Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 2 April 2012

"BookWorm"

Salam Pagi Isnin 

Hai Frau Azmir, MaryaYusof, Ummi_ziz, Asmara, Kamalia, ~najwa~, Lynn, Hanis MY & rakan-rakan bloggers di serata alam.......


Pagi-pagi dalam kereta, aku suka dengar HotFM.....celoteh depa tu bikin hati lega, kadang-kadang tu siap lah gelak sorang-sorang kan......kalau korang terserempak dengan kereta comel yg mana lady drivernya gelak sorang-sorang, kemungkinan besar aku ler tuuu.....jangan takut pulak ya....I am still normal ! ahaks......

Macam panggilan hangit pagi tadi, student mengenakan lecturer....aduuhhh kesian....tapi memang tak tahan gelak.....hahahahhahahhaha.....

Anyway, harini aku terpanggil nak melanjutkan topik pagi HotFM.....berkisar buku cerita zaman kecil / sekolah rendah...sempena World Children Books yg jatuhnya pada hari ini, 2 April 2012.

Aku masa kecil-kecil tak adalah nak membeli buku cerita ni kan, pinjam ajer kt library sekolah. Yerlah, zaman 80an dulu kan zaman susah.....negara pun baru nak membangun kan (ada kaitan ker? hiks.....)

Aku ni memang dari kecil gila lah dengan buku ni. Suka sangat baca buku cerita...masa tu istilah novel tak glamour lagi. 

Antara buku cerita yg aku suka adalah siri Enid Blyton.....wah ada yg sudah mula tersenyum kah, ingat kembali zaman dolu-dolu? Kebetulan jiwa aku pada masa tu suka sangat ala-ala penyiasatan ni kan....hinggakan pernah bercita-cita nak jadi Pegawai Polis yg tak perlu pakai uniform tuuuu (wokeh itu angan-angan zaman aku tak matured ya.....)......

Selain Enid Blyton, aku suka juga baca siri Nancy Drew....penyiasatan jugak kan......best-best.......tapi tak semua siri aku baca...apa yg ada di library sekolah jer lah.....itupun siap bertampal-tampal bukunya....maklumlah, sekolah aku dulu kecil, agaknya bajet beli buku pun limited....huhuhuhu....

Masuk form 1, aku pi asrama. Kebetulan dorm-mate aku anak orang kaya, dan dia cerita mak dia memang belikan utk dia dan adik-adik, buku cerita bersiri setiap bulan. Dan depa ni ada mini library di rumah....masa tu aku dengar rasa nak pengsan! Kagum sangat....dan rasa bertuahnya depa ........(tangkap feeling budak-budak sekejap...)

Nak tahu tak siri apa yg dia ada? Sweet Valley ! 

Ya, sejak itulah aku baru tahu kewujudan Sweet Valley dan aku mula membaca siri Sweet Valley di saat itu.....apalagi, pinjam ler kan....nak beli, tak mampu wehhhhhh........

Ada banyak kan siri tu ----- SV Twins, SV High, SV University, SV special ed.....dan macam2 lagi lar......

Semakin membesar, aku mula menabung, so adalah juga beli sebiji 2 novel SV tu, tapi beli pun tajuk yg ala-ala misteri gitu kan (heheheheh...masih dlm mood investigation......).

Novel Melayu? aku minat jugak....zaman tu, kebanyakan novel yg aku ada adalah Ahadiat Akashah.......kira novelis yg diminati lah pada masa tu kan......

Nak tau macam mana boleh ada duit beli novel Ahadiat? Aku tak makan time rehat....simpan duit sikit-sikit (aku sarapan di rumah). Sanggup ikat perut tunggu pukul 2-3pm baru lunch di rumah (2x bus utk sampai di rumah). Bila cukup jer duit tu, wah laju langkah ke kedai buku.....terasa nikmat sungguh.......

Kegilaan baca novel berlanjutan sampai sekarang. Cuma kini aku suka koleksi Ramlee Awang Murshid...again, mysterious + investigation type novelist.......


All pictures below ---- credit to Yahoo Image!






7 comments:

  1. Ibu Yusuf dulu pun suka baca Enid Blyton.. cuma versi melayu. Dah itu yg ada kat library sekolah.. Habis sekolah, minat membaca novel terus berkubur begitu sahaja.. :D

    ReplyDelete
  2. Salam perkenalan, Tq jadi follower :D

    Tak pernah baca Sweet Valley, malah tak pernah dengar pun hehe.. Tapi Enid Blyton dan Nancy Drew? Sudah tentu !!! Tapi versi Melayu :D

    Cuba suruh anak kesayangan baca buku2 Enid Blyton ni.. malangnya dia tak minat. Agaknya bukan generasi dia.. lebih suka buku Diary of Wimpy Kid..

    ReplyDelete
  3. dini, mmg i tersenyum pun bile tengok Enid blyton tuh hehe, tapi, waktu kecik2 sy tak minat sgt baca enid blyton, dunno why, lebih suka buku2 RL styne, Fear street series... sweet valley pun pernah baca and nancy drew sgt2 tau tapi tak baca jugak hehe.. i love books too dini!!! kat rumah mak pun ade mini library, arwah abah jugak sgt sgt suka buku, which is why anak2 semua suka buku.
    nowadays, i read books from varios author, and dinie klu masih ada masa membaca english novels, sy sgt2 rekemen buku by Khaled Hoseini, A Thousand Splendid Suns, sgt2 menyentuh hati tau :)
    I rarely cry at novels, tapi yg ini mmg i nangis ok hehe..

    ReplyDelete
  4. aku memang sangat respeklah...

    sebab aku sampai ke tua ni memang tak suka baca buku cerita inggeris. mungkin dulu masa kecik susah nak faham. hahaha.

    tapi buku medical boleh khatam juga - pasal terpaksa kan, hihihi

    ReplyDelete
  5. salam ulat buku.. hehe mmg nostalgia la bila sebut enid blyton dan nancy drew tu tp SV tak pernah baca pulak. mm lepas ni kena lah ajar anak2 pulak utk baca buku mcm ni kan.. mmg best sgt :)

    ReplyDelete
  6. Salam...suka story awak..hihi nostalgia awak mengingatkan saya pada kisah dulu. Saya juga mcm awak dgn duit biasiswa saya beli buku recycle dekat jln Macalister Penang. Deretan kedai mamak kat situ mengenali saya.Zaman enid blyton,nancy drew,hardy boys,salma pasti bila besar baca pulak mill n boon,dennis steel.

    ReplyDelete
  7. kita satu zaman. mmg minat sgt2 buku2 tu, dulu ayh selalu beli buku utk library sekolah, sebelum buku letak kat sekolah, cepat2 saya baca dulu. hikhik..memori zaman sekolah dulu2.

    ReplyDelete