Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Thursday 15 September 2011

My Breastfeeding Journey.....

Dulu, anggapan aku, breastfeeding tu akan berlaku secara natural, tanpa sebarang masalah.....bila anak lahir jer, aku anggap, susu tu akan automatik ada dn keluar dengan sendirinya......dan baby akan pandai sendiri untuk menyusu.....

Maka, apa jadi bila Ajwad lahir? Misi untuk breastfeed GAGAL terlaksana!!!!!! Tanpa persediaan secukupnya, aku mudah mengalah pada keadaan......aku mudah mengalah tanpa sokongan......akibatnya, Ajwad membesar dengan susu formula.

Sebaik sahaja disahkan pregnant kali kedua, aku nekad untuk breastfeed selama yang boleh.... Aku mula buat research, selalunya blogwalking blog2 BF mommies, baca apa sahaja artikel yang berkaitan BF.....bermonolog dengan baby dalam perut tentang breastmilk.......anything.......

Kini, sudah 3 bulan ++ Little Amzar BF secara eksklusif......alhamdulillah.........aku akui, misi untuk BF ni bukanlah mudah......perlu persediaan MENTAL dan FIZIKAL yang kuat........

Semasa dalam pantang, aku pekakkan ajer telinga bila orang cakap: "Baby tak cukup susu tu....."
Aku buat tak tahu jer bila orang cakap: " Bagi laaa jugak susu biasa (FM), nanti keje susah kalau tak ajar sekarang."

Aku rasa pada saat itu aku adalah orang yg tiada perasaan dan degil ! Aku malas memberikan apa2 respons pada statement sedemikian...biarlah kalau mereka tidak menyokong misi ku...biar lah.....

Sehingga harini, stock frozen EBM ku memenuhi fridge kat rumah.....sehinggakan tiada tempat untuk barangan basah yang lain.....hehheheheh....aku tidak laaa bercadang pon nak beli deep freezer, rasanya tak perlu (note: buat aku lar yerk....semuanya bergantung pada keadaan masing2).

Di opis, aku cuma sempat pam 2 kali, itu pun time tak ada kelas......kalau ada kelas, cuma sempat sekali sahaja...dan setiap kali pam, aku dapat 120ml (2 oz). Memang itu laaa jumlahnya setiap kali pam...tak banyak, tak macam orang lain (menerusi BW mommies yg lain).....tapi alhamdulillah, aku berpegang pada konsep CUKUP.......kuantiti tak penting.......

Sekarang, ada jer kawan yang baru bersalin, aku memang bagi fully support kt diorg ni untuk breastfeed....kadang-kadang terasa macam Peer Counselor yang tidak bertauliah pulak bila diorg call/sms tnya tentang breastfeeding ni.....kuikuikuikui......apa pun, alhamdulillah.....

Yang nyata, perjalanan BF ku masih panjang....moga2 dipermudahkan segala-galanya....InsyaAllah.....

1 comment:

  1. Moga perjuangan di dalam menyusukan anak berjaya, amin

    ReplyDelete