Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday, 12 February 2013

An unplanned trip to Gua Kelam

Tarikh: 10 Feb 2013
Lokasi: Gua Kelam, Perlis

CNY hari pertama, memang tradisi keluarga nenek belah Mr Hubby (Alor Star) tidak pergi ke mana-mana. Selalu tu tahun-tahun lepas, kami sekeluarga pun memang duduk di rumah sahaja lah. 

Cuma tahun ini, kebetulan kawan yang juga mixed-family, turut pulang ke kampung menyambut CNY di Perlis. 

Maka, Mr Hubby pun mencadangkan idea yang sangat bernas, pergi beraya ke Perlis....Aku suka ....ehhehehe

So dalam pukul 11am macam tu kami empat beranak bertolak ke sana....dekat jer Perlis dari Alor Star, tak perlu ikut highway pun...

Sampai di rumah mereka, sembang dengan mertua kawan tu, depa cakap Melayu utara, best punya sembang kan, sekali macam jejak kasih la pulak, sebab bapa mertua kawan tu kenal dengan mendiang atuk Mr Hubby......

Sekali keluar idea untuk pergi berjalan. Dari situ munculnyer trip ke Taman Ular, diikuti ke Gua Kelam....

Tetapi di Taman Ular, kami tak bergambar....

So enjoy gambar di Gua Kelam jer lah yer....








Thursday, 7 February 2013

Mango Salsa !

makcikkantin = biru jadi kelabu makcik....
Nor Azlina Yusof = saya punyer pon manual....
ishamizu = dini tak pandai bawak motor izu, takut nak belajar...hehhee
umiyumi = bila nak balik lagi umi?
JembalCastle = aku nok fridge magnet langkawi!
nadia rashid = dulu pon saya pernah berangan nak drive VW...hehheheh
Zulfadly = same situation lah kita ....
Ummu Madihah = yo Mok Aji, sebab keperluan, kena let go lah .....
ummuaidan = mulo-mulo ni sentimental sikit Nor.....hihihi
Sue-Rya Qistina = betul sue, ringan n senang parking....


Aku pernah terbaca ....
Untuk dinner, makanlah seperti seorang pengemis
 (ah aku agak lupa quote yang sebenarnya...maaf)
Yang mungkin bermaksud, berpada-padalah pabila menjamu selera di malam hari...

Signifikannya, ada kaitan dengan keperluan tenaga pada waktu itu...
Sebabnya malam hari badan perlu berehat...
Tidak banyak tenaga perlu dikeluarkan.....
Maka, logiknya tidak perlu makan yang berat-berat ketika dinner....

Atas alasan itu, hari ini, aku masak ringkas sahaja....
Yang paling ringkas aku kira untuk dinner setakat ini......

Its Mango Salsa !

Tetapi, sebelum itu, mari tengok dahulu beberapa gambar lagi sewaktu Rx Family Day Ahad lepas....


"Oh uh.....mengapakah gambar ini kelihatan sangat kompleks? Di mana harus ku mula untuk mewarna ni?"

Sukaneka pensyarah: Masukkan gelang getah ke dalam cawan kertas.
 Gelang getah dibawa dengan menggunakan straw....

Abe Ajwad yang keriangan dapat mewarna....

Musical chair: lecturers + students.
Aku tersingkir di pusingan ketiga....

Musical chair finale: Husband & Wife

Happy face!


Mango Salsa with Spiral Pasta

Quick, simple, colourful yet yummy!

Bahan utama MANGO SALSA: Sebiji mempelam yang masak, tomato, timun, daun samok dan ulam raja dari kebun.....

Cara penyediaan mango salsa: sama jer macam buat kerabu .... campurkan gula, garam dan perah limau sikit.....

Till then, Happy Holiday !!! 

Aku mahu kutip angpow bagi pihak Ajwad dan Amzar......kihkihkih...

Selamat Berhijrah Si Biru


Dia ---- cinta hatiku yang pertama ...
Dibeli semasa sedang buat MDSc....
Bayar bulan-bulan semasa itu guna duit biasiswa...

Dari zaman aku bujang, jasanya diteruskan hingga aku mempunyai 3 hero 
(1 besar + 2 kecil)...
Tiada istilah second car, mahupun first car...
Si Biru --- the only car for 4 of us ....

8 tahun berkhidmat, tanpa sebarang masalah ....
Hutang-piutang juga sudah selesai...
Kini, semoga Si Biru ini selesa dengan pemilik baru .....

Mode: sedih melepaskan dikau pergi .... 






posted from Bloggeroid

Wednesday, 6 February 2013

Riang-ria Hero di Taman Belia

Lynn makcikkantin Nadiah Sidek nadia rashid Kniedaz ~najwa~ nurbijen zie marziah mama ct suka suka Mama2Q Marya Yusof 


Rx Family Day di Taman Belia/Perbandaran amatlah sesuai. Prasarana serba lengkap 
(ceh ayat skema ni). 

Padang yang luas, pentas/astaka yang besar, surau yang bersih tersedia dengan tempat wudhu', tandas awam yang bersih, kedai/gerai serbanika, taman yang penuh kehijauan dan kids playground ....

Pendek kata, aku amat berpuas hati.

Bak kata seorang colleague aku dari Pakistan:  Never imagine that such a peaceful place exists in Penang, in the island some more.....

Dengan satu tarikan tersendiri: kolam renang untuk kanak-kanak/remaja, menjadikan tempat ini 'hotspot' untuk keluarga. 

Bagi sesiapa yang ingin mengadakan Family Day di sini, hubungi sahaja pihak perbandaran. Perlu deposit RM500 sahaja, yang mana deposit ini akan dikembalikan semula apabila program tamat (dengan syarat tiada kerosakan berlaku) .....

Hari ini, aku kongsikan dahulu gambar-gambar dua beradik ini, suka dapat bergembira di playground.....








Tuesday, 5 February 2013

Penangan nya ....


Bergembira sakan di Rx Family Day 2013

Puas aku bermain bersama depa

Akibatnya

Sehingga hari ini

Badan masih sakit-sakit + lenguh sana-sini

Aiishhhh

Nampak sangat tak selalu exercise 

Cerita lebih lanjut

Nanti-nantilah yer




Saturday, 2 February 2013

Some exercise will do ...



Rasanya zaman ini lebih 80% daripada kita menghadap komputer/laptop kan.....itu belum dikira lagi smartphone.....

So nak kongsi di sini beberapa jenis senaman ringkas yang boleh kita lakukan ketika di pejabat/rumah, di celah-celah kesibukan waktu.....

Pssttt ----- esok nak beriadah bersama students, our faculty's family day ..... kalau sesiapa ternampak ada sekumpulan manusia sedang bergembira di Taman Belia, kemungkinan kami ler tu.....hehhehehe...

Aku, bercadang nak main-main puas-puas, nak release tension .....

Tension semenjak-2-menjak ni .....apapun, semua tu ujian, untuk mematangkan diri aku dan lebih mengenali manusia sekeliling......

Have a nice weekend !!!




posted from Bloggeroid