Let's Click Here !

Hi wanna be my VIP in my life?

Powered by Blogger.

Xie-Xie Ni !!!

Get this widget

My Brain

Right Brain/ Left Brain Quiz
The higher of these two numbers below indicates which side of your brain has dominance in your life. Realising your right brain/left brain tendancy will help you interact with and to understand others.
Left Brain Dominance: 11(11)
Right Brain Dominance: 5(5)
Right Brain/ Left Brain Quiz

Tuesday 28 August 2012

Syawal 2012: Dikejar dek kerbau daaa

Assalamualaikum teman-teman blogger di serata alam

MeriamBebakar = owh mummy suka nasi kerabu ek? pernah try buat sendiri tak? tak susah nak buat tu mummy.....

CikA = wah cepat-cepatlah update gambar Hannah main pantai tuuuu......I rasa umi Hannah yg excited lebih kan kan kan?





2 keping gambar ini mewakili pemandangan biasa yg dapat dilihat daripada tingkap dapur rumah parents aku. Dulunya tempat ini penuh dengan air, terutamanya kalau musim tengkujuh.....dulu-dulu masa kecil, asal balik kampung jer, aku dan makcik2 yg masih muda remaja masa tu suka lah lepak kt sini, kat atas jambatan atau kami panggil ghetok (kihkihkih betul ke aku eja tu kakNa?). Sekarang ghetok tu pon dah rebah...huhuhuhu.

Cuba perhatikan gambar yg paling atas tu. Kat tengah-tengah padang tu ada sekumpulan lembu liar sedang 'sun-bathing' kan. Kat bahagian paling kanan pula ada seekor kerbau balar, saiznya sekali ganda besar daripada kerbau biasa.

Kerbau balar tu ada tuannya, tapi tuannya jenis biar jer si kerbau tu di situ. Biasanya kalau cuaca panas, si kerbau balar tu akan berehat di bawah rimbunan pepohon tu. Tali yg dicucuk di hidungnya amatlah panjang, senang kot si kerbau tu nak bergerak ke sana-sini kan.

Beberapa hari sebelum raya, mem besar habaq ada orang (Perhilitan mungkin, aku tak sure pulak) mai tembak kumpulan lembu liar tu. Tembak tu bukan tujuan cederakan lembu tu, tapi sekadar untuk menakutkan lembu-lembu tu sebab depa ni dah start ceroboh laman-laman orang kampung....dah lah liar kan, ada tanduk pulak tu....takutttt........

Okey berbalik pada ceritera utama (
ampun panjang pulak mukadimah yer), ada satu pagi tu, makcik ke2, makcik ke5, makcik ke8 dan sepupu lelaki 2 beradik datang lah lepak-lepak rumah parents aku. Selepas puas lepak dan makanan pon dah habis, maka depa pun decide nak jenguk tanah makcik ke2 ni.

Tanah makcik ke2 letaknya kat belakang rumah parents aku tu ler. Depa pon berjalan lah 5 orang merentasi padang rumput tu. Makin lama makin ke tengah lah, sebab kt tepi-tepi penuh semak.

Aku masa tu sedang basuh pinggan. Mata tu memang lah perhati kat depa ni. Dalam hati dok cakap, 'beraninya depa ni, tak takut lembu kejar ker?'.

Sebab pada masa depa semakin ke tengah padang, sekumpulan lembu liar tu pon bergerak menghampiri depa. So aku agak akan ada adegan yg kena kejar lembu ni....hikhikhik

Tup-tup, dalam sekelip mata jer, nampak lintang-pukang depa berlari, patah balik ke rumah parents aku.......especially makcik-makcik aku la, sungguh-sungguh berlari, juara jatuh kepada makcik ke5 ....hahahhahha...2 orang sepupu aku  rilek jer, berlari-lari anak jer, control macho lah tu. Sekali kerbau balar tu terus juga mengejar, baru nak pecut......

Aku yg tengok daripada dapur ni, berdekah-dekah gelak (hahahahhahahah.......). Memang lawak habis laaa.....kiranya aku ler satu-satunya saksi "live" peristiwa itu....itu ler, cari penyakit ......kihkihkihkih.....

Sebenarnya yg kejar depa tu bukanlah lembu liar tu, tapi memang si kerbau balar. Mula-mula kerbau tu duduk jer bawah pokok. Tapi mungkin sebab dia berasa terancam kot, maka mulalah dia mengejar depa ni....tali dia dah lah panjang kan, memang sampai ke tengah lah.....tapi kami semua dok suspek si kerbau tu tak kejar sungguh-sungguh, setakat macam gertak gitu jer. Sebab kalau dia bersungguh, mahu nyer tercabut kayu pancang tali tu kan....wah lagi haru kalau begituu......

Sampai ke tengah padang, si kerbau balar tu macam bagi warning kat kami semua tau...macam ni :





Gerun wooo.......


6 comments:

  1. kuikui kalau ada pics masa depa kena kejar tu lagi syiokk laa..hahhahaa, lepas tu dah tak berani nak melintas kawasan abang long tuhh(kerbau balar)..ghetok ker ghertok ekkk,, belasah ajerr laa janji ada bunyi tok tok kat belakang tuh..hehhehe

    ReplyDelete
  2. As salam Dini,

    LOL! Biasanya yg kena kejar dgn lembu sebab pakai baju merah kan...hehehe... tgk pun dah sereeemmm dgn lembu tu...aih...dpt bayangkan mcmana dorang semua lari lintang pukang... :))

    ReplyDelete
  3. Salam Dini,
    Warghkahkahkah.. Macam nak tergolek lucu, mummy boleh bayangkan :)
    Seronoknyer tengok suasana kampung tu, macam kampung mummy jugak,.
    Seriously, dah lama tak tengok 'kuba bala'.. Warghkahkahkah

    ReplyDelete
  4. hahaha..memang kalau ada gambar lagi best nak gelak ni.

    ReplyDelete
  5. huhu..nasib baik la sempat juga pecut

    ReplyDelete
  6. Salam dini..amboi..tajamnya renungan si dia dari jauh tu...hehehe..dah jatuh hati agaknya..

    ReplyDelete