Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday, 9 January 2012

Dinner emergency....

Hubby x balik makan. Dia sms dah pagi td, sebaik sahaja aku sampai ofis.

Tapi dalam perjalanan balik tadi, aku lupa nak singgah beli dinner utk diri sendiri. Setakat makan sorang, malas betul nak masak kan.

Dah ambil dua little hero, baru ingat belum beli makanan. Hmm klu dah dengan budak berdua ni, memang ler aku takkan singgah mana2 dah. Terus pecut ke rumah shj.

Balik rumah, buka fridge, alahai takde stok barang rupanya. Yerla last weekend balik KL emergency. Petang semlm kul 6.30pm baru sampai Penang.

So keluarkan jer la apa yg ada.

Spirulina noodles, meatballs dan tomato stew dlm tin.

Terhasillah dinner yg tidak seberapa.

Makan sekerat jalan, tetiba rasa takder selera...kihkihkih. Boleh ke mcm tu?

Now reply komen:


susumanis - thanks singgah dan folo. Saya folo awak juga. Jemput maghi sokmo deh.

Littlehumblelynn - sebenarnya sy sgt setuju. Sbb weekend la kononnya hari kita nk rest kan...heeeehehe


Till then, c ya.


Published with Blogger-droid v2.0.2

Resolusi 2012 & 'Quick Tips to Organize Your Life'

Sempena tahun baru yg sudah masuk hari ke 9 ini kan, aku nak buat perubahan sedikit kt blog ni. Bukannya besar pon, tapi aku agak signifikan laaa kot. 

Aku nak 'tiru' cara mamatiamia dan MaryaYusof jawab komen readers. Aku rasa tak salah kot 'tiru' benda baik macam ni kan.

Wah ramai yg komen bab tapau tu ya. I really appreciate all the comments. 

Sebenarnya aku tak kisah kalau depa nak tapau, sebab selalunya nasi akan over extra. Bab lauk jer yg tak ada extra ni. 


JembalCastle = dulu kt OB takdak pulak benda ni berlaku kan.....hikhikhik....rindu zaman ituuuuu.......

Littlehumblelynn = fuyyo dasyat tuuu...majlis tak habis lagi pon ada orang dengan selambanya tapau? muka tebalkah orang itu? ....macam-macam kan...eeheeee...

MaryaYusof = hahhahhaa, I like the word that u used: teraniaya.....kihkihkih..

Dalila Hamid = betul betul, rezeki elok dikongsi-kongsi....by the way, Thanks singgah sini dan folo. Saya pon dah bookmark blog awak kt handphone.....jemput mai sokmo okeh.......

umiyumi = kt Perth pon ada ke golongan macam ini umi? 


Harini aku nak share tips oleh Dr Oz. 


Fact: 85% of women say they don’t have enough time in the day. After finishing work, taking care of the kids, cooking dinner and staying on top of the million other things, it’s natural to feel a little burnt out. Stay on top of your hectic schedule and create some extra time for yourself with these simple organizational tips and tricks.

1. Create a Flexible Calendar
Dentist appointments, piano practice, soccer games – your family’s life can seem like a never ending cycle of activities and errands. Keep track of it all easily with a flexible sticky note calendar. Pin index cards on a large bulletin board to build a monthly calendar. Color code appointments by assigning a color to each member of your family. Clear, clean and easily revisable sticky note calendars can save your family time and energy.

2. Establish a Command Station
When you’ve got a household to run, every minute counts. Research shows, however, that women spend almost an hour everyday looking for lost items. Get that time back by establishing a command station – a place near the entrance of your home to keep necessities in one place: hooks for backpacks and purses, baskets for snacks and school forms, chargers for cellphones and gadgets. Design your station to suit your family’s needs.

3. Employ Kitchen Shortcuts
While the benefits of cooking fresh meals are indisputable it can be extremely time consuming. Home-cooked meals are generally much healthier than packaged foods or take-out. Here are some tricks you can employ to keep your family eating right – even in a pinch:

  • On a Sunday evening, make a large batch of soup using a pre-made chicken broth. This soup can be stored in the freezer and easily prepared on busy nights. You can also portion out single serving bags to take with you for lunch.

  • Store ground meat in a serving-conscious way: fill a zippered plastic bag with the raw meat and seal. Separate it into equal sections by pressing a chopstick over the bag, tic-tac-toe-style, and then pop it in the freezer. The next time you need ground beef, simply break off enough for the recipe you’re preparing.

  • Skip store-bought, processed dressings and marinades. Instead opt for a quick vinaigrette made out of balsamic vinegar, Dijon mustard, olive oil, salt and pepper. It can be used to dress salads, veggies or meats. Make it once and enjoy for up to 3 months.
4. Just Breathe
Be sure to set aside a little of that extra time to focus on your mental health. With everything you have to do to keep your household running smoothly, you need to schedule 5 minutes a day of peace and quiet for yourself. Put it on the calendar to stay committed.



Friday, 6 January 2012

Luahan rasa......

Alahai title entry.....ala-ala la pulak....hikhikhik....

Entry ini lebih kepada luahan hati, sebagai satu cara utk melegakan rasa 'down' yg tiba-tiba ini.......

Bukan lah benda besar, tapi mungkinkah ini harga pengorbanan? 

Pagi tadi , start 9am hingga 11am aku ada meeting jabatan. Macam biasa, habis jer meeting, aku bergegas lah ke bilik utk aktiviti mengumpul EBM (aku pasti semua BF moms macam aku gak, tak sabar tunggu meeting habis).

Bos cakap makanan sampai 11.30am. So aku tak ada lah nak tunggu makan dulu kan, lagipun dah mula rasa sakit. Pam dulu, nanti baru makan.

So lepas habis pam, aku pun pergi semula ke meeting room utk makan. 

Dah boleh agak, orang lain mesti dah makan kan, so lauk mesti la tinggal sikit, itu perkara biasa la kan, tapi mesti ada bahagian untuk aku jugak kan, sebab kalau order makanan, mestilah cukup utk semua orang, betul tak?

Masa aku masuk semula meeting room, ada la yg sedang 'tapau' . 

Hmmm......dia ingatkan semua orang dah makan (patut tak aku terima alasan ini, sebab kumpulan yg meeting ini cuma 12 orang jer, dan sememangnya kenal satu sama lain).

Aku tersenyum sahaja la, takkan nak mintak dia letak balik. Dia pun tak ada tanda-tanda nak letak balik. Huhuhuhuhu......

Maka aku makan jer lah dengan apa yg masih berbaki. Tak apalah.

Hmm...rezeki tengahari ...masih ada jua .....Alhamdulillah kan. 

Pujuk hati sendiri: masih ramai di luar sana yg tak cukup makanan, yg susah nak dapat makanan.

Note: Ini kali kedua benda ini berlaku. 

Thursday, 5 January 2012

Jom tambah ilmu......

Kisah Jiranku

Aku tinggal di kejiranan yg rata-ratanya sebangsa dengan mr hubby ku. Kiranya jiran kanan, kiri, depan, belakang tu chinese lar. Cuma belah belakang tu, belah kiri dia, haaa yg tu Malay....ehiikkkk....korang paham ker belah mana? Tak kisah lah tu. 

Jiran aku belah kanan, suami-isteri dengan seorang anak lelaki 13 tahun, dengan juga mak si suami. Ayah si suami sudah lama tiada. 

Masa mula-mula aku masuk rumah dulu, kiranya si ibu mertua dan menantu nya ini lah yg datang jenguk, bertanya khabar gitu....eheeee...baik kan depa, peramah. 

Mereka ni ada bela seekor anjing hitam, agak besar. Alhamdulillah anjing tu tidak dilepaskan sesuka hati. Elok jer diikat di bahagian belakang rumah (luar rumah). 

Tapi kan anjing depa ni agak bijak la aku rasa. Coz setiap pagi, lebih kurang 7am jer, dia akan menyalak kuat-kuat. 

Mula-mula dulu, aku tak berapa paham la kenapa agaknya pagi-pagi dia nak menyalak kan. 

Terganggu tidur 2 hero ku dan aku itu tau.......eheeeee.....

Rupa-rupanya anjing tu nak keluar, nak ambil angin pagi rupanya, morning walk gitu......

Owwhh......pandai ber 'exercise' juga dia yer.....

Aku perhatikan, selagi tuan dia (si ibu td) tak lepaskan, memang lah dia akan menyalak habis-habisan. 

Once aunty tu dh lepas kan, si anjing tu pon dengan happy nya keluar berjalan-jalan sambil mencari teman.....uh oh, pandai bersosial. 

Aunty tu pun biasanya akan ikut la anjing dia. Sebab anjing dia ni biasanya suka selongkar tong-tong sampah orang. Maka kerja aunty ni, dia sapu balik  sampah-sampah yg diselerakkan anjing dia tu. 

Yer lah, kalau tak buat camni, gerenti orang marah kan.

Tapi kan, yg agak kelakar bagi aku la kan, setiap kali aunty tu keluar nak lepas kan anjing dia, mesti dia marah-marah punyer kt anjing tu.....

Agaknya dia marah kot anjing dia buat bising.

Dah tu kalau taknak dia bising, lepaskan lah awal-awal. Tepat jam 7am. Biasanya aunty tu lepaskan anjing dia dlm 7.30am gitu. 

Macam-macam karenah kan? Eheeee........

Tuesday, 3 January 2012

Celoteh tentang Ajwad

Esok ramai yg cuti kan kan kan...... sebabnya.....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

HANTAR & TEMAN anak yg baru masuk sekolah......eheeee......

Aku tak tak termasuk lagi bab ini....lagi 3 tahun baru Ajwad masuk sekolah rendah...insyaAllah......

Tapi harini Ajwad 1st day di tadika baru....Tadika 3Q......Ajwad 4 tahun dah Nov nanti.....tapi sejak last week aku inform kat Ajwad, nanti dia kena pi sekolah baru, ada cikgu baru, kawan baru, so far dia okey....

Tak tahu lar pagi tadi macam mana situasinya, sebab daddy nya yg hantar.  Nanti petang balik kerja aku ambil dia.....yup, kali ini kami register kan dia kt tadika tu full day......

Pendekatan aku dan hubby = hantar dia kt sekolah, serah dia pada cikgu, terus   lah say 'bye-bye' anok.....

Takdernya kami nak tunggu, sebab kalau tunggu pun, bukannya dia akan berhenti menangis. Makin mengada-ngada ajak balik ada lah kan (berdasarkan 1st experience hantar playschool 3 tahun).

So dengan berat hati (aku ler tu), tinggalkan ajer dia di situ.  

Walaupun dia merayu-rayu, kalau ikutkan hati aku yg lembut ini, memang aku angkut bawa balik dah. Tapi nanti dia tak berdikari pula kan. 

Nak tak nak, ikut ler kaedah si daddy, tinggalkan ajer di situ. Pandai-pandai lar kan. So far menjadi. Cikgu dia habaq, bila kitorg blah jer dr situ, dia akan stop nangis......

Haaa...kan, pandai main psikologi budak-budak sekarang. 

Tapi ini semua cara aku dan hubby, tak semestinya sesuai pada semua orang kan. 

Lain padang lain belalang nya,
Lain orang lain kaedahnya.

Alahai ala-ala pantun 2 kerat pulak....kuikuikuikui.....

Till then, assalamualaikum......


Sudah besar anak bujang aku ni !



Monday, 2 January 2012

Tea-time with home-made Sweet Potato chips

Tetiba rasa lapar, begitulah kalau hari cuti kan, cepat ajer rasa lapar.

Jenguk di dapur apa yg ada, hmmm cuma berbaki 2 biji ubi keledek bersaiz sederhana.

Jadilah, daripada tiada apa-apa kan. Lagipun yg nak makan aku dan Ajwad sahaja.

Maka terhasillah chips yg senang namun sedap (selera sendiri) tanpa tambahan apa-apa perisa.

Jemput makan ....


Published with Blogger-droid v2.0.2