Hari ni 23hb Ogos...insyaAllah minggu depan Raya muncul lagi.....
Aku rasa...orang lain sedang happy-happy nak sambut Raya......
Aku rasa....orang lain sedang 'counting the days' nak balik kampung......
Aku rasa....orang lain sedang sibuk-sibuk sediakan kuih Raya.....
Aku rasa....orang lain sedang penuhkan sampul-sampul duit Raya....
Tapi jangan kita alpa...Ramadhan bakal berlalu pergi..... Akan ketemukah kita dengan Ramadhan tahun hadapan?
Bukanlah aku nak bertazkirah pada hari ke23 puasa ni....cuma nak meluahkan rasa.....
Aku kira ini Ujian Allah untuk aku di penghujung Ramadhan.....kalau difikirkan tidak lah seteruk mana, dibandingkan dengan ujian hamba-hamba Allah yang lain.....aku redha.....kerana Allah tidak menguji hamba-hambaNya melebihi keupayaan hamba-hamba itu.......
Cuma aku terkilan.....disebabkan kealpaan manusia itu, ramai pihak yang susah.....tidak terfikirkah dia akan akibat nya? Tanggungjawab yang diamanahkan tidak dilaksanakan sebaik-baiknya.......Tiada guna nama mencerminkan 'KESEMPURNAAN' andainya tindak-tanduk tidak sebegitu........
Aduhai "anakku + sahabatku"......bertindak matang laaa.....kejadian ini bukan kali pertama....mengapa mesti terjadi lagi, dengan akibat yang dahsyat? Saya juga ada tanggungjawab lain yang perlu diuruskan......kenapa mesti melibatkan seluruh kehidupan peribadi saya?.......
Christmas holiday well spent
1 hour ago
No comments:
Post a Comment