Who doesn't love chocolate right? Some people love white chocolate, and there are people who love dark chocolate. Well, for me, personally I love dark ones. White ---- dislike.
Anak-anak ? Lagilah suka coklat ni kan. Kalau ada magic power, nak aja hilangkan rak coklat daripada pasar raya tuuu......
Chocolate, in raw form, is good for health.
Kata kuncinya ----- bentuk asli ---- tidak dicampur dengan apa-apa bahan lain yang susah nak sebut. Tapi coklat yang dijual sekarang, dah sah-sah lah dah dicampur...hmmm.....
Alhamdulillah there are alternatives for healthy chocolate.
Yeay !!!!
Marilah memaksimakan penggunaan dapur ya, jom buat coklat sendiri.
Bahan yang diperlukan:
Serbuk koko / Raw @ organic cocoa powder
Virgin Coconut Oil
Molasses/Honey
Kekacang (optional)
Campurkan kesemuanya, panaskan dengan kaedah double-boil, sehingga kesemuanya sebati. Usah ditanya tentang sukatan, kerana tuan tanah sememangnya main campak-campak dan try & error sahaja.
Tapi secara asasnya: 3 serbuk koko : 1 VCO (nisbah 3:1)
Yang molasses @ honey tu, ikut lah 'kemanisan' masing-masing ya.
Sejukkan seketika, bolehlah masuk dalam acuan. Simpan dalam peti sejuk.
Senangkan?
Dan yang paling penting, kesemua bahan dalam home-made choc ni berkhasiat...
Boleh juga menjadi satu alternatif untuk memberi anak-anak makan VCO.....
|
Our iftar appertizer yesterday: Avocado dipped in home-made chocolate. Super-duper yummy ! |
|
Stok coklat anak-anak. Tuan tanah tak ada acuan. Lapik ajer dengan baking paper. Kalau tak lapik, nanti susah coklat nak keluar. |
|
After being freeze for 30 mins |
Sekarang, kalau hero cilik berdua tu nak beli coklat di kedai, tuan tanah bagitahu ja, coklat di rumah lagi sedap. Mummy buat banyak untuk Ajwad dan Amzar kan.
Kita makan di rumah okay.
Dan setakat ni konsep ni berjaya.
Selalu jugak tuan tanah bagitahu depa yang coklat kat kedai tak sedap, tak elok untuk gigi, nanti gigi sakit etc.....ini pendekatan tuan tanah la.......sebab tu tuan tanah kena cari alternatif buat coklat sendiri di rumah.
Yup, memang tuan tanah dicop sebagai ibu yang cerewet...tak kisah lah tu kan.....haruslah cerewet sebab ini anak tuan tanah, bukan anak orang lain.
Kalau depan mummy dia ni, junk food is a big no.
Kalau belakang-belakang, itu lain cerita lah, tuan tanah tak mampu dah nak kawal kan.
Cuma selagi boleh, sentiasa beritahu mereka tentang apa yang patut dimakan, apa yang tak....gitulah cara tuan tanah......
Lain padang lain belalang, lain orang lain caranya, betul tak?
Yang penting teman-teman blogger tuan tanah adalah mommies yang hebat belako !!!!
Aduh panjang pulak membebel....
Cuma satu ja keburukan VCO: akan mencair perlahan-lahan apabila diletakkan pada suhu bilik. Begitu juga lah coklat ini.
Sebabnya: melting point VCO adalah rendah, iaitu antara 24-26 Celcius.
Maka, pada cuaca Malaysiaku tercinta ni, suhu bilik adalah tinggi.
Sebab tu coklat ini hanya sesuai dimakan di rumah.
Melainkan nak bawak icebox semasa keluar berjalan-jalan, bolehlah bawa bekal coklat ini.
Till then, c ya..... Assalamualaikum.