communication' = asal tidak bertemu secara fizikal, ramai antara kita yg tertipu dengan bisikan syaitan. Berhubung secara virtual, lelaki dan wanita yg tidak halal. Berhubung dengan tujuan yang tidak perlu, tetapi seringkali menggunakan alasan 'demi Islam'. Huh maaf, aku amat benci dengan golongan ini. Tidak sedar diri mereka itu hipokrit!
Terima kasih atas renungan tu.. sama2 kita renung2kan.. untuk kebaikan.. :) mudah2an.. insyaALLAH...
ReplyDelete