Petang semalam, sewaktu pulang, melalui kawasan PS kerana aku nak singgah di pasar tani. Tiba-tiba ada road-block. Tak pernah ada road-block di situ.
Ramai polis, siap berpakaian jaket kalis peluru dengan senapang di tangan. Oo'oowh, something wrong somewhere --- detik hati aku ....
Di pasar tani, sedang aku memilih sayur, terdengar perbualan makcik jual sayur dengan kawannya. Rupanya ada tahanan pusat sehenti, 7 orang melarikan diri.
Tak tahu pula aku di kawasan ni ada pusat sehenti.....huhuhu...makcik tu ada cakap nama tempat tu, tapi aku tak berapa faham sebab dia cakap utara pekat ....heeeeee....
Tiba di satu simpang empat di LY, aku berhenti sebab lampu merah. Dah kelihatan pula 3 orang polis menunggang motor besar polis (tapi bukan yang macam polis trafik punya tuuu), siap berjaket kalis peluru dan membawa beg sandang di belakang masing-masing....
Ok, rasa cuak dah....ini kes serius !
Alhamdulillah sepanjang perjalanan menuju ke rumah tak jumpa lagi dengan road-block.
Tetapi, pagi ni, selepas menghantar Amzar di rumah maktok, baru perasan rupa-rupanya ada juga road-block di kawasan situ.
Hmmm, maksudnya belum ditangkap lagilah kan, sebab masih ada road-block lagi.....
![]() |
| Selain daripada masukkan dalam kek atau cookies, boleh juga masukkan dalam juice .....don't worry, seed ni tak ada rasa pun, no fear factor at all....hehehhe |
posted from Bloggeroid






































