Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday, 27 April 2012

Continue on Faculty Trip - Tambun & Taiping Zoo

All photos credit to Mama Dina & Papa Dina.....almaklum empunya blog tidak membawa kamera......





Variasi aksi Ajwad di Zoo Taiping



Sebahagian ahli fakulti + famili masing-masing



Aksi control ayu mummy & Amzar....kuikuikuikui....

Golongan ibu-ibu sedang bermesyuarat......
(Amzar: apsal ler awek depan aku ni takmau pandang aku? aku rasa cukup ensem dah harini.......)
(Dina: uisshhhh malu laaa dengan abe Amzar...mama, jom ler masuk dalam....Dina segan la......)

Our not-so-big family.......
(Ya Allah, Kau berkatilah dan rahmatilah kehidupan keluarga kami, keluarga saudara kami dan keluarga rakan-rakan kami. Jauhkan lah gangguan anasir-anasir yg bisa merosakkan ukhuwah kami........amiinnn....)


Si Tiger at Tambun Lost World


Black Swan.....

Weekend ni, aku akan berada di kampung, Kota Bharu....yehaaaaa.........sampai 1 May....cuti-cuti kampung......

Nok make (makan) budu puah-puah, nok make ule puah-puah, make ike rebus cicoh budu, dale budu ado duriye.....aduuuhhhh...nga nasi panah-panah.....sedak sungguh.....

Lamo doh tok kelik Klate, last haritu ghayo last year....huhuhuhu.......

Nanti next week kito ceghito kisoh Klate dehh.....

Till then, c ya....

Assalamualaikum.......

Saturday, 21 April 2012

Ajwad & Amzar were at Tambun Lost World....

Hari ini tercipta satu sejarah.

1st faculty trip with the families.

We planned to go to Langkawi in the first place, however due to earthquake on 11th Apr, we agreed to switch to Tambun Lost World.

Ajwad enjoyed every seconds there, accompany by the daddy.......

On the way back home, we dropped by atTaiping Zoo. Ajwad was so amazed with d elephant ! hehehehe.....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Wednesday, 18 April 2012

Me & The Car

Assalamualaikum....

Hai hai hai : ~najwa~ ; Mama2Q ; umiyumi ; Marya Yusof ; Lynn ; Asmara ; Kamalia ; Khairunnisa' ; Hanis MY


Harini tiba-tiba ingin berkongsi kisah "Wanita & Kereta".......

Aku..... adalah beberapa memori duka + silly dengan kenderaan bergelar KERETA ni......

Kejadian 1:

Masa awal-awal study dulu, aku pakai Sang Kancil.....(comel macam tuannya...heehehhehe......)

Sang Kancil itu manual. 

Di suatu tengahari yg indah, aku berkunjung ke rumah kawan. Aku parking la di depan rumahnya. Rumah kawan aku ni pada masa itu, quaters dalam UiTM Jln Othman, PJ. 

Di hadapan rumahnya tu, jalannya tak rata. Kiranya aku parking dalam keadaan senget (bahagian depan kereta lebih tinggi daripada bhgn belakang). Tarik handbrake laa kan. 

Bila nak balik, aku perasan ada lori parking rapat gilerk dengan Sang Kancil aku tu. 

Aku pun jenguk, perhati, analisis.....boleh ke lepas side mirror belah kiri ni? Al-maklum ler masa tu baru jer setahun ada lesen.......

Analisis punyer analisis, aku tekad. Nak balik juga. Rasa-rasa boleh lepas ni. Kawan aku ckp, aku kena drive ke hadapan dahulu, baru boleh reverse dengan cantik dan selamat. 

Aku pun dengan confident nya start enjin. Masuk clutch, gear 1, lepas handbrake....tapiiiiiii..........kaki tidak cekap utk terus tekan pedal minyak......akibatnya, Sang Kancil berundur ke belakang tanpa dapat ditahan-tahan........

Aku kaku ! 

Tengok side mirror belah kiri.......waa! Rasa nak tercabut jantung ....... Side mirror hilang ! Terus rasa nak nangis masa tu jugak......takut nanti sure kena marah dengan abah.......kecut hati tu toksah cakap lah......takut nak balik rumah!

Kejadian 2:

Dulu-dulu, setiap kali nak isi angin jerk, aku minta abah yg buat. Aku takut nak isi sendiri, rasa macam angin tayar tu akan keluar balik jerk. 

Satu hari, nak pergi kampus, tayar Sang Kancil macam tak berapa best jer. Abah minta aku isi angin dalam perjalanan....aisehhhh.....tak boleh elak dah, nanti kalau pancit tgh jalan, lagi haru kan......(yg tu pun aku ada memori gak)....

Mujurlah ada maksu aku sekali masa tu. So aku minta dia yg isi angin....guna yg partial-auto tu (yg picit2 button + @ - tu).....dia pon isi lar, aku perhati kt tepi....

Sekali apa jadi tau?

Tayar kempis! 

Adoii laaaa...gelabah kami berdua kt situ....hahhahahahaha....

Terus panggil pump attendant minta isi semula......hikhikhihik......

Kejadian 3:

Dah kerja ni, aku upgrade sikit....daripada Sang Kancil, pakai laa pula Si Cantik Ikan. 

Tahun lepas jer ada 2 kejadian silly berlaku.......hehehehe...

Ada satu hari tu, aku parking macam biasa di kawasan ofis. Masa nak lunch, aku perasan tayar belakang kempis semacam. Mmg kosong angin.....

Aku pun drive ler perlahan-lahan ke stesen minyak....isi angin. 

Tapi setiap kali isi jer, angin tu keluar balik. Tayar kempis balik. 

Aduhai, apa laa pulak masalah ni kan?

Call hubby.....hubby cakap mungkin ada paku kottt.......waa! Dahlah sorang-sorang ni..... 

Hubby minta aku bawa ke bengkel utk tampal tayar tu. 

Nasib baik la (alhamdulillah) bengkel kereta dekat jer dengan stesen minyak tu. 

Mekanik cek tayar....dia cakap tak boleh tampal sebab koyakan besar dan melintang....paku besar gilerk. 

Bila dia cakap tak boleh tampal jerk, terus aku minta tukar tayar baru.....RM150 melayang.....

Lepas dah siap, aku pon dah selesai lunch, sms hubby tentang berita tayar.

Hubby call.....hmmm......aku kena marah....pasai apa?

Camne laaa aku boleh tak terfikir ada tayar spare ? Kenapa lah tak terfikir nak minta mekanik tu tukar jer tayar kempis dengan tayar spare?

Itu lah, gabra punyer pasal !


So itu lah serba-sedikit kisah aku dan kereta....macam-macam hal....heheheheh

Till then, c ya.....

Saturday, 14 April 2012

Lots of love......

umiyumi = nak kata kuat tu tak tahu la umi, tapi kuat la kot bg kita Malaysian ni, kan tak pernah merasa...so bila rasa sipi2 pon dah cuak dah.....

Jiejah@iza = betul tu, nanti time kurang rajin jerk, alamatnya Amzar mkn telur goreng jer laaa...hikhikhik...

Lynn = nanti dapat bertukar habaq nooo.....

Kamalia = kak lia, wah lepas ni afiya chan mkn telur !

MaryaYusof = owhh cian Iman.....takleh mkn selalu lar telur ya....tak apa, byk lagi protein lain yg sedap2 tau! Sejak Acheh 2004, saya mcm fobia dgn pantai.......


Assalamualaikum semua.....

Semalam balik kerja, singgah Tesco beli tauhu. Niat di hati nak bagi Amzar makan tauhu pula, setelah percubaan telur berjaya......

Ya, sila jgn ikut ya perangai aku ni, tak suka nak apply 4-days rule...hehehehehe....

Maka hasil nya........

Baby's Taufufa


Tauhu dikukus shj. Kuah terhasil dengan cara rebus kurma selama 5 min (siat-siat kulit  dan isi kurma ya).....

Macam biasa...sekejap jer habis ditelan Amzar.....eh, bukan jer Amzar suka, mummy pon suka...hiks!

Dinner Daddy

Dah anak dinner tauhu, daddy pon mesti lah sama kan...barulah ADIL namanya.....hhahahahhaha

Daddy gelak sakan tengok dinner nya.....cheers yang!


Untuk mr hubby, tauhu tu pon aku steam juga. Buat kuah asing.

Methodology utk kuah:

1. Rebus air bersama setengah biji bawang besar yg telah dipotong, hirisan halia dan seulas bawang putih. 
2. Masukkan carrot.
3. Masukkan light soy sauce + 3 sudu sesame oil (wangi jadinya.....)
4. Last masukkan brokoli.

Senangkan ?!


Oklah, sebelum berundur, pesanan penaja pada hari ini:

"Semua yg ada hari ini adalah kepunyaanNya dan rezeki kurniaanNya. Alhamdulillah. Hargai sementara dipinjamkan Allah."


Till then, c ya....

Thursday, 12 April 2012

Gegaran Gempa Acheh & An Egg for Little Amzar

Hai Lynn, syuhadah, umiyumi, Badjie, Fauzana (Frau Azmir), ~najwa~, Sue-Rya Qistina, Kamalia (Kak Lia), Asmara (Kak As), MaryaYusof ------ thanks for all the sweet comments and sharing experiences....


Assalamualaikum kawan-kawan blogger......Salam Hari Khamis.......

Semalam sempena public holiday, aku dan anak-anak temankan hubby bekerja. Mesti pelikkan kenapa dia perlu bekerja pada public holiday? Bagi aku perkara biasa dah tu. Macam itu lah kalau kerja dengan family,  tak follow sangat public holiday yang "tiba-tiba wujud" ni......

Dan kebetulan pula, MIL dan FIL tiada di rumah, mereka cuti-cuti China. So bila hubby offer jer utk temankan dia bekerja, aku on sahaja...hehehehhehe...(ya, mr hubby beroperasi daripada rumah parentsnya)......

Tiada aktiviti apa sangat lah di situ, aku layan anak-anak jer. 

Lebih kurang jam 4.30pm, aku berada dalam toilet (sila jangan imagine ya)....tiba-tiba aku rasakan mangkuk tandas itu bergoyang...dalam 15-20 saat gitu.....masa  tu tak sangka akan gempa bumi sedang berlaku.....Selesai urusan, aku pun turun ke bawah.

Hubby bertanya tiba-tiba selepas berbual dengan jirannya, sama ada aku ada rasa goyang-goyang tak tadi. Rupa-rupanya jirannya pun rasa juga. So terus aku log-in FB utk menjejak berita terkini. Amaran tsunami turut dikeluarkan. Takutnya rasa masa tu.....

Pukul 5pm, kami semua bergerak ke Bayan Lepas utk menziarahi kawan hubby yg mendapat baby baru. Sedang berborak, sekali lagi kami merasa goyang, lebih kurang jam 6.30pm....aku pasti ini mesti gegaran susulan sedang berlaku......yg kedua ini agak lama, sehinggakan aku pening, adalah dalam 1 minit gegarannya....

Itulah serba-sedikit pengalaman aku merasa kesan gegaran gempa Acheh ni. Alhamdulillah tiada tsunami kali ini. 

Oklah, tinggalkan dulu kisah itu. 

Semalam, aku perkenalkan telur secara rasminya pada Amzar....alhamdulillah tiada rashes yang timbul = means no allergy la kan......

Aku buat Cheesy Couscous Omelette; ubahsuai sedikit daripada resepi asal yg aku ambil di blog INI. Terima kasih ya umi Maryam...banyak resepi di situ......


Cheesy Couscous Steamed Omelette

Sebiji telur, grated broccoli dan carrot , 1 tbspoon couscous, grated cheese


Campur kesemua bahan, kacau hingga sebati.....sedia utk dikukus selama 20 min


Taraaaa....sudah siap......

Sedia untuk di'ngap' oleh budak kecil 


Sekali makan....boleh habiskan 1.5 keping.....hehehhee...Syabas mera beta!


Sebelum tamatkan celoteh hari ini, sedikit pesanan penaja (cewahhhhh).....takder lah, sekadar renungan utk diri sendiri...moga-moga bermanfaat utk teman-teman juga.....

Sebagai wanita, marilah sama-sama kita menjaga keperibadian kita dan tingkahlaku kita. Wanita amat senang utk menjadi sumber fitnah. Semoga kita tidak tergolong dalam golongan itu....aminnnn.....

Janganlah melukai hati orang apabila kita juga tidak suka dilukai......

Till then, c ya.....take care!

Tuesday, 10 April 2012

Hujan di hati .......

Assalamualaikum.....

Adakalanya dalam tindak-tanduk kita sehari-hari, kita tidak sedar kita melukai seseorang. Tidak kira lah orang itu dekat dengan kita atau pun jauh. 

Sebab itu dianjurkan (biasanya dalam ceramah Dr Fadzilah Kamsah disebut ini...), sebelum tidur hendaklah saling bermaafan (sekiranya dekat). Sebab kita tidak tahu apakah masih ada hari esok utk kita (atau orang itu)?

Dan sekiranya orang itu jauh, teknologi terkini memungkinkan kita utk saling berhubung. 

Tatkala kita disedarkan dengan kesilapan itu, segera lah bermuhasabah diri. Ambil masa dan refleksi diri. Walaupun kita tidak merasa @ tidak sedar perbuatan kita itu salah. 

Refleksi lah diri. Muhasabah lah diri. 

Cuba lah sebaik mungkin untuk tidak mengulangi kesilapan itu, lebih-lebih lagi apabila melibatkan insan lain. Apakah kita sanggup melihat orang itu menderita disebabkan kekhilafan diri kita?

Sebagai manusia, kita tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Tetapi yg membezakan kita adalah tahap tindakan kita terhadap kesilapan itu. Seharusnya apa yg berlaku dijadikan pengajaran dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. 

Kita juga dikurniakan akal dan perasaan. Selalu lah dahulukan akal berbanding perasaan. Kelak tiada hati yg terluka dengan perbuatan kita. 

Kerana, hati yg terluka itu sangat lambat pulihnya, lebih-lebih lagi "self-healing". Maka, semoleknya, janganlah kita memburukkan lagi keadaan.


P/S: Catatan di atas sekadar utk renungan diri sendiri. Semoga bermanfaat utk kawan-kawan bloggers juga. 



My daily dosage..... Paracetamol of the day !




e



Till then, c ya....take care ......

Monday, 9 April 2012

Dr Soul........

Semenjak 2 menjak ni kan, aku suka laaa tengok quotes koleksi Dr Soul ni. 

Usah ditanya siapa Dr Soul, aku pun tidak arif.....tapi aku sangat suka koleksi quotes nya.

Mari kita tengok beberapa contoh ya ..... (aku suka sebab Dr Soul bagi kebenaran utk sharing...TQ Dr Soul...)














Ini sangat benar !!!!! I LIKE ..........

Wednesday, 4 April 2012

Sarapan Mummy Daddy & Sarapan Amzar

Zefa Nor Asmara = Tak sangka kan, nostalgia Enid Blyton ni ramai peminatnya.....

i amsterdam = budak2 skrg sudah banyak pilihan buku, tak macam kita dulu kan.....

Frau Azmir = Fear street....saya suka jugak tu !!!!! Hehehehee....memangla kan kalau spesis giler buku ni, mana-mana pi pun mesti tak lepas dari jejakkan kaki ke kedai buku....wah rasa berkobar-kobar laa nak cari buku Khaled Hoseini, A Thousand Splendid Suns, ........thanks for the recommendation....

~najwa~ = saya lagi pening tgk medical books ....hihihihihi

umiyumi = betul tu umi, kena ransang anak-anak suka baca jugak...tapi cabaran sungguh kan dengan boys ni.....

Citarasaku = Hi, terima kasih singgah sini...wah awak kt penang yer? Saya baca juga Mills & Boons dulu....walaupun saya rasa cerita2 Mills & Boons tu agak romantik bagi budak sekolah...hikkhikhikhik...



Sarapan pagi ini.....Nasi Goreng Udang Traffic Light !





Menu Amzar: Quinoa + Salmon + Broccoli + Pumpkin