Haa.....panjang tak tajuk entry kali ni?
Mula-mula, nak jawab pertanyaan Mummy Mariam Bebakar, tentang mana aku beli anak-anak pokok indoor herbs.
Jawapannya ----- JUSCO.
Bahagian mana? ---- kalau di Jusco Penang (Queensbay & Perda), ada satu sudut kelolaan Babas, dekat-dekat dengan bahagian sports/outdoor. Babas yg pakar pasu bunga tu tau, bukan yang serbuk kari tuuu....
Biasanya pokok-pokok English herbs ni sentiasa bertukar, maknanya kalau nak lengkapkan koleksi tu kenalah rajin menjenguk Jusco .......ikut pengalaman aku camtu lah kan....
So mummy MariamBebakar, apa lagi, moh ler ke Jusco!
Dan juga setakat ni ikut pengalaman, di nursery, memang tak jual pokok-pokok camni....huhuhu.....
Second part of the entry tonight:
Why I Love Gardening? or Why I Have To Do Gardening?
1. Sebab aku suka makan ulam. So rasa lagi best kalau tetiba nak makan, boleh petik ajer kat luar rumah.
2. Senang nak dapatkan bahan asas untuk masak --- lengkuas, halia, kunyit, daun kari, cili, serai. Walaupun aku agak tidak rajin juga untuk masak esp weekdays, tapi aku rasa best kalau benda-benda basic ni ada....heheheh.
3. Penuhi masa hujung minggu --- weekend aku cuti 2 hari. Mr Hubby cuma Ahad sahaja, itupun aku harus 'berkongsi' masa dia dengan aktiviti NGO. Weekend aku dan anak-anak 80% di rumah, tiadalah berjalan ke mana-mana.
4. Alternative method to 'kill' people ----- kadang-kadang bila rasa nak marah dengan seseorang @ sakit hati @ dia ada menyakiti kita, bayangkan saja mukanya pada tanah. Cucuk-cucuk lah tanah itu dengan cangkul atau apa saja. Anggaplah kita lepas geram. Tanpa sedar, gembur dah tanah tu kan, bolehlah semai benih....hikhkkhikhikhik.
In general, I have to admit that gardening has become one of the therapy for me, especially nowadays.
I do not know about other people, but for me, sometimes I do talk to these little creatures (pokok-pokok). Satu kepuasan bila dapat luahkan tanpa ada persoalan-persoalan (memang ciri-ciri Venus kan?!...hhehehhe...emotional lebih sudahh.....).
Jadi , aku amat galakkan lah pada sesiapa yang baru nak berjinak-jinak tanam pokok ni....release tension beb!!!!
Di samping badan kita jadi lebih sihat !!!!
(Tapi nanti kalau pokok tak tumbuh / lambat tumbuh / cepat mati, jangan cari aku tau.....dan jangan tension, senyum jerk.....kuikuikuikui).
Amacam, ada berani buat edible garden macam ni? ....eheeeee