Bermula Jumaat lepas ---- sakit tekak.
Ahad --- selsema, jenis tanpa kahak/no running nose.
Selasa --- demam bermula, tapi tidak dipedulikan oleh empunya badan, pergi kerja juga.
Petang Selasa --- suhu badan meningkat naik. Barulah empunya badan nak mengaku diri sudah demam!
Rabu --- Cuti. Tidur seharian. Suhu badan kembali normal. Selsema dan batuk masih ada.
Khamis, hari ini --- Selsema dan batuk tanpa kahak.
Kalini nak share berkenaan natural remedies yang boleh diaplikasikan pada diri sendiri atau anak-anak apabila demam.
Sebab aku dalam usaha untuk mengurangkan kebergantungan terhadap ubatan moden. Konsep natural remedies berbeza dengan konsep ubatan moden.
"Let food be your medicine, and your medicine be your food"
Natural remedies lebih kepada merawat punca dan memberi peluang kepada badan kita sendiri untuk healing process.
Sebab itu kadangkala penyakit yang dirawat dengan natural remedies mengambil masa untuk pulih, tetapi ianya berkesan dan tiada kesan sampingan berbahaya.
Bermula dengan sakit tekak, aku meningkatkan dos pengambilan madu + habbatussauda 3-4 kali sehari. Juga berkumur dengan air garam. Garam bersifat antiseptik di mana dapat membunuh kuman-kuman di tekak. Juga sebelum tidur, minum campuran home-made ubat: sesudu madu + sesudu VCO + jus lemon (utk sakit tekak).
Semasa suhu badan tinggi, aku pakai acv socks sepanjang tidur malam. Kaedah acv socks:
*Rendam stokin nipis dalam larutan cuka + air suam (2-3 sudu besar cuka)
*Pakai stokin nipis itu dalam keadaan lembap.
*Pakai sepasang lagi stokin yg agak tebal untuk cover stokin lembap tadi.
Apabila stokin kering, ulang kembali kaedah di atas. Memang stokin akan kering 2-3 kali sepanjang malam tu, disebabkan suhu badan kita yang tinggi waktu demam.
Cara acv socks bertindak: sifat asid cuka akan menarik haba daripada dalam badan untuk keluar.
Alhamdulillah, menjelang dinihari, suhu badan mulai turun.
Lepas ni, kalau anak-anak demam, boleh try lah cara ini pulak.
Bagi sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang natural remedies, bolehlah dapatkan buku di bawah ni di mana-mana kedai buku:
|
Tuan blog pun belum habis menelaah lagi..... |
Till then, c ya ...Assalamualaikum