Assalamualaikum teman-teman blogger: UmmuAidan, Hitomi LAvender, Nadia Rashid, MamaCT, Jassnani, Ummu Madihah, MariamBebakar, MaryaYusof, Nadiah Sidek, Sue-Rya Qistina, dan salam perkenalan buat kak KasihRedha (selalu dok napok kak kasihredha kat blog mamatiamia dan blog LG...hehehhe).
Weekend yg baru berlalu melakarkan seribu satu warna lagi dalam kehidupan aku sekeluarga. Alhamdulillah.
Penang, Sabtu lepas, petang dalam pukul 5pm macam tu, hujan lebat. Aku baru ja sampai rumah daripada pulau bersama anak-anak. Hubby macam biasa bekerja, pulang lewat.
Sedang aku mengemas barang-barang dapur, tiba-tiba bunyi angin kuat. Sungguh kuat, sebab ada bunyi yang seram tu. So aku pun ajak Ajwad tengok keadaan di luar di sebalik sliding door.
Ribut !!!!
Aku dan Ajwad sama-sama bertakbir. Aku ajar Ajwad, minta dia cakap, "Allahu Akbar!".
Alarm rumah-rumah jiran yang tiada penghuni berbunyi.
Takut wehh masa tu, dengan anak-anak jer kan. Amzar macam biasa, bergembira dengan mainan dia..heheheh...
Tak lama lepas ribut berlalu (ribut sekejap sahaja dalam 1 minit macam tu).
Jengah ke laman depan, wah tu dia.....akibat hujan terlalu lebat, air naik.....lagilah aku kecut perut.....
Bukanlah kawasan ni kawasan banjir, cuma sebab laman aku ni yg asal, tidak di'renovate', so kedudukannya agak rendah berbanding rumah jiran yang dah diubahsuai.......
Aku called Mr Hubby, panik la kan!!! Dia cakap air takkan naik sampai masuk rumah, bertakung sebab laman kita rendah. Ok fine!!!
Aku ambil payung, buka pagar, pergi jenguk keadaan longkang di luar. Air melimpah.
Aku naik pula ke atas. Wah lagi satu kejutan.....di master bedroom, kebocoran berlaku....air menitik-nitik seumpama hujan di dalam rumah.....habis katil basah....ok jom jadi supermum dengan mengalihkan katil yg besar itu.....
Pukul 6.30pm camtu, hujan reda. Semua jiran keluar rumah, bising-bising sesama depa. Aku tak faham lah pulak apa yg depa bisingkan (most of them are Chinese), tapi aku boleh agak rumah masing-masing pon ada kerosakan akibat ribut.
Pagi Ahad, aktiviti di kejiranan ini bermula awal. Masing-masing sibuk menguruskan untuk membaiki atap dan siling.
Rupa-rupanya satu taman mengalami kerosakan atap akibat ribut. Ada yang atap tercabut terus dan menyebabkan siling runtuh. Alhamdulillah tiada kemalangan jiwa. Dan alhamdulillah rumah aku cuma atapnya teralih daripada kedudukan asal, sebab itu kebocoran berlaku di bilik (air terlalu banyak hinggakan saluran paip tidak sempat mengalirkan air ke tempat sepatutnya).....
Dan semalam, atap tu pon dah diganti .... alhamdulillah .....
 |
Paras lebih sikit daripada buku lali .... |