Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 10 April 2012

Hujan di hati .......

Assalamualaikum.....

Adakalanya dalam tindak-tanduk kita sehari-hari, kita tidak sedar kita melukai seseorang. Tidak kira lah orang itu dekat dengan kita atau pun jauh. 

Sebab itu dianjurkan (biasanya dalam ceramah Dr Fadzilah Kamsah disebut ini...), sebelum tidur hendaklah saling bermaafan (sekiranya dekat). Sebab kita tidak tahu apakah masih ada hari esok utk kita (atau orang itu)?

Dan sekiranya orang itu jauh, teknologi terkini memungkinkan kita utk saling berhubung. 

Tatkala kita disedarkan dengan kesilapan itu, segera lah bermuhasabah diri. Ambil masa dan refleksi diri. Walaupun kita tidak merasa @ tidak sedar perbuatan kita itu salah. 

Refleksi lah diri. Muhasabah lah diri. 

Cuba lah sebaik mungkin untuk tidak mengulangi kesilapan itu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan lain. Apakah kita sanggup melihat orang itu menderita disebabkan kekhilafan diri kita?

Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi yg membezakan kita adalah tahap tindakan kita terhadap kesilapan itu. Seharusnya apa yg berlaku dijadikan pengajaran dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. 

Kita juga dikurniakan akal dan perasaan. Selalu lah dahulukan akal berbanding perasaan. Kelak tiada hati yg terluka dengan perbuatan kita. 

Kerana, hati yg terluka itu sangat lambat pulihnya, lebih-lebih lagi "self-healing". Maka, semoleknya, janganlah kita memburukkan lagi keadaan.


P/S: Catatan di atas sekadar utk renungan diri sendiri. Semoga bermanfaat utk kawan-kawan bloggers juga. 



My daily dosage..... Paracetamol of the day !




e



Till then, c ya....take care ......

6 comments:

  1. Saya maafkan apa yang "org tu" buat pada saya kat ofis semalam..Tapi, agak susah untuk berkomunikasi lagi dengan dia selepas nie..

    ReplyDelete
  2. Allah berfirman yang bermaksud: “…(Allah) memberi petunjuk ke jalan agama-Nya, sesiapa yang rujuk kepada-Nya; (iaitu) orang-orang yang beriman dan tenang tenteram hati mereka dengan zikrullah. Ketahuilah! Dengan zikrullah itu, tenang tenteramlah hati manusia.” (Surah al-Ra’d, ayat 27-28)

    p/s: besar sangat la kasut tu amzar....

    ReplyDelete
  3. hahaha untungnya ada tukang kemas dah sekarang :)

    hmm betullah kdg2 kita tak sedar dah melukai hati orang. terpaksalah berhati2 dlm berbicara dan tindak tanduk kita. kalau kita sedar, cepat2 kena minta maaf. tapi ada juga manusia yg sedar dia dah buat salah, tp taknak mengaku sbb ego kan?

    ReplyDelete
  4. Anak cina mana la tu buat sepah selipar kat kedai. Hehe...

    Saya belajar 1 perkara. nak memaafkan tu susah... Nak minta maaf lagiiii susah... tp once kedua2nya kita lakukan dgn ikhlas. Hanya Allah je tau betapa lapangnya hati kita. Kan?!

    ReplyDelete
  5. so true dini, sy pun pernah lalui perkara yg sama, di awal kejadian sy nampak salah org itu saja, tapi syukur alhamdulillah Allah sedarkan sy, yg sy jugak punya kelemahan diri, sy jugak buat silap, jadi kemaafan sy mohon wlupun org yg berkenaan tak mohon maaf, tapi tak pe lah, biar kita beralah, hidup di dunia sementara aje.. klu ajal menjemput kita esok lusa, jgn ade musuh di dunia.. ape pun, kita cuba buat yg terbaik, tapi klu dekat dgn org itu hanya menambah luka di hati lebih baik jauhkan diri aje.. macam defense mechanism la :) bertegur yg perlu aje, kawan yg baik akan terima kelemahan diri kita, dan memaafkan segala kesilapan kita :)

    ReplyDelete