Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Wednesday, 5 September 2012

"Climate changing"

Petang tadi, mummy jemput Amzar bersama daddy. Owh rupanya daddy pergi SP harini, sebab tu pulang awal yer ....

Mummy dan daddy bawa Amzar pergi bersiar-siar. Eh ke mana ya? Amzar tertanya-tanya dalam hati. Abe Ajwad tidak pula ikut bersama.

Eh itu Jusco!

Rupa-rupanya mummy dan daddy bawa Amzar ke Jusco Perda. Yeay!! Dah agak berkurun Amzar tak ronda-ronda di sini. Daddy busy sokmo .....hihihi...tapi kalau ada Abe Ajwad tentu lagi seronok...hmmmm.

Mula-mula mummy dan daddy berkunjung ke tingkat 1. Mummy terus sahaja menuju ke bahagian BABAS nursery. Hmmm apa lagi mummy tu ....mahu borong pokok lah tu. Daddy pula meninjau di bahagian SPORTS, survey harga swimming stuff untuk Abe Ajwad. Sebab nanti setiap Ahad pagi daddy mahu ajar kami berdua berenang di Kompleks Stadium MPSP BM. Wah tak sabar Amzar tunggu saat itu....Amzar suka air...hiks.....swimming suits kami ada dah....Amzar guna yang Abe Ajwad punye dulu. Untuk Abe Ajwad, daddy dah belikan yang baru dah. Mummy? Hmmm, mummy pun ada muslimah swimming suit (tapi mummy tak reti berenang....kihkihkih).

Sedang mummy pilih-pilih pokok, daddy letakkan Amzar di hadapan mini fountain. Daddy nak ambik gambar. Tapi Amzar tak mahu. Amzar rasa macam nak nangis, tapi takut daddy marah.....huhuhu....mummy, help me!!!!!








posted from Bloggeroid

Tuesday, 4 September 2012

Update kebun ...tapi benda yang sama jerk .....


Aku ----- suka berkebun. Suka bercucuk tanam. Pernah juga berangan nak jadi petani moden, tapi apakan daya tanah di zaman moden ini amatlah mahal (tanah pusaka pula tiada .....hehehheeh).

Dengan itu, haruslah bersyukur seadanya apabila Mr Hubby sudi membeli rumah yg 'bertanah' ini. Jadilah, bolehlah lepas gian nak bertani itu kan. 

Tapi yang bab nak cabut rumput-rampai liar ----- rasa malas betul. Tapi kenalah buat juga, kalau tak, bersemak pulak kebun nanti kan. Hubby? hmmm......menurutnya, dia dah bagi aku tanah utk bercucuk-tanam, maka hal-hal lain berkenaan kebun haruslah aku yang selesaikan....huhuhuhu.

Maka, kebiasaannya aku cabut segala rumput tu setiap 2 minggu.....actually bukanlah cabut pun, sebab kalau cabut, ambil masa panjang.....sedangkan aku ni kena siapkan dalam masa 1 jam ajer, pasai tu lah masa Amzar tidur siang. Nanti bila dia bangun, tak adanya dapat aku 'melayan perasaan' jadi petani moden tu......

Dengan menggunakan cangkul yang kecil molek, aku tebas lah rumput-rumput liar tu. Rasa tenang sikit hati apabila kebun 'bersih' sedikit. Walaupun dalam hati tahu, dalam masa 3 hari lagi jerk rumput-rumput tu akan tumbuh melata semula, lebih-lebih lagi kalau musim hujan.......

Dan adalah dalam sebulan sekali, aku 'merayu' pada Mr Hubby supaya dia menyumbangkan tenaga membersihkan kebun, tapi tak dilayan. Adakala tu baru jer dia nak buat, dah handphone bunyi (terus aku rasa marah yg amat sangat pada sesiapa jugak yang called time tuh). Sebab biasanya terus tak adanya dia buat dah lepas tu (dah panggilan panjang berjela kan.....huhuhu).

Tapi ---- last weekend, Sunday ---- sejarah telah tercipta!

Mr Hubby berjaya bersihkan kebun dengan MENCABUT rumput-rampai dalam masa setengah hari !

Rasa berbunga-bunga hati si isteri kan ----- terus hadiahkan segelas jus tembikai, fresh blend !

Jom tengok wajah baru kebun ...hikhikhik...


Kebun mini di sisi rumah

Si pandan yang merimbun tinggi

Suci kan? Tiada lagi kesan rumput liar....hahhahaha (TQ ayang!)

Si ulam raja

Si pucuk gajus/pucuk ketereh



Buah mulberi sudah berputik di beberapa bahagian.....

Si putik limau sirap limau ....hihihi

Bunga ulam raja

Lagi putik limau si sirap limau

Till then, c ya....Assalamualaikum....

GA by umiyumi Perth !


Assalamualaikum kawan-kawan blogger


Jom join GA oleh umiyumi (Perth).

Hadiahnya : kuali/wok Tefal bersaiz 28 cm (best woooo!)

Apa lagi, sila lah klik di SINI ya .... 

Thanks in advance ...

Hadiah yg menanti di GA umiyumi ..... (image copy from blog umiyumi)

Monday, 3 September 2012

Let Them Know about Islam


Assalamualaikum teman-teman blogger


Harini aku terpanggil untuk berkongsi satu website:



This Islamic guide is for non-Muslims who would like to understand Islam, Muslims (Moslems), and the Holy Quran (Koran).  It is rich in information, references, bibliography, and illustrations.  It has been reviewed and edited by many professors and well-educated people.  It is brief and simple to read, yet contains much scientific knowledge.



Yang menariknya, ada pelbagai bahasa (main = English):

2. France


Cover of the book.  Click here to enlarge


Kalau ada di kalangan rakan-rakan yang belum mengenali Islam, mungkin kita boleh hadiahkan mereka dengan 'buku' ini.

Tak semestinya kita perlu 'pandai bercakap' untuk berdakwah kan. Aku amat paham sangat, sebab aku pun tergolong dalam jenis 'tak pandai bercakap' hal-hal sebegitu. 

Dan medium dakwah itu sendiri luas. Tidak semestinya perlu dalam kumpulan/organisasi baru boleh buat kan (namun aku tidak nafikan kepentingan kumpulan/organisasi). Cumanya sedih laa kan, kalau dalam kumpulan, macam-macam hal boleh timbul, sedangkan objektif utama masih samar-samar. 

Maka, kawan-kawan, usah sedih kalau ada orang cakap-cakap kita tak sokong usaha dakwah whatsoever....sebab hanya kita sendiri yg tahu cara/medium mana yg sesuai bagi kita. Sudah tentulah cara extrovert tidak sama dengan introvert kan.

***tiba-tiba ter emo pulak...iskkk!

Sunday, 2 September 2012

Setelah hampir 5 bulan ....



Setelah hampir lima bulan berlalu ,

Aku masih mengingatinya,

Setia menunggu,

Apakah keajaiban akan terjadi,

Yang bisa mlenyapkan kegusaran hati ini ....

Akhirnya, 

Penantian itu berakhir ..... ia muncul jua .....


Aku dah adjust dah gambar ni...kat laptop ok jer munculnyer tegak, bila upload ke sini senget ler pulak.....






Ulam raja ku telah berBUNGA !!!!! 

Syukur Alhamdulillah ....

Lepas ni boleh simpan benih , Yeay !!!!