Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Friday, 30 March 2012

Luahan student ku......


Assalamua'laikum,

Semoga madam dalam kasih sayang dan rahmat Allah, 

madam nk luah perasaan ni ...

herm..skrang baru la sy rase cabaran dalam belajar,lagi masuk farmasi ni,

nth la mmg rase rendah diri sgt2,xhilang lagi,ye la dari sekolah rendah sy 

bkan seorang pelajar yg cemerlang,masuk sekolah menengah pon same..

masuk pra Alhamdulillah terasa la bezanya study ni,rase seronok..tak tahu nk describe cmne seronoknya..

masuk diploma farmasi xthu npe rase rendah diri sgt2..

penah juga tanye kwn2 cm muner,afiq haiqal,zulafifi,cmne cara dorg 

belajar..cara dorg belajar nmpk cm simple jea,relax jea..

susah sy nk adaptasi,tp sy rse yg sy boleh,tp sy jenis lmbt..study pon belum 

boleh istiqamah sy ni..

sem ni sy try duk dpan dlm lecture,sbb duk blakang cm rse rendah diri 

sgt,kwn2 lain study biasa2 jea tp ok..

ade tanye kwn2 kdg2 dorg xbrp faham time lecture tp balik dorg study 

gila2..tp sy xthu la cmne,

susah sgt nk yakinkan diri..tp sy tgh cuba buat yg terbaik sy boleh,n 

nk mnta tlg mdm kalau ade nasihat2 yg boleh sy hayati ke atau cara yg boleh 

sy try buat ke,hope dpt kongsi dgn sy:).

doakan sy boleh buat yg trbaik n brtambah baik hari demi hari...

thanks bace,tetibe nk luahkan,sbb byk jumpe mdm kot:),


ok saya akan usaha lagi,wish me good luck:)..wassalam

Tiada idea untuk Title.....


Mode aku hari-hari kebelakangan ini: Jiwa kacau -----runsing ----- EBM merudum..... waa!

Susah hati ----- nanti stok tak dapat di top-up macam biasa.

Hari-hari kerja ----- buat power pumping... 

Walaupun ada tika hasil tidak sampai 2 oz ------- rasa mahu menangis; kecewa usah cerita....

Di rumah ------ direct feeding tanpa jadual.....

Namun hasil tidak semeriah dulu.....

Susah hati !

Jom layan dulu gambar-gambar yg tiada kaitan dengan kisah di atas....



 
Menu lunch semalam (aku cuti semalam): Telur Kukus: resepi Chef Hanieliza dalam bukunya 1Hari 1Resepi. Cumanya bahan-bahan diubahsuai mengikut apa yg terkandung dalam fridge. Telur, Carrot, Corn, Tomato, Salt.

Sarapan pagi ini: Fried Multigrain Ramen

Surprise for dear hubby...sometimes, no need to wait for special occasion. Kalau tetiba rasa nak celebrate, just go for it. We can create a 'special' time. That what I've learned from someone. TQ..... Dan kek di atas bukanlah aku buat sendiri.....aku beli jer di kedai. Pada sesiapa yg pandai buat kek, sangat untung...sebab boleh buat kek hasil tangan sendiri utk suami....ayuh! Tak salah buat kek utk suami....surprise !!!!!! Kalau suami tercengang dan hairan, abaikan sahaja....hikhikhikhik
"Hi.....can I have your number?"
  

"Yessss...mummy! She agree to go out with me !" 

Qayyum Lee: "Errrr..what's that Amzar? I'm scared......"
Amzar Khaw: "Errrr....dont worry baby.....I'm here......"

Qayyum & Amzar: Speechless.........

Di saat-saat kita sibuk dengan urusan seharian, keletah anak-anak menjadi penawar.......



Qayyum Lee: 7 months baby girl....a daughter to my friend Eta + Lee......

Thursday, 29 March 2012

Menu Amzar hari ini.....

Salam Hari Khamis.....




Rolled Oat + Peas + Carrot + Siakap



Sebelum dikisar.....

He loves it !

Ini pula lauk dinner 2 hari lepas.....1st time buat gulai udang...huwahahahahha....



Monday, 26 March 2012

"Sleeping Beauty"

Mama2Q = Itu bukan plastik, tetapi cebisan kain langsir. Kalau plastik tiada lubang-lubang, susah air nak mengalir masuk ketika siram. Saya tidaklah begitu rajin hendak buat lubang pada plastik...hhehehehe...

Mama Faris Nukman = CT, ada jer yg tidak menjadi dengan saya. Contoh kunyit. Sudah 2 kali saya try tanam, tidak tumbuh-tumbuh. Ada sekali tu siap beli anak kunyit, tapi bila di'transfer' jer, terus mati....huhuhuhuhu...tiada jodoh saya dengan kunyit setakat ini......apapun, caiyok ct, semoga menjadi petani berjaya...cewahhhh.....


Salam Isnin di malam hari......

Jam menunjukkan 10.33pm...

Baru selesai marking paper Microbiology...alhamdulillah.....
Beginilah keadaan saat-saat final exam sedang berlangsung.....

Itupun dapat buat setelah Little Amzar tidur dan setelah mengajar Qiraati pada Ajwad (guna buku).

Amzar tadi pukul 8.30pm sudah lena. Lega seketika hati aku, kalau tidak, asyik merengek sahaja, tidak selesa mungkin dengan measles nya itu.

Ajwad pula, biasanya aku tidurkan dia antara 9.30 - 10 pm. Aku kira itu yg sesuai pada weekday. 

Rutin Ajwad sebelum tidur: minum susu, gosok gigi, tukar baju, pakai diapers (hanya pakai semasa tidur malam sahaja), baca ayat Qursi dan 3-kul, and finally bercerita tentang aktiviti sekolah. 

Dalam masa 10 min, dia terlena.....atau kadang-kadang tu aku yg terlena dulu.....kihkihkihkih....

Zaman aku sekolah dulu, tepat jam 9.30pm jer, mata aku dah tak boleh bukak dah.....layu semacam jer....

Kiranya kalau cikgu buat bancian pelajar mana yg tidur paling awal pada masa tu, dah tentu nama aku yg mengungguli carta tuh ! 

Nak buat macam mana, dah terbiasa.....mana taknya, pukul 5.30am dah kena bangun......sekolah jauh........

Even rutin tidur awal ni terbawa-bawa sampai lah sekarang. Tambah-tambah bila dah berkeluarga, dengan kerja ofis lagi, kerja rumah lagi, stress lagi, lagilah bertambah-tambah keletihan itu, lagi lah cepat rasa mengantuk kan.

Seriously mata aku susah nak dipertahankan celiknya apabila jam melalui angka 10pm. 

Walaupun pada mulanya aku beria-ia hendak menonton rancangan favourite macam filem Hindustan ker, CSI ker, House ke, Amazing Race ker etc....selalu yg terjadi, adalah sebaliknya....huhuhuhuhu.....

Tapi nampaknya kini aku kena ubah sikit-sikit. Maka untuk merealisasikannya, haruslah berblogging kan! Hhehehehhe......ok lah kan, sambil menunggu kepulangan Mr Hubby, dia ada meeting NGO malam ni.......

Oklah serba-sedikit kisah tidur......till then, c ya...

Assalamualaikum.......

Sunday, 25 March 2012

Life Must Go On...Jom berkebun !

Salam rindu buat semua......

To ~najwa~ ; Sue-Rya AQ; JembalCastle; syuhadah; mama faris; Lynn; Asmara; MaryaYusof; Frau Azmir; ummi_ziz = Terima kasih banyak-banyak atas doa, nasihat dan sokongan. Terkesan sungguh di hati kasih sayang kalian......terima kasih sekali lagi....

Seminggu yg berlalu penuh warna. Tika diuji, kita rasa lemah selemah-lemahnya. Tetapi tidak boleh terus alpa walaupun hati sedang gundah. 

"Bangkit Dini ! You have to fight ! " Monolog hati, memujuk diri sendiri. 

Beberapa panggilan dibuat, sekadar untuk meluahkan rasa....cerita bercampur-baur dengan tangisan luluh. 

Penat fizikal sudah tidak dipedulikan. Tidak mampu melelapkan mata dan selera merudum tiba-tiba, lalu mempengaruhi juga penghasilan EBM....aduhai simpati pada si anak yg turut mendapat tempias........

Semoga diri ini terus kuat untuk terus berjuang......

Cukuplah kisah sedih, mari kita cerita kisah gembira pula ya? 


Sabtu lepas, 17 Mac 2012, aku ada semai benih ulam raja dan terung pipit. Lama dah beli benih, dekat 2 bulan dah, tapi asyik bertangguh jer nak semai......

Jom tengok.....




Tapak cadangan lokasi ulam raja dan terung pipit

Dah selamat ponn....siap ada cover lagi.....

Sebenarnya puas lah memerah otak camne nak buat cover ni...last2 guna jer lah chopstick kan...senang....


Setelah 4 hari semai......ulam raja




Alhamdulillah....berkebun juga satu terapi kan.....tapi sedih juga, sebab dalam masa ujian itu, aku memang tidak jenguk langsung ke kebun....akibatnya, ada pokok yg tumbang, lebih-lebih lagi Penang kini dilanda kemarau. Antara pokok yg mati/hampir mati ialah buluh, capsicum, pegaga, bunga raya......sedih aku.....

Setelah berusaha, aku kini dalam fasa redho' dan tawakal + berdoa. 

Berdoa supaya segalanya berjalan seperti biasa, malah lebih baik lagi. 

Tetapi tidak mudah merawat hati kan. 

P/S: Ujian bersambung dengan kesihatan anak. Ajwad = demam, batuk, selsema. Amzar = measles........

Rabbi Yassir........


Monday, 19 March 2012

Tika diri diuji........

Assalamualaikum to Asmara (Kak As), MaryaYusof, Frau Azmir, Sue-Rya AQ, Khairul Hakimin, Ummi_ziz (Izu), Kamalia (Kak Lia), umiyumi, littlehumblelynn, Jiejah@Iza, ~najwa~, m.u.l.a.n., syuhadah & all readers.......


Dan mohonlah pertolongan kepada Allah dengan sabar dan solat. Dan solat itu sungguh berat kecuali kepada orang-orang yg khusyuk. - Al- Baqarah, 45.

Dan kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yg sabar. - Al Baqarah 155


Maaf dipohon terlebih dahulu andai entry kali ini ke arah emotional. Tidak lah niat untuk mempersendakan sesiapa jua.

Kawan-kawan alam blogger,

Sebenarnya hari ini saya ingin berkongsi kisah semaian ulam raja yg telah dilakukan Sabtu lepas. Juga beberapa gambar Amzar dan Qayyum Lee (anak rakan; sebaya) yg juga berkunjung ke rumah Sabtu lepas.

Namun, saya rasa saya perlu bermuhasabah diri seketika. Semalam merupakan hari yg penuh liku buat saya. Tidak terjangkau dek fikiran ini bahawa diri ini akan mengalaminya.

Impaknya tidak terzahir.

Sudah puas memujuk hati ini, namun mungkin seperti kesakitan fizikal yg lambat pergi, sembuhnya entah bila.

Terasa seolah-olah bermimpi, aku kah yg sedang diuji sebegini?

Namun, sms semangat dari BFF yg juga merangkap ibu saudara: ''Kita adalah insan terpilih sebab itu kita diuji sebegini. Maka bersabarlah. Mengadulah pada ALLAH''.

Kawan-kawan bloggers,

Langit tidak selalunya cerah dan langit juga tidak selalunya mendung.

Ambil masa dan refleksi diri.

Salam sayang buat kawan-kawan semua.


Friday, 16 March 2012

Lunch, Food preparation & AjwadAmzar









Salam hari Jumaat.....Alhamdulillah baru jer balik daripada lunch....

Di Kiosk Bertam Perdana, ada satu restoran Timur Tengah. Namanya Asiatica. Dalam gambar di atas ada website restoran tu.

Adalah dalam 3-4 kali aku lunch di sini sepanjang bertugas di Bertam ni (hampir 8 bulan).....

Bagi aku yg suka hidangan Timur Tengah ni, suka lah pada masakan restoran ni. Menepati citarasa. Dan yg syoknya portion dia tak ada lah banyak sangat, just nice kata orang.....tak adalah pembaziran berlaku kan....hikhihkihhk....

Harga? Hmmm.....reasonable.....

So pada sesiapa yg suka masakan Timur Tengah, boleh lah berkunjung ke sini (especially yg tinggal / lalu / berkunjung ke area Kepala Batas ni)......

Highly recommended.....bagi mereka dan keluarga mereka yg suka makanan pak-pak Arab yer....

Semalam aku kena invigilate exam...ooowhhh lupa nak habaq, sekarang musim exam bagi budak-budak diploma.

Exam kat kampus Permatang Pauh, tak buat kt Kampus Bertam. Kiranya semalam aku di sana lah. Dekat dengan Jusco ....*wink *wink *wink.....

Lunch hour, aku pun pergi lah Jusco. Seorang diri (berjalan sensorang sejak berkahwin ini adalah normal bagi aku ya....)......

Apa yg dibeli ? Tupperware comel-comel. Kebetulan ada diskaun di Jusco. Yabedaaabeduuuuu ....

Nak buat apa tupperware kecil-kecil kan? Misi baru ------ nak jimatkan masa sediakan makanan budak kecil.....

Sediakan awal-awal portion fresh ingredients dalam tupperware, kemudian frozen kan......bangun pagi-pagi, cuma basuh beras dan campur bahan mentah tadi dan steam semua......

Tak perlu lagi nak potong sayur pagi-pagi dengan mata yg mengantuk tu, nak siang daging lar, nak kupas ikan bilis lar...itu belum lagi masuk bab masa pagi tu jugak baru nak fikir nak letak sayur apa utk si kecil kan.....(itu aku ....eheeeee)....

 
Hasil rembatan di Jusco: 3 pcs cute container

Beetroot, Carrot, Peas & Salmon

Aku beli juga sebiji container yg ada divider macam ni....

Menu Amzar hari ini: Oat + Beetroot + Carrot + Peas + Salmon + Kurma + Kismis


Budak kecil ini ada aktiviti baru yer.....sebab mummy terlupa mahu simpan kembali meja itu selepas usrah, maka cepat jer dia meniarap, bersembunyi di situ......

"Urrghhhh......hope he cant see me.....aunty, can you see the legs? Its my brother Ajwad.....I better hide now....."

2 little heros.....

Till then, c ya.....

Tuesday, 13 March 2012

Peristiwa di tengah malam......



Sedang lena diulit mimpi, tiba-tiba telinga ini menangkap 'pencemaran bunyi'........kecoh-kecoh di luar rumah.....

Bangun. Mata memandang jam, hmmm......12 am...... kenapakah ada 'kecoh-kecoh' di luar?

Kaki melangkah menuju balkoni (macam jauh sangat....katil tepi pintu balkoni jerk.....).....

Langsir diselak........oowhhhh ramai juga manusia di luar rumah, lebih 5 orang rasanya......

Kecoh....kerana ada kereta yg perlu ditarik......hmmm......

Kenapa ya orang nak tarik kereta ni, perlu kecoh-kecoh? Dan kenapa pula perlu dilakukan di TENGAH-TENGAH MALAM? 

Hanya mereka yg terlibat sahaja ada jawapannya.......

Selesai memahami apa yg berlaku, aku sambung tidur ........



Monday, 12 March 2012

Introduction to Oat, Beetroot and Beef

Ummi_Ziz ; Kamalia ; Sue-Rya AQ ; MaryaYusof ; ~najwa~ = Terima kasih atas nasihat dan dorongan. Really appreciate it ! TQ....

~najwa~ = dah try ke bagi yogurt pada Tasneem? 

Lady Lavender; Hanis MY; -Incek Fik-; Lynn = alahai tidak lah terer sebenarnya, disebabkan malas mahu ke kedai, maka guna sahaja lah apa yg ada dalam fridge.....

Mama Faris = TQ ct for the info. Tak sangka pulak, ingat kan tebu jer camtu. Okeh lepas ni kena beli yg organik jer, tapi setakat ni memang tak jumpa lagi di Jusco.......huhuhuhu

umiyumi = tu la umi, time kecik2 camni boleh lah kita suapkan sayur or segala benda yg patut, takut-takut besar nanti memilih jerk....huhuhuhu...

umialya = tak rajinlah umialya; sebab tu Amzar kena makan ikan mummy + daddy....eheeeee

MaryaYusof = bila 2nd baby nak mai tu....? eheeee...


Semalam pergi Tesco, beli beetroot, daging dan yellow zucchini ----- nak perkenalkan pada Amzar. 

Tak tahu lah apa rasa beetroot ni, sebab aku pun tak pernah makan. Rasanya memang orang Malaysia jarang makan benda ni kot ekkkk.....( ke aku jer yg tak reti mkn? hikhikhik.....)

Tapi dulu aku pernah tengok satu episod dalam OPRAH, masa tu tetamu jemputan Dr Oz. Topik tentang revolusi sihat......

Dr Oz ada bagi beberapa resepi smoothie fruits +  veggie. Salah satu yg masih aku ingat ialah dia gunakan RAW beetroot + green veggie.

Green veggie rasa pahit-pahit gitu kan, jadi beetroot tu fungsinya sebagai pemanis & colour agent. Beetroot kalernya merah ------ high in antioxidant, which is good to our body.

Pada mulanya Oprah macam takut-takut nak try, tapi bila sekali teguk, terus tak boleh stop....hehhehehe...sedap katanya.......

So pagi ni, aku pun buat lah makanan Amzar macam biasa.....



Brown rice + Beef + Yellow zucchini + Beetroot + Kurma + Kismis







Sabtu lepas, aku perkenalkan oat pada Amzar. Aku campur dengan carrot dan kurma jer. Lepas tu blend kasar sedikit......cuma setengah mangkuk jer habis.....nampak macam tak berapa gemar jerk......

Mungkinkah rasa oat.....atau sebab tekstur yg agak kasar?

Hmmm....tak apa lah, kita try lain kali yer Amzar. Nanti mummy blend halus sikit oat tu........

Okey lah sebagai penutup ......


Hi everyone.....I love home-made food.......

Till then, c ya......ASSALAMUALAIKUM......

Sunday, 11 March 2012

Amzar makan ikan siakap !

Tidak lah ikan siakap itu dimasak spesifik untuk Amzar.  Aku masak untuk lauk hari Ahad , menu simple STEAM ......

Aku marinate sekejap ikan dgn chinese-5-spices, garlic dan halia. Garam siiikiiitttt sangat.

Masa nak steam masukkan sekali carrot dan tomato.

Tapi takder la gambar ikannya di sini.

Cuma yg ada moi Amzar + ikan siakap stim tu.

Moi biasa2 ajer --- nasi + carrot + kurma + kismis.

Masa nak suap baru aku perisikan ikan campur dalam moi.

Tadi pergi tesco, beli beetroot. Plan esok nak try menu baru buat budak kecik ni. Hopefully dia suka.....ehe....


Published with Blogger-droid v2.0.4

Friday, 9 March 2012

Grape Lassi for Little Amzar

3 biji seedless grapes + 2 sudu besar plain yogurt ----- blend.

Kualiti gambar begitu kerana perasan nak jadi supermom, sebelah tgn pegang handphone sebelah lagi suap...aisshhhh....tak apa lah, asalkn Amzar suka dengan lassi.


Published with Blogger-droid v2.0.4