Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 19 March 2012

Tika diri diuji........

Assalamualaikum to Asmara (Kak As), MaryaYusof, Frau Azmir, Sue-Rya AQ, Khairul Hakimin, Ummi_ziz (Izu), Kamalia (Kak Lia), umiyumi, littlehumblelynn, Jiejah@Iza, ~najwa~, m.u.l.a.n., syuhadah & all readers.......


Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk. - Al- Baqarah, 45.

Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yg sabar. - Al Baqarah 155


Maaf dipohon terlebih dahulu andai entry kali ini ke arah emotional. Tidak lah niat untuk mempersendakan sesiapa jua.

Kawan-kawan alam blogger,

Sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi kisah semaian ulam raja yg telah dilakukan Sabtu lepas. Juga beberapa gambar Amzar dan Qayyum Lee (anak rakan; sebaya) yg juga berkunjung ke rumah Sabtu lepas.

Namun, saya rasa saya perlu bermuhasabah diri seketika. Semalam merupakan hari yg penuh liku buat saya. Tidak terjangkau dek fikiran ini bahawa diri ini akan mengalaminya.

Impaknya tidak terzahir.

Sudah puas memujuk hati ini, namun mungkin seperti kesakitan fizikal yg lambat pergi, sembuhnya entah bila.

Terasa seolah-olah bermimpi, aku kah yg sedang diuji sebegini?

Namun, sms semangat dari BFF yg juga merangkap ibu saudara: ''Kita adalah insan terpilih sebab itu kita diuji sebegini. Maka bersabarlah. Mengadulah pada ALLAH''.

Kawan-kawan bloggers,

Langit tidak selalunya cerah dan langit juga tidak selalunya mendung.

Ambil masa dan refleksi diri.

Salam sayang buat kawan-kawan semua.


11 comments:

  1. sabar..
    insyaAllah, pelangi datang selepas hujan ;)

    ReplyDelete
  2. bersabarlah..setiap ujian pasti ada hikmahnya..
    "Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
    (Surah Al-Ankabut ayat 2-3)

    http://suriaqistina.blogspot.com/2012/01/kenapa-aku-diuji.html

    ReplyDelete
  3. kekuatan, ketabahan, kesabaran dan keimanan kita semakin menebal selepas kita diuji dengan ujian-ujian ini. InsyaAllah, InsyaAllah, InsyaAllah. Jangan putus berdoa pada yang SATU....

    ReplyDelete
  4. ayat yg sy pegang bila diuji atau rasa terbeban dgn ujian yg diberi...tidaklah Allah membebani seseorang kecuali dgn apa yg terdaya olehnya..al-baqarah...Allah menguji kerana kita mampu utk menerima ujian tu...redha lah..

    ReplyDelete
  5. mama amzar...ct tak pandai nak berckp sgt...but...the best that i can do as a friend to a sister..is..to make a doa to Allah..so Allah make it easy on you...janji Allah itu benar..semoga mama amzar sabar...

    ReplyDelete
  6. bersabarlah kak....semoga Allah mberi kekuatan utk akak menghadapi stp ujian yg dtg...saya doakan yg terbaik utk akak...

    ReplyDelete
  7. Semoga tabah dalam setiap ujian yg datang...kadang-kadang bila diuji..kita akan dapat rasakan seakan Dia terlalu hampir dengan kita..

    be strong dear..

    ReplyDelete
  8. Bertabahlah.. InsyaAllah kami sentiasa mendoakn yg terbaik buat rakan2 walau di alam maya. Moga semuanya akan berakhir dgn baik dan moga terus dirahmati dan dilindungi olehNya.. Amin..

    ReplyDelete
  9. As salam Dini,

    Saya pun xtau nak ckp ape dah, setuju dgn semua rakan2 yg lain, semoga Dini tabah & kuat menghadapi apa sahaja ujian & dugaan yg dialami... Sgt terkejut dgn entry ni... Semoga Dini & keluarga baik-baik shj & sentiasa dibwh lindungan Allah S.W.T... Jg diri baik-baik... Segalanya akan berlalu pergi, percayalah...

    Loves & hugs xoxo... take care dini~

    ReplyDelete
  10. Dini, kita semua pasti di uji, ujian itu salah satu jalan ke syurga, bila semua nya indah or bak kata omputeh, 'bed of roses' all the time, kita jadi risau, diri kita tak di uji, layakkah kita ke syurga?
    satu je pesan saya, betapa teruk pun ujian yg menimpa, ingat janji Allah,
    "Selepas susah, pasti ada senang, selepas susah pasti ada senang..."
    "Dan sesungguhnya, Allah tak kan menguji kita melainkan sesuai dgn kesanggupan kita.."
    ini la pegangan sy tiap kali diri di uji, insyaAllah, everything akan ok :)

    kuatkan semangat ok, and jgn berenti berdoa :) hugs..

    ReplyDelete
  11. Dinnie T_T

    I can feel u..Currently, izu pon sdg diuji dgn mcm2 ujian. Dgn stress study, dgn ank sakit, tade sape kt sini nk tlg lg..dgn masalah lain lg.smpi dh tak malu dh nk nangis dpn hubby n kids (sblom ni nangis dlm toilet) tp let's pray to Allah together smg bahagia kn mjelma di hati kita n sinar baru kn dtg dlm hidup kita tak lama lg ye..anggaplah ujian yg hadir ni buat kita stiasa dekat dgn-Nya. (mengadu + bdoa + btawakkal)

    Take care Dinnie. Keep in touch!

    ReplyDelete