Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Monday 8 July 2013

Alkisah bunga kunyit di rumahku




Sabtu lepas, pagi, sempatlah 'mengerjakan' kebun sekejap. Nanti kan dah masuk Ramadhan, so baiklah cabut dulu segala rumput-rampai yang bermaharajalela tuh.....dalam berkebun ni, bab nak cabut rumput ni lah yang amat lemah sekali nak buat.....kalaulah ada kaedah yang membolehkan rumpur-rampai tak tumbuh, kan ke syok.......tuan tanah berangan tak sudah. 

Tengoklah penghuni tetap kebun tu. Pokok kari subur meninggi. Semakin hari semakin tinggi. Beranak pun rajin. Bulan lepas aku dah buang dah 2 anak kari. Belek-belek ada lagi anak yang baru muncul. Murah rezeki. Tuan tanah tak rajin masak kari. Menunggu jugak kot-kot mahu pokok tu berbuah. Sebab ada orang cakap sesetengah pokok kari akan berbuah. Setakat ni belum lagi. 

Pokok mulberi pun subur jer dalam pasu. Banyak putik buah sedang menunggu masa untuk masak. Tanpa berlengah, tuan tanah mencantas dahan mulberi, supaya tidak lah terus meninggi nanti. 

Sedang mencabut rumput, terperasan ada anak ulam raja. Kecil sangat lagi. Nasib baik tidak tercabut sekali dengan rumput. Teruslah tuan tanah 'pagar' ulam raja itu. Alhamdulillah, setakat ni, ulam raja ada ja tersesat tumbuh di kebun tu. Barangkali benih yang tersebar daripada pokok induk dulu-dulu. 

Anak roselle pun berkembang dengan jayanya. Maka, kerja-kerja pemindahan 4 anak pokok ke lokasi lain dilakukan, supaya tiada persaingan nutrient. Mudah-mudahan lepas raya akan berbuah....insyaAllah. 

Belek-belek pada pokok kunyit juga. Subur. Eh eh eh, ada bunga lagi. Kalini kali ketiga berbunga, yang sempat tuan tanah perasan lah. Kali pertama berbunga, tuan tanah cam kagum yang amat, pertama kali tengok bunga kunyit. Tapi tak tahu pula boleh makan. Biar macam tu jer lah. Kali kedua berbunga, tuan tanah perasan apabila ianya dah pun layu......hukhukhukhuk....nampak sangat kan jarang jenguk kebun.......


Si bunga kunyit yang unik !


Kalini tuan tanah tidak melepaskan peluang untuk merasa keenakkan bunga kunyit ni. Lagipun, apabila di'google', pendapat tradisional menyatakan ianya awet muda...awwwww....lagilah tuan tanah teruja kan. Fikir punya fikir, tuan tanah rasa masukkan ia dalam telur dadar jer lah. Boleh anak-anak makan sekali. Kalau buat kerabu, nanti anak-anak tuan tanah tak makan, terutamanya Abe Ajwad.
 Dalam telur, dia ok ja. No complaint!

Tuan tanah tak pasti cara sebenar nak proses bunga kunyit ni.
 Maka cabut ajerlah kelopak demi kelopak.
Rendam dalam air garam seketika. 

Kelopak bunga tu dibahagi 2. Satu portion masuk telur dadar.
1 portion lagi masukkan dalam raw juice. 
Tuan tanah campur dengan sebiji orange dan sebiji epal hijau. 

Telur dadar berbunga kunyit.
Abe Ajwad tak perasan pun ....hehhehehe
Walaupun rasa 'kunyit' tu agak kuat. 

Dan ini pula hidangan morning-break tuan tanah.
Raw juice of bunga kunyit. 
The taste was great. No taste of kunyit, but there's slightly kunyit's smell.


Geng raw juice tuan tanah!
Begitu nikmat Amzar minum jus oren + bunga kunyit !

See, excited face dapat minum juice !

10 comments:

  1. wow bunga kunyit buat juice....& si kecik tu minum! oh my, susah kan nak cari budak mau makan sayur/minum juice mcm ni.....

    Selamat berpuasa dinie

    ReplyDelete
  2. Saya suka ulam bunga kunyit...

    Amboi..si kecik tu, menikmati raw juice sambil silang kaki.ekekek

    ReplyDelete
  3. Wah, boleh makan rupanya bunga kunyit tu.. kreatif pula mengolahnya.. dalam telur dadar pun ok juga kan.. selamat berpuasa dari Che Mid!

    ReplyDelete
  4. Bagusnya baby amzar minum rawjuice siap silang kaki..hihi
    Raw juice mmg awesome!!
    Nak adjust waktu pengambilan dlm bulan ramadhan nanti...berbuka ok x?

    ReplyDelete
  5. Salam dini
    Cantik bunga kunyit tu

    ReplyDelete
  6. kreatif mommy guna bunga kunyit tu.... saya pun first time tengok bunga tu.... dan baru tahu juga boleh makan rupanya...

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
    Replies
    1. nampak gayanyer hero tu yg terlebih teruja .. bunga kunyit jarang2 bolih jumpa...bunda pun pernah 2 3 kali dapat bunga ni dalam rumpun kunyit bunda..orang kata buat goreng cam sayur pun bolih...bunda lebih suka buat ulam jer..

      Delete
  8. Weeee..cayalah si kecik Amzar pun boleh minum raw juice! Siyeess kagum :D

    Salam Ramadhan & selamat berpuasa dini dan keluarga.

    ReplyDelete
  9. Salam Dini,

    Mak Aji buat ulam cicah budu je, sedap!

    ReplyDelete